McDonald's Malaysia Memberikan Penghargaan kepada para 'frontliners' medikal

Monday, June 14, 2021

McDonald's ni, seingat aku dari zaman kecik kecik lagi, memang sangat sangat giat dan aktif dalam menganjurkan program amal dan kebajikan. Aku ingat lagi dulu kalau kitorang makan dekat 'mekdi', bila masa dekat cashier, mesti aku mintak dekat mak aku baki duit syiling untuk aku masukkan dalam tabung dekat sebelah cashier yang ada logo bentuk senyum tu. Semangat tau nak support sekali. Aku suka tengok penggiatan diorang dalam usaha murni macam ni.



Bila aku dah start blogging, aku tak sangka aku berpeluang turut serta dalam majlis majlis amal yang McDonald's anjurkan. Sebelum ni, kalau masa bulan puasa tu, aku akan berpeluang join sekali program McDonald's berbuka dengan anak yatim. Kagum betul dengan inisiatif McDonalds untuk teruskan usaha 'giving back to community ni'.



So baru baru ni, McDonald's tengah aktif pula menaja makanan buat para frontliners medikal di lebih 70 buah hospital seluruh negara yang dianggarkan menjangkau kira-kira 30,000 petugas kesihatan. Inisiatif tajaan makanan sebagai tanda penghargaan kepada kita punya frontliners ni berlangsung selama sebulan iaitu dari 24 Mei dan bakal berakhir pada 30 Jun 2021 ni nanti.



Inisiatif terkini ini merupakan kesinambungan seruan #KitaBoleh yang telah dimulakan oleh McDonald’s Malayisa sejak dari awal PKP tahun lepas. Hashtag #KitaBoleh ni dilancarkan untuk para pengguna sosial media sama sama menggunakannya bagi memberikan tanda sokongan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kekal bersemangat berjuang memerangi pandemik Covid-19.



#KitaBoleh juga menjadi satu simbol penghargaan buat para frontliners yang berpenat lelah bertugas bagi memastikan kita semua kekal selamat. Good job McDonald's! Tajaan makanan ni katanya di sediakan sekurangnya seminggu sekali untuk setiap hospital.



Tahniah McDonald's atas usaha murni ni. Terubat penat lelah doktor doktor, nurse dan pekerja hospital yang bekerja keras tu kan? Good job juga untuk barisan team McDonald's yang turut serta turun padang untuk mengagihkan pek makanan ni semua. Kudos!


Kalau korang berminat untuk tahu apa lagi kempen kempen yang diusahakan oleh McDonald's Malaysia, boleh layari  www.facebook.com/My.McDonalds/.


2 comments

  1. Program inisiatif yang sgt memberi manfaat

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Syu datang singgah BW tambah kenalan.Jemput singgah blog Syu 😉

    ReplyDelete

On My Instagram