Tjantek Cafe & Art Bistro Kuantan : Mengecewakan

Saturday, August 11, 2018


Tjantek Cafe & Art Bistro Kuantan : Mengecewakan | *Headline bukan click bait ya hahhaa* Masa tulis ni macam mixed feelings sikit. Antara jadi redha dengan tak redha je spend makan dekat sini haha.


Semalam birthday Puan Mama. So kebetulan aku pun balik Kuantan, untuk attend wedding Neyra Shazeyra, alang alang dah birthday Mama, kita celebrate lah sekali kan?


Aku jadi macam taktahu nak bawak Mama makan dekat mana. Ikutkan, dia memang nak masak je tapi takpela bagi dia rehat. Try tanya Neyra, kat mana makan best and dia suggest Mint Kuantan, dekat dengan Pantai Balok nun.

Mula mula nak pergi situ tapi apahal ntah innerself ni derhaka, sibuk nak pergi Tjantek Cafe & Art Bistro sebab teringat dulu Ayah suka pergi situ, since ambience dia macam special sikit.



tjantek art bistro kuantan


Tapi seingat aku lah, masa aku sekolah menengah dulu, makan dekat Tjantek ni best je. Tapi kalini aku datang memang aku kecewa teruk.


1. Makanan overpriced. Harga sebenarnya standard harga macam makanan dekat KL tapi tak sesuai langsung dengan rasa, presentation and portion dia. Chicken chop pun macam overcooked sikit. Mama & Ayah makan je tak banyak bunyi. Tapi aku yang keluar duit ni rasa geram haha


Chicken Chop

tjantek menu
Aglio Olio Beef Bacon Spaghetti

2. Lousy service. Staff ambil order and hantar order sorang je. Gamaknya dia juga la tukang masak kot sebab it took 30-40 minutes untuk makanan kitorang sampai. Dia ada bagitahu juga masa order makanan lambat sikit but kitorang tak expect la sampai setengah jam. Perut pun dah masuk angin. Bila makanan sampai, sedeh pulak nengoknya.



3. Nak bayar pun tunggu setahun. Tak ada kaunter bayaran. So kitorang jalan sampai kedapur nak mintak bill sebab mereput tunggu staff dia kedepan tapi tak sampai sampai. Bila dah sampai dapur, dia cakap nanti dia hantar bill. Which 'nanti' tu bersamaan setahun jugak hahaha.

kafe kuantan
I love the ambience, and interior. But not the food

Aku dengan hilmi macam malas nak bising bising sebab nanti spoil mood. Ambience memang best. Kalau datang nak santai minum minum, ootd, ambil gambar cantik cantik untuk stock lawakan feed instagram yass okay . Lagu lagu dia pasang pun best je dengar . 



Tapi untuk makanan, aku tak recommend langsung. Agak kecewa . Aku tak kisah nak spend mahal mahal pun untuk family dinner as long makanan tu berbaloi. Barulah rasa puas hati belanja orang makan kan?

Tengok gambar memang cantik tempat ni tapi alahai sayang sayang aduhai sayang.

Ada sorang ni nampak macam owner dia, tapi dia duduk jela don't bother nak tanya how's our experience ke, makanan dah sampai ke apa, walaupun nampak muka aku macam pissed off gila haha (yang mana completely diff daripada yang orang review dekat Trip Advisor)




Nak minum kopi, boleh. Nak acah candle light dinner pun boleh, tapi bawa makanan sendiri ok kot.

Macam kuat complaint ke? Sorry . Just saying supaya kalau ada yang nak makan dekat sini boleh consider dulu. (review banyak cakap steak dia sedap. aku taktahu lah sebab tak order tu) Minum kopi ok je. Makan je aku tak berapa nak recommend. Tapi kalau nak mengopi boleh juga pergi Coastal Store sederet dengan Tjantek ni. Situ pun best.

Tapi bila tengok rating dekat TripAdvisor semuanya tinggi tinggi. Taktahu lah kot kitorang nya nasib yang tak baik datang kalini, dapat macam ni .




Harap harap boleh improve lagi dari segi service & kualiti makanan . Kedai ni sebenarnya macam antara yang tersenarai dalam recommended restaurant dekat Kuantan ni tapi I can't agree (at least untuk buat masa ni) . They need to fix this. Plus, it used to be my Ayah's favourite place so macam sedih sikit lah niat bawa sini nak bagi Mama dengan Ayah enjoy .

Sorry kalau aku punya pandangan ni berbeza dengan apa yang korang yang dah pernah pergi tu rasa . Lain orang, lain experience nya kan?






Related search : Tjantek art bistro Kuantan, menu tjantek, sedap ke tjantek, review tjantek kuantan, senarai restoran kuantan, dining kuantan, best place to hang out kuantan, kuantan tourist spot, kuantan cafe, coffee spot kuantan

1 comment

  1. You hаvе maade ѕome decent ρoints theге. І checked ⲟn the internet tto find оut more about tһе
    issue ɑnd found most people wilⅼ go alօng with yoᥙr views on this website.

    ReplyDelete

On My Instagram