Tuesday, November 21, 2017
Kari Kambing 40 Hari Johor : Menu, Price Range & Review
Selama ni bila balik JB ke Melaka (masa study) , mesti perasan dekat tepi highway ada Kari Kambing 40 Hari ni. and dari tepi highway juga aku boleh nampak kemain banyak kereta parking nak makan dekat sini tau.
Makanya setelah sekian lama lalu lalang lalu lalang je depan kedai ni, finally dapat jugak jejak kaki kat sini.
Sebab kan kebetulan balik JB untuk kawan nikah, alang alang balik tu singgah lah sekejap kan. Nak nak pulak trip kali ni aku join member member yang spesis suka food hunting . Memang terus ONZ jela time sebut "jom pergi makan kari kambing 40 hari!"
Nak makan dekat sini kena planning elok elok. Sebab kedai ni buka sampai pukul 3 petang je. By time korang sampai pukul 2 pun belum tentu lagi makanan tu ada. Mungkin dah tinggal kerak kerak tepi periuk je kot haha. So to be safe, mohon datang awal. Dalam pukul 11-12 tu cun dah lah datang untuk makan tengahari. Cumanyaa ....
Hah cumanya ramai gilo la wey. Ni pun kategori tak berapa ramai sangat but look at the queues. Sekian jugak nak beratur and order. Tapi memandangkan dah sampai, gigigkan juga la beratur.
Dekat sini bukan setakat kari kambing je ada. Ada juga menu ayam . So kalau ada yang tak makan kambing, don't worry. Still boleh makan ayam. Jangan makan hati telan kacang je beli dekat Petronas tadi ekekeke.
Specialnya dekat sini, disediakan makan dalam talam. (RM48) Aku sebenarnya tak sure sangat menu apa yang ada sebab tak beratur sampai depan. Sebabkan kawan aku (Aida) datang dengan tunang dia sekali (Firdaus) makanya, Firdaus bertindak menjadi gentleman and pergi beratur belikan makan dan kitorang gegadis cuma cari tempat duduk dan tunggu (sambil draft blogpost ni haha)
Tapi aku jeling jeling sebelah ada je yang set individu (means bukan dalam talam lah), tapi tak sure pulak harganya. Yang aku tahu,
Set nasi + kambing (range RM13.00)
Set nasi + ayam (range (should be murah dari kambing?? Kot)
Set talam (makan 4 orang) RM48.00
Aku tak dapat nak agak harga wey sebab board menu dia yang beso beso tu dia tutup. Sebab ada perubahan harga & dorang tak sempat update. Tapi yang confirm setakat ni, yang talam tu RM48, yang set nasi + kambing RM13. ha gitu kekdahnya.
Set Talam . Ada ayam & kambing sekali |
Dulang tu patutnya makan untuk 4 orang tapi kitorang bertiga je. Memang membongak jela lepas makan tu terlentang kenyang. Portion dia memang untuk 4 orang. So bila nak habiskan bertiga ni semput jugak lah.
Plus, kari kambing dia ni jenis manis manis sikit. Macam rasa masak kerutuk pun ada. So aku macam tak fancy sikit benda manis manis ni, makanya bila makan tu aku banyak minum air sebab nak hilangkan rasa manis tu. Dah macam air sirap tumpah dalam kari pulak rasa dia hahahhaa . Tapi tetap sedap, cuma manis je la aku tak suka. Dah makan minum makan minum lagi lah cepat kenyang . Last last Firdaus yang habiskan hahaha .
Air? Kitorang order air kosong je haha . Dekat sini banyak dah siap siap letak dalam jug je. Ada air sirap, air teh o ais, and beberapa air lagi lah . Haritu ada perasan, susu kambing macam perisa pun ada . Orang meja sebelah aku beli susu kambing perisa coklat & honeydew . Aku macam nak cuba jugak tapi last last tak jadi beli hahaha .
So far makanan dekat sini sedap lah jugak (minus point dekat manis tu) , seronok datang makan ramai ramai lagi lagi bila ambik set talam tu . Feeling mengeratkan sillaturrahim gittew . Tapi kalau ada yang spesis berkira tu payah sikit lah sebab nanti dah confuse kau makan banyak mana, member yang sorang ni makan banyak mana, berapa ketul kambing dah kau telan wakakka . So konsep dia dekat sini, kalau nak makan set talam, kena lah bertoleransi dan berkongsi kongsi . Jangan gegaduh berebut daging kambing, okay?
Lokasi nya dekat Ayer Hitam. Masuk je Exit Ayer Hitam dan waze jurr . Kedai ni betul betul tepi highway . Dari exit tol ayer hitam tu nak ke kedai ni dalam 7km je camtu .
Selamat ber-kari kambing gais!
Related search : tempat makan best johor, johor makan sedap, tempat makan famous johor, tempat makan special johor, makan tengahari special johor, makan tengahari sedap johor, kari kambing 40 hari johor, harga kari kambing 40 hari, cara ke kari kambing 40 hari, kari kambing 40 hari buka pukul berapa, kari kambing 40 hari sedap ke
Subscribe to:
Posts (Atom)