Thursday, January 17, 2019
Cosera By GenLife Berries Ceramide Drink | Minuman Kecantikan Lengkap Dengan AntiOksidan, Collagen dan Ceramide
Pernah dengar 'superfruit'? Tahu tak 'superfruit' tu apa?
Superfruit ni ialah jenis buah buahan yang tinggi dengan antioxidant. Yang paling femes selalu kita dengar sebagai 'superfruit' ialah daripada keluarga 'berries' . Strawberry, blueberry, raspberry, cranberry, blackberry semua tu.. ramai percaya dengan pengambilan superfuit sebagai makanan tambahan harian, boleh mempercantikkan kulit dan baik untuk kesihatan . Tapi problemnya, beri beri ni bukannya daripada iklim kita. Jadi nak dapatkan supply buah buah beri ni susah. Dan kalau ada pun, mahal weh! Berapa ketul je dah dekat RM20. fuhh!
Kalau nak senang, boleh cuba Cosera Berries Ceramide drink. Highlighted ingredients termasuk - mixed berries, collagen dan juga yeast ceramide.
Okay fungsi berries dah tahu, collagen pun dah.
Ceramide untuk apa?
Ceramide ni femes dan diketahui bagus untuk kelembapan kulit yang mana 16 kali lagi hebat daripada Hyaluronic Acid. (Okay HA dah boleh retired sekarang hehe). Ceramide ni bukan je bagus untuk kuatkan kita punya skin barrier, tapi juga 'vitalize' kan kulit kita *bagi skin lebih alive dan sihat
Colourpop Haul | Order Dari USA Guna Service BuyAndShip
Wehuu wehuu, as promised pipol! An updated post about my recent purchase from Colourpop using Buy and Ship. Kalau taktahu BuyAndShip tu apa & how it works, baca dekat sini | Buy And Ship Malaysia : Beli Barang Dari USA,UK,Jepun & Hong Kong Dan Hantar Ke Malaysia Serendah RM15
Disebabkan haritu tengah musim cuti Christmas, jadi shipping macam delay sikit. Tapi kebiasaan nya patut cepat je. Bila barang seller dah hantar ke warehouse, pihak Buyandship akan check check barang dan pack, prepare untuk forward kan ke Malaysia pulak.
Bila shipment start bergerak, barang kita akan di transit kan ke Warehouse Hong Kong and finally baru lah di hantar ke depan pintu rumah kitee. Ngerti kamu? Senang kann! Ya Auloh sejak ada BuyandShip ni rasa nak beli semua benda!
takde gambar before koyak pulak hewhew tapi nak tunjuk plastik kuning BuyAndShip ni je |
Shipping murah, procedure pun mudah.
Okay masa forward kan barang dari USPS ke Malaysia, diorang gunakan courier GDEX. GDEX ni cemerlang je, cepat pun cepat and kalau takde orang dia akan call. Tapi tula if 2 kali delivery pun gagal sebab kita takde, kenalah pergi collect sendiri. Problem nya, Gdex punya tempat collect mesti jauh jauh or terceruk haha. Tempat susah nak access or jauh. So kena pastikan alamat korang tu ada orang untuk ready receive barang. Kalau tak, kena tahu siap siap lah Gdex punya center kat mana. Senang nak pergi self pick up.
Haritu aku order few items from Colourpop. Saje la ngengada try sikit sikit sebab time tu ada sale. Eyeshadow You Had Me At Hello tu menggoda sungguh and masa beli tu dapat promo berapa dollar je. Dalam below RM50 rasanya. Normally orang jual dalam RM80+
Masa terima barang, parcel in good condition. Takde kemek ke apa. Tapi sayang, highlighter palette aku pecah. Bergoncang masa delivery kot. sobs. Haritu ada mengadu dekat dalam instagram tapi dah setel fix dah. Walaupun tak perfect, tapi boleh guna! Kalau nak tahu cara fix kan eyeshadow/blusher or apa apa la yang dah pecah, boleh ikut this trick :
Kes highlighter aku pecah ni sebenarnya salah dari pihak Colourpop juga. Diorang ni harap je bubble wrap tebal tapi macam hiasan je. Sebab setakat letak dalam kotak je. Unlike seller Malaysia kita ni yang balut kemahen tebal dengan bubble wrap siap solatape berlayer layer. Nak unwrap pun susah hahahaha. So aku dah complaint dah dekat Colourpop. Harap harap lepasni diorang boleh improve lagi cara diorang secure shipment.
So far, bagi aku guna BuyAndShip memang senang sangat. Semudah update instastory lel hahaha . Bahaya la sejak sejak ada kemudahan nak beli macam macam dari USA ni. Hari hari usya website Amazon, Ulta dengan BeautyBay hakhakhak. Nasib la tengah berpuasa nak gi holiday ni. Kalau tak, memang rasanya tiap minggu ada je parcel sampai rumah kot hahhaa .
Oleh itu, kesimpulan dibuat ; antara banyak banyak parcel forwarding company yang aku cuba untuk beli barang dari USA, BuyAndShip la yang tawarkan harga terendah dan sangat mudah digunakan. Servis tiptop dan setiap pergerakan barang korang masa transit ke apa, semua akan dimaklumkan melalui email. Sangat sistematik.
Ramai juga yang DM tanya okay tak guna BuyAndShip ni? ofcos lah jawapan aku "OKAYY SANGAT!"
So, korang plan nak beli apa dari USA tu? eh cop, tahu kan BuyAndShip boleh forwardkan barang dari UK, JAPAN, HONG KONG dan CHINA juga?
Wow.
Sangat wow.
Mohon diberi kesabaran dalam mengawal nafsu shopping.
Amin
Related search : parcel forwarder USA, pos barang dari US ke Malaysia, hantar barang UK ke Malaysia, ship US UK to Malaysia, ship Japan to Malaysia, beli barang dari jepun, beli barang dari usa cara hantar malaysia, cara beli barang dari usa dan uk, cara pos barang dari us dan uk, online store ship to malaysia, us and uk online shop ship to malaysia
2 Tahun Tunggu Akhirnya Dah Cabut Braces!
Setelah 2 tahun setengah, sekarang dah boleh buka braces!
Yahuu. Ekceli patutnya doctor estimate dalam 1 tahun setengah je tapi gigi aku lambat gerak, plus aku asyik skip appointment wakakak memang makin lambat la settlenya.
Rupanya nak buka braces ni lagi hazabbb daripada masa pasang. Jenuh doctor nak cabut benda yang dah memang melekat dekat gigi kau selama 2 tahun. Time dia nak cabut bracket tu aku rasa macam gigi sekali dengan otak dan kewarasan aku sekali tercabut. Sakit wey hahaha . Tapi bila dah cabut tu fuh lega!
Masa dah siap cabut tu, doctor bagi aku tengok cermin, rasa macam eeee buruknya haha . Bukan gigi yang buruk tapi sebab rasa muka nampak pelik without braces. Bila dah otw balik, dalam kereta selfie selfie baru lah mula terima perubahan baru and sukakan condition gigi yang sekarang. Dah rata dan tersusun cantik. Idok la kona kona senget benget macam gigi lama dulu haha. Aku nak letak gambar lama dulu pun segan weh . Orang kata tak baik buka aib sendiri wakakakaka .
So dengan itu, sekian pelaburan saya untuk mendapatkan gigi cantik. Braces aku pakai jenis Damon metal braces . Self ligating type. Aku lupa la pulak nak ambik gambar comparison jenis jenis braces dekat klinik tadi. Tapi tak silap sekarang harga dalam RM5K kot. Jenis self ligating ni lagi cepat bergerak compared dengan traditional braces yang warna warni orang pakai. Cuma yang ni takde la ko nak berangan pakai getah warna warni sebab takde. Ko cuma pakai power chain warna kelabu yang kelamaan bertukar hijau kekuningan yang seakan lumut tepi akuarium .
Kiri; self- ligating . kanan; traditional/conventional brace |
Bab sakit, sepanjang aku pakai braces ni setakat sakit kepala la kot awal awal tu. Bila doctor tukar wayar & power chain. Tiap kali lepas appointment mesti macam nak cabut kepala letak tepi jap sebab sakit gigi kena tarik. Tapi kalau makan pain killer boleh control sakit tu. Yang hazab time nak mengunyah. Tapi aku sempoi je belasah makan benda keras. Bracket tu ada kot 3,4 kali tercabut. First time tercabut sebab makan ciken wing IKEA wakaka . Nasib tak tertelan bracket tu, kalau tak haruuu.
nampak tak bahagian bawah gigi macam ada getah lilit besi? tu la powerchain. kuat woo dia tarik gigi kita. tiap kali tukar power chain, tiap kali tu rasa nak demam haha. nak tarik nafas pun rasa berdosa sebab ngilu gigi and sakit kepala |
So demikian lah tamat kisah si Farah bergigi besi. Special thanks to Dr Raymond untuk sepanjang 2 tahun ni bersabar dan bertabah dengan aku yang ikut suka appointment skip skip, countless drama bracket tercabut, dan melayan progress gigi yang slow . Thanks Doctor . Makanya siapa berniat nak buat braces tu, nasihat aku..
Takyah lahhh sakit kot! Hahahahaa
Tapiii berbaloi! Puas hati! Dan yang bestnya aku recommend buat dekat Dr Raymond ni sebab dia soft spoken gila. Bila macam ada pressure or dia nak tekan kuat ke apa mesti cakap "sorry ya, tekanan sikit" . Lepastu selalu buat kita selesa & dia buat apa apa pun lembut je tak kasar. Suruh buka mulut luas luas pun cakap elok elok. Walaupun aku secara tak sedar asyik tertutup tutup mulut, tapi dia sabar je minta aku nganga luas lagi.
K la nak service tiptop , harga pun berpatutan, boleh pergi Klinik Dr. Ray & Partners dekat Cheras okay? Sebut nama aku tau kot kot ada dia nak bagi affiliate ke hakhakhak.
Tunggu rajin sikit nanti aku buat FAQ pasal braces untuk rujukan korang yang teringin nak buat braces ok?
Last but not least;
HELOK TAK GIGI SIS?
related search : wajib pakai retainer lepas buka braces? , sakit tak pakai braces, pengalaman pakai braces, berapa kos braces, berapa harga pakai braces, klinik murah braces, pakai braces cepat gerak, jenis braces yang bagus, klinik braces ampang, klinik braces kl, klinik braces cheras, klinik braces selangor, jenis jenis braces, braces warna warni, procedure pakai braces, cara cara pakai braces, langkah langkah pakai braces, pakai braces sakit ke, braces apa kurang sakit, jenis gigi perlu pakai braces, pakai braces kena cabut gigi, pakai braces tak cabut gigi, braces gigi jarang, braces gigi berlapis
related search : wajib pakai retainer lepas buka braces? , sakit tak pakai braces, pengalaman pakai braces, berapa kos braces, berapa harga pakai braces, klinik murah braces, pakai braces cepat gerak, jenis braces yang bagus, klinik braces ampang, klinik braces kl, klinik braces cheras, klinik braces selangor, jenis jenis braces, braces warna warni, procedure pakai braces, cara cara pakai braces, langkah langkah pakai braces, pakai braces sakit ke, braces apa kurang sakit, jenis gigi perlu pakai braces, pakai braces kena cabut gigi, pakai braces tak cabut gigi, braces gigi jarang, braces gigi berlapis
Subscribe to:
Posts (Atom)