Friday, September 7, 2018
Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2
Taste of Malaysia Airport @ MIGF2018 : 3 Restoran Pilihan Ramai di KLIA dan KLIA2 | Tahun lepas, ada sekali tu aku ternampak billboard iklan Malaysia International Gastronomy Festival ni tapi tengok tengok dah terlepas dah tarikhnya. So nekad siap siap untuk 2018, mesti pergi mesti pergi! finally dapatla jugak pergi tahun ni punya ; bertempat di Berjaya Hotel Time Square (1-2 September 2018) .
Aku tahu bab Gastronomy ni pun dari Hilmi lah sebab nature study dia dulu culinary. Kalau tak tahu Gastronomy tu apa, pergi google ekekeke k takpe aku bagitahu. Gastronomy ialah seni makanan. Biasa orang hias and present masakan fancy fancy dekat fine dining restaurant tu, ha Gastronomy lah tu.
Salah satu booth yang aku duduk bertenggek lama sampai 2 jam ialah dekat booth Taste of Malaysia Airports. Booth ni mewakili 3 restoran, tiga tiga ni ada dekat KLIA2 iaitu - Bumbu Desa, Grandmama's & Fukuya
Subscribe to:
Posts (Atom)