Wednesday, December 1, 2010

Kenapa berbelanja lebih untuk dapatkan gigi putih berseri ?

Gigi memang aset penting . Tak ada gigi makanya disaster semua benda . Tak ada gigi tak boleh makan , bercakap juga jadi pelat , muka lawa pun if gigi tak ada memang hancur segala . Tapi betul kah ada gigi cukup cukup semua tu boleh menjanjikan kita mempunyai gigi yang cantik . Kalau gigi cukup kesemua nya tapi bila senyum nampak kuning dan seperti tidak dijaga rapi serta bilamana ada check up di sekolah asyik dapat C or D di buku record , itu memang sangat memalukan .

http://photos.demandstudios.com/getty/article/77/70/88757189_XS.jpg

Lupakan kesemua jenama Colgate , Darlie mahupun jenama jenama terkenal yang lain kononnya menjanjikan keputihan gigi yang unggul dan berseri seri sampai orang tengok pun kena pakai sepek mata hitam dek kerana terlalu berseri seri (amboi menipu sangat gayanya) sebab anda mampu mengubahnya daripada berbelanja lebih untuk semua janji janji manis advertiser yang cakap 14 hari boleh putih terus . Pffftt memang penipu besar tu, dan kita semua pun percaya . Mudah terpengaruh dan OH SAYA MAHU GIGI PUTIH BERSERI SEPERTI MODEL ITU HANYA PERLU PAKAI GEL PEMUTIH GIGI JENAMA ******* DAN YA SAYA HARUS AMBIL KUNCI KERETA SEKARANG DAN BERGEGAS KE KEDAI BERHAMPIRAN UNTUK MENDAPATKAN PRODUK ITU SEBELUM IANYA HABIS walhal model dalam TV itu sah sah lah sudah berbelanja ratusan ringgit untuk buat bleaching pada gigi yang pada jangka masa panjangnya boleh membuatkan gigi kita rapuh dan yeah you name it what will happen next .


Mukaddimah nak panjang berjela , okay saja nak beramah mesra dengan pembaca sebelum reveal secret sebenar . Jeng jeng jeng . (drumroll please!)

Jangan tak tahu , dengan menggunakan bahan bahan yang ada di dapur rumah sahaja sudah memadai untuk mendapatkan hasil yang umphhh meng-awesome-kan . Memang boleh didapati didapur unless memang dapur kamu tu dapur orang bujang yang cuma dipenuhi paket paket Maggi sahaja.

Jadi , apa yang kita perlukan ? Jeng jeng jeng (lagi sekali jeng jeng jeng )


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Its a baking soda!




http://media.rd.com/rd/images/rdc/slideshows/white-teeth-diet/baking-soda-af.jpg

Okay kalau tak tahu baking soda tu apa ,

Its soda bicarbonate !

Oh kalau tak tahu juga , boleh pergi dapur sekarang tanya mak . Takpun boleh call gf awak yang reti buat cake . Tak pun boleh tanya jiran sebelah rumah yang pandai masak pelbagai juadah . Takpun susah sangat awak boleh pergi pasaraya dan pergi kaunter dan buat muka serius

"Saya nak beli baking soda@soda bicarbonate" .


Muka serius tu wajib supaya elakkan diri dari nampak kurang mengetahui apa itu baking soda@soda bicarbonate .


Jadi , macam mana nak guna baking soda@soda bicarbonate ni ? Mudah saja . Ada yang kata , jika penggunaan baking soda straight terus ke gigi@mulut dengan menggunakan berus gigi bakal melukakan gusi anda makanya , cara terbaik untuk menggunakannya ialah dengan

Mencampurkan baking soda@soda bicarbonate ke dalam ubat gigi yang bakal anda gunakan. Dimana, sila picit ubat gigi diatas berus gigi , kemudian taburkan sedikit baking soda diatas ubat gigi tu . Tengok , siap bagi step-by-step ni . Sekarang , cepat puji FARAH MEMANG BAIK . Ehem okay enough .

http://photos.demandstudios.com/123/155/fotolia_397746_XS.jpg


Apa mungkinkah ada yang risau mungkinkah boleh mendatangkan mandul , mati pucuk mahupun kanser saraf kalau tertelan baking soda ini ? Jangan risau . Inilah bahan bahan yang selalu ada dalam makanan yang anda makan tu misalannya cekodok pisang yang oh comel dan bulatnya dijual di pasar malam , mahupun didalam cake harijadi anda mahupun kawan kawan anda , ataupun didalam makanan ringan yang anda suka makan sama ada masa kecil kecil atau pun time dah tua bangka ini . Jadi jangan lah risau ya .

Oh, lupa nak bagitahu . Jangan lah disebabkan terlalu excited SAYA NAK GIGI PUTIH SECEPAT MUNGKIN dan awak gunakan method ini untuk setiap 2 jam sekali , amboih amboih gelojoh . Jangan okay . Tak digalakkan kerana , baking soda bersifat mild abressive . Kalau dah terlalu kerap , mungkin akan mendatangkan kesan buruk . Makanya , rutin yang paling afdal ialah



Satu atau dua kali dalam seminggu
Kalau degil sangat pun , okay fine 3-4 kali dalam seminggu .



Jadi selamat mencuba ! Bergembiralah dengan gigi putih yang baru dan berseri seri , dan semua pun boleh start apply jadi model untuk ubat gigi .



Peringatan :

    - Masa menggosok gigi , jangan terlalu kasar sebaliknya gosok dengan penuh kasih sayang dan bagai menatang minyak yang penuh .
    - Elakkan daripada membiarkan baking soda terlalu lama didalam mulut anda, sebaliknya, cepat cepat kumur dan bersihkan mulut apabila selesai .
    - Tahu kah anda bahawa kulit pisang juga boleh memutihkan gigi ? Cubalah!




    :)

    On My Instagram