Thursday, December 5, 2013
Saman JPJ kena naik court , what to do?
Assalamualaikum ,
meskipun secara amnya ramai yang ketahui dan sedia maklum bahawa aku merupakan seorang pemandu yang berhemah lagi bersopan santun di jalan raya *gelak cover mengiring belah kanan* , namun tidaklah daku terkecuali daripada malapetaka malapetaka perkara tak dihingini berlaku . walaupun drive dengan lemah lembut , dan ada skill superpantas pakai seat belt bila nampak polis atau jpj , punnnnnnnn pasti akan terkena juga . ibarat sepandai pandai kau pakai heels, confirm terpele'ot juga sekali sekala .
Kesalahan aku agak tak logik dan macam ALA BOLEH LA PAKCIK , LEPAS LAAA , sebab aku rasa super tiny miny kecik punya dan tak setimpal dengan saman aku bayar . tapi takpe , sebabkan hijrah masih berjalan dan hidup nak dapat keberkatan Allah , takyah kau mengada nak rasuah ke , duit kopi ke , lentuk kiri kanan goda ALAAA BANGG ALAA BANNGGG . sendiri buat salah , sendiri tanggung.
Kesalahan sekecil melalui laluan bas berhenti , untuk pickup adik baru sampai terminal bas dan kena saman RM300 aku rasa nak lempar sebuah kuali . Bagi aku yang ego dan sombong , aku rasa kesalahan tu kategori kecil dan boleh diskaun kot RM50 ke kan kan kan . Awakss, saya lalu je awakss. saya dop parking pungggggg . Persinggahan yang tak ambil masa lama dalam 1 minit tu pun kena saman . Sedetik pantas yang kalau korek hidung pun tak puas . Buat muka comel pun tak jadi hape sebab muka azalinya kurang attractive takpun bini dia lagi devas jadi pandang muka aku yang cuba cuba nak senyum kasi sejuk hati automatik GAGAL ! GAGAL ok GAGAL !! *terus low konfiden
Kejadian ni cerita dah 2 bulan lepas dah tapi jengjeng baru kena naik court rabu semalam . apekehe kesalahan ni kena naik mahkamah . idok ke membuang masa hakim tu kena dengar masalah aku yang tak thrill langsung ni . Ceritanya untuk saman JPJ sekarang ni rasanya semua kena naik court . sobs sobs .
Yang tak bestnya , orang lain yang tak ada roadtax / roadtax dah mati kena saman RM100 je , yang tak ada lesen saman RM80 , aku punya kesalahan yang aku kira macam tak berat sangat *ego lagi* kena minimum RM300 . apa ni apa ni , pening aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .
Sekiranya kau tergolong dalam golongan tak bernasib baik macam aku , mahupun sendiri cari nahas gatai pi drive kereta BMW bapak nak tayang kat budak budak sekolah tapi tak ada lesen , dan kena naik court ; berikut ialah saranan yang aku boleh bagi . tapi tak pasti lah applicable ke tak dekat mahkamah lain , ini berlangsung di M***** .
1) Sila datang awal , bawa sekali surat saman dan serahkan pada pegawai bertugas . Lagi awal kau datang , awal kau serahkan surat tu , awal lah kau balik .
2) Pastikan kau bawak siap siap duit untuk bayar saman , lepas perbicaraan kau tak boleh keluar . kena kuarantin selagi bayaran tak dibuat . kena jelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan , else kau boleh menginap di penjawaaaaa convict sangattt .
3) Aku serious tak faham diorang bekerja macam mana , ada setengah mahkamah perlukan kita sediakan script dan baca dengan bersungguh sungguh , else diorang kata kita tak ada effort dalam membuat rayuan pengurangan kompaun . dan ada juga mahkamah yang hanya perlukan kau buat muka sedih , sengih sengih cemkerang busuk sikit dan buat ayat tunggang terbalik bila dia tanya 'ada sebarang rayuan?' kau hangguk dan cakap ' AAAAAAA SAYA MIMINTA UNTUK KURANG SAMAN KENA BAYAR SEBAB SAYA GAJI SIKIT' (keluar court tengok pakai iphone 5s *facepalm)
pap pap pap eh dapat kurang . ciskek .
Dapat pula kes aku , yang dah fully prepared dari awal siap skrip bagai ayat syahdu , dengar pun tak . pandang pun tak . siap tanya 'banyak lagi ke' , oh saya sangat sangat rasa cam kena lempang sedas disitu ya . idak ke ada hak untuk bela diri , memang bela habis habis lah , dah bela tak layan pulak . kesimpulan disini aku boleh buat , (bergantung lokasi dan cara kerja) , kau jangan lah jadi macam aku . mungkin dia rasa aku poyo siap tulis skrip bagai , mungkin juga dia rasa aaaa amenda panjang panjang ni , NEXT !! , dia nak kita mai buat muka sedeyy pakai selipar jepun no dress code dan dia akan alololo kesian ni , kena bagi pengurangan . 2#%@#^$^$%^
kalau aku tahu , aku pakai tshirt sukan sekolah je . serious! rasa terhina aih . balik menangis bukan sebab hilang RM300 , tapi sebab kecewa dan tak faham dengan cara diorang bekerja . sobsss . serious lah , daripada aku hadap tulis script tu ada baiknya aku siapkan assignment Thermodynamics malam tu , takde la aku buang masa , buang air mata dan buang muka (malu okay) .
Kesimpulan boleh dibuat , jangan pakai lelawa . pakai tshirt sukan sekolah , selipar jepun . dan yang penting muka paling sedih sekali . kalau student , pakai matrik card gantung kat leher .
sekian , insan yang kecundang .

Subscribe to:
Posts (Atom)