Kadang duduk saje saje lepastu teringin nak air sejuk, tak semena mena tekak ni meminta minta kopi sejuk sejuk. Nikmat weh kopi sejuk. Aku prefer kopi or teh sejuk daripada yang panas. Memang sejenis tak pandai minum air panas sangat hewhew . So kalau pergi singgah Shell ke apa, mesti nak cekau air kopi sejuk juga lagi lagi kalau aku kena drive long hours.
Sebabkan aku ni kira macam sejenis suka menyinggah Shell, aku perasan je lah kalau ada air baru dekat rak or peti ais dia tu. So yang latest ni, aku perasan ada air baru keluaran jenama Yeo's. Jangan terkejut wey, Yeo's sekarang dah ada rangkaian minuman terbaru berasaskan "COFFEE" . Kalau sebelum ni asyik nampak air cincau, soya dengan chrysanthemum, kali ni Yeo's dah ada air kopi weyy! Minuman berasaskan kopi jenama Yeo's ni dibawah range "Juscoffee" .
Korang tahu kan, Yeo's ada range untuk minuman berasaskan teh , Justea? Ni pun sedap jugak. So aku baru tahu rupanya seiring dengan pelancaran minuman Juscoffee , untuk Justea pun ada perisa terbaru yang diperkenalkan oleh Yeo's tau .
- Juscoffee Iced Coffee
- Juscoffee Iced Cafe Latte
- Justea Matcha Latte
Didatangkan dalam size botol yang mudah dibawa ni memang ngam la untuk dibawa bersama masa buat apa apa aktiviti. Boleh beli banyak siap siap, lepastu bawa ke office atau ke kelas, capai je sebotol, boleh minum on-the-go. Ni kalau dapat minum sejuk sejuk masa hari tengah panas atau mengantuk time buat kerja ke, confirm boleh segar bugar je mata kan kan?
3 Minuman terbaru Yeo's ni dah boleh didapati di kedai kedai runcit dan petrol station terpilih. Buat masa ni, yang aku tahu dah readily available di Shell, BHP , Petron dan KK Mart sahaja. Takpe, very soon nanti mesti dah available dekat semua kedai runcit atau supermarket. Boleh la korang try jugak .
Antara 3 ni, favourite aku yang Justea Matcha Latte dengan Juscoffee Cafe Latte. Maybe sebab aku suka yang manis manis lemak bersusu kot so dua ni jadi pilihan aku. Memang bila lalu dekat tekak tu ya ampunn segar betul! Sedap tak tipu! Tak terlalu manis tau. Sesuai la untuk korang yang tak suka manis manis sangat ni. Yang penting rasa kopi dan daun teh tu still ada. Baru lah terasa authentic biji kopi dan daun teh tu. Sebab kalau tak, kadang minuman dalam botol ni terasa kuat sangat perasa artificial tu. Tapi Yeo's Juscoffee dengan Justea ni tak rasa macam tu pun.
Tak percaya?
Cuba lah sendiri .
Tak percaya?
Cuba lah sendiri .
Post a Comment