Wednesday, December 22, 2010

Kudrat Seorang Mama

Assalamualaikum .

Apa yang kau faham tentang kudrat? kudrat boleh dimaksudkan macam usaha , penat lelah titik peluh . Tak gitu? Okay susah sangat aku pergi search dengan google kejap . Tunggu sat naaa .






Fuhh puas cari . Tak jumpe weh . Tapi aku tahu korang mesti faham punya kudrat tu apa . Kan selalu tengok drama Melayu . Takkan taktahu langsung kot .

Aku kagum dengan Mama aku . Okay . semua orang pun kagum dengan emak masing masing kan? Okay masing masing punya pendapat . Tapi pasai ni belog aku jadi aku cerita tentang mak aku . Kalau kau rasa nak cerita pasal mak kau , kau boleh create blog sendiri .

Masuk hari ini , dah hari ke -5 , kami tiga beranak (aku , wani & mama ) membusykan diri dengan berniaga nasi lemak . Aitelyuwat . Jual nasi lemak memang seronok . Sumpah seronok . Kau dapat pengalaman macam macam disamping dapat mengasah kembali skill congak kau yang dah lama lapuk sejak masuk sekolah menengah gelabah kira kira semua pun pakai calculator . Disamping dapat duit poket , dapat juga belajar cara cara buat nasi lemak , kuih karipap , kuih koci dan macam macam . Tak sia sia lah . Sekurang kurangnya dapat juga ilmu . Kot kot lah nnti dekat Melaka aku boleh buka gerai nasi lemak pulak pagi pagi (berangan) .



Pun begitu . Aku cukup berbulu dan bengang bila aku kena bangun seawal pukul 4 pagi . Bayangkan lah . Kau semua tengah busy tengok concert Rihanna dalam mimpi , aku pula tengah busy bungkus nasi lemak . Masa pagi pagi tengah loading lagi sebab mamai mamai , sampaikan pintu pun aku nyaris cium . Dahsyat .



Tapi alhamdulillah rezeki . Habis licin juga hasil jualan hari hari . Fuuh gembira hati ni tak payah cakap lah . Around pukul 8.30 pagi dah boleh chow dah . Masa untuk sambung tidur beb! Punya lah flexible waktu kerja macam ni . Masyuk pun masyuk . Pergh berapi je aku promote pasal jual nasi lemak . Karang tak pasal esok pagi berderet semua orang pun nak jual nasi lemak .



Part paling seronok , if around 8.30 pgi tu still ada nasi lemak and kuih yang belum habis , kitorang akan simpan semua kuih kuih and nasi lemak tu dalam kereta . Buka bonet andddddddddddddddd "ponn ponn ponn ponnn tilam lama tukar baluuuu" .

Oh okay salah .

"ponn ponn ponn nasi lemak , kuih kuihh . Kak, nak nasi lemak?"

Haa macam tuu . Kitorang pergi menjaja pula . Part ni seronok . Sebab kebanyakan orang semua berat bontot nak keluar rumah pergi beli nasi lemak dan sesetengah tu malas nak mandi lagi . Jadinya, hambik kau . Straight to your doorstep gituuuuwwww . Practical habis . Saat paling membahagiakan , ialah bila mana ada budak budak kecik main dekat luar , and nampak kitorang datang jual makanan , semua pakat duk serbu and menepek dekat tepi pintu and tingkap kereta berebut rebut nak beli kuih . Kalah orang jual ice cream Mat Kool . Huiyoh! :O

Tapi apa apa pun , semua ni takkan dapat dijayakan tanpa adanya kudrat daripada mama . Dia lah yang sibuk menyediakn pelbagai jenis kuih , kehulu kehilir beli barang dapur . Dialah tulang belakang kepada semua ni :') . Tapi sekrang aku dah pandai masak nasi lemak . Kuih bakar pun dah belajar sikit sikit . Popia dan karipap pusing , dah dalam tangan . Thanks mama :)


Senyum gedik letak gambar sendiri T_T

On My Instagram