All A Box Sambut Anniversary Pertama!

Tuesday, October 9, 2018


Tahu tak? Tahu tak? I'm a sucker for cute packaging, and pretty boxes! Kadang, beli barang semata mata sebab kotak cantik. Takpun, beli sampai minimum pembelian, semata mata nak order tu sampai dalam kotak limited edition haha dasarr wanita sangat kan?

Tapi itu la kepuasan yang kita cari bila berbelanja. Lagi lagi order online. Nak lah barang kita order tu datang dalam keadaan baik, terbalut cantik, fefeeling macam dapat hadiah. Fefeeling macam wah dapat surprise gituh, meskipun hakikatnya beli guna hasil keringat air ketiak sendiri ahak ahak ahak.

Come on lah, bila All-A-Box keluarkan pulak kotak edisi khas 'Once Upon A Time' dia tu, automatis tanpa diundang, rajin je nak jenguk jenguk apa yang ada dalam kotak tuu. Mana boleh tengok je kan?


Eh sorry terus masuk perenggan ke tiga tanpa muqaddimah heeheew. Buat awak orang yang tak familiar lagi apa All-A-Box ni, meh kita buat sesi orientasi sikit.




All A Box tu apa?


All A Box ni merupakan satu platform menjual produk kecantikan. Be it makeup ke, skincare ke, personal care products ke, all in one website. Menariknya barang barang yang available dekat website www.allabox.com ni, diorang tak sesuka hati "ha kita jual ni lah! Eh eh jual ni pulak lah!" Tidakk awak! Produk yang tersenarai dalam website diorang semuanya produk produk yang dah dicuba sendiri oleh staff dan orang belakang tabir All A Box, dan diakui berkesan, selamat & berbaloi untuk dibeli. Sebabtu kalau contoh ada nampak barang A daripada jenama X, mungkin barang B daripada jenama yang sama, takde dijual di All A Box.

Lagi best, di All A Box diorang siap beri suggestion on how to create your routine menggunakan produk produk yang ada di website. Siap ada blog dan artikel juga dekat website diorang. Aku dah baca dah blog diorang and best sebab banyak share tips tips kecantikan juga

Sparkling Skincare - star product di All A Box




Bawah All A Box, ada macam macam jenama yang berkolaborasi bersama. Tapi, yang paling ramai customer ulang alik ulang alik repurchase ialah dari jenama Sparkling Skincare.

Sparkling Skincare ni penjenamaan lokal, tapi feedback yang diorang dapat memang sangat memberangsangkan. Aku yang tengok testimoni sorang sorang pulak yang naik gila. Jeles wey kulit daripada bermasalah, jadi bersih sangat sangat & nampak sihat. Bukan jenis flawless berkilat macam plastic surface tu k.

Terkesima tengok founder and masters cantiknyaa

Masa sesi hi tea party dengan founder dan master All A Box ni minggu lepas, memang tak puas nak tenung muka sorang sorang sebab yaaaa ampunnnnnn cantik lohh! Bila selidik selidik, memang ni lah antara testimoni berjaya Sparkling Skincare.

Yang tengah ni la founder All A Box, Puan Nadia Fauzi . Kiri kanannya tu master & young master, orang kuat dalam All A Box ni

Sambut Anniversary Pertama All A Box!





Eh lupa bagitahu, hi tea party haritu diadakan sempena Pre-Celebration Anniversary All A Box yang pertama! Wah wah uols dah setahun lah. Tahniah! Semoga All A Box makin maju, seiring dengan nama nama besar yang membawa concept e-commerce jualan produk kecantikan yang lain, macam Althea & Hermo, Insyaallah. 

Lepasni boleh lah tambahkan lagi produk dan jenama best best under All A Box ni kan?

Cakap pasal jenama best, kolaborasi terbaru All A Box ialah dengan jenama Airish. Yang ni special tau bersempena anniversary diorang ni. Macam yang aku cakap awal awal tadi, keunikan barangan All A Box ni ialah pada kotak yang diorang gunakan. Untuk edisi anniversary ni, bertemakan Once Upon A Time . Next time around, ada kotak tema lain pulak. So be sure to keep updated and kumpul semuaaaaaaaaa kotak limited edition yang diorang ada tu.






Kalau rasa nak cari K Beauty stuffs pun ada di All A Box juga. Antaranya dari brand Innisfree, Tony Moly dan banyak lagi. Skincare & makeup dari negara pengeluar Asia yang lain pun ada termasuklah daripada Thailand, Indonesia & Filipina. And yang penting uols, harga of course la lagi murah. So, suka tak suka tak?

Kalau suka meh la kita buat lawatan secara berjemaah ke website dan instagram diorang.

Instagram : @theboxaboutall




8 comments

  1. 1st time dgr ttg all a bix ni..k beauty juga ye..ok nanti kita usha manalah tau kut tersangkut 2 3 rg hihu

    ReplyDelete
  2. Cantiknya lah.. Produk2 baru ke ni xpernah tengok.. Founder pun lawa bebenor hihi

    ReplyDelete
  3. Ahaa, its pleasant dialogue on the topic of this post at this place at this webpage, I
    have read all that, so now me also commenting here.

    ReplyDelete
  4. Wah, banyak juga produk dia ni. Box pun cantik

    ReplyDelete
  5. Zira pun suka tengok kotak dia, special sangatkan produk pun banyak pilihan boleh beli ikut kesesuaian kulit

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Maknanya dalam satu kotak la ye blh dpt?
    Dapat kotak cantik pun boleh buat rasa teruja kan. Belum lg tengok barang kat dalam. Hehe

    ReplyDelete
  7. Wah! best nyer barang barang dalam box itu, sayang semua

    ReplyDelete
  8. wah.. box dia unik design nya.. suka tengok macam ala-ala surprise gitu kan..

    ReplyDelete

On My Instagram