Wednesday, June 1, 2016

Hi Tea Blogger bersama Nutri Riche Absolute 25 | Yang terbaik untuk pembersihan usus!



Hi.

Kita cerita direct lah terus dengan tajuk entry, ok? Sebab kang aku buka cerita lain dia berpusing pusing jadi bosan bah. Kau malas mau baca bah. Aku syok sendiri bah. Haha dah mula melalut 



Bertepatan dengan tajuk diatas, maka tidak silap lagi lah aku telah pun turut sama dalam majlis Hi Tea Nutri Riche bersama dengan beberapa orang lagi blogger yang lain. Untuk kali ni, hi tea ni bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat ni iaitu Absolute 25. Kami di jelaskan secara ringkas tentang apa kebenda nya Absolute 25 ni. Apakah ia sejenis ubat kurus? Atau makanan minda? Mahupun kismis doa? Ok dah melalut lagi 





Majlis petang tadi diadakan di Orchid Conservatory yang terletak di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Ekceli , aku tak sangka pun majlis ni diadakan di tempat yang ‘gila kau tak cantik?’ ni. Biasanya dalam conference room gitu. Tapi kali ni memang betul betul tema hi-tea. Seumpama minum petang dengan ratu England gitu, makan scone kau. Mampu?

cantiknya background penuh dengan orkid!

Majlis dimulakan sekitar jam 3.30 petang. Masuk masuk tu kami mula dengan mendaftar, dan ambil gambar 268 shots. Tidak termasuk balance 433 keping selfies. Ahaks! Perangai sangat.... Tambah pula aku bawa tripod sakti aku tu, memang menjadi jadi saka ambil gambar datang menyerang. Yang lain lain pun sempoi melayan ihiks .



Salah seorang model produk ni. cantik kan?



Ok berbalik kepada Absolute 25. 





Kenapa Absolute25? Kenapa bukan Absolutely Gojes? Absolutely199? Absolutely1800882525? Kehkeh.

Kenapa Absolute 25?


Jawapan yang kami terima ialah kerana pada bermulanya usia 25 tahun ni kulit kita mula tunjukkan tanda tanda penuaan, kulit kusam, bermasalah jeragat dan macam macam lah. Bermula dari umur 25. Aku 25 weh tahun ni, terus rasa gerun dengan statement ‘penuaan’ . Dulu orang cakap aku baby face kot. Tittle tu bila bila je bakal dibawa angin lalu . Sobs!

Kak Shehan dan Kak Safura

Tataplah wajah 'baby face' ni selagi mampu ahaks!

Jadi pentingnya untuk para wanita (lelaki pun) untuk ambil berat dan prihatin dengan masalah ni. Seeloknya cegah dan baiki sebelum jadi makin melarat kan ? So dengan mengamalkan Absolute 25 ni, berupaya untuk bantu selesaikan masalah masalah yang lazimnya wanita berusia 25 tahun keatas alami.

Bukan setakat selesaikan masalah kulit semata mata ye, tapi ianya berkerja bermula daripada sesi pembersihan usus korang. Amboi dah sumbat makan macam macam, pandai pandailah buat maintenance sikit dekat usus tu kan? Korang tahu ke tak ni pentingnya dan betapa bagusnya bila usus kita bersih?

Pentingnya usus yang bersih!


Meh nak bagitahu . Bila usus kita kotor, secara automatiknya badan kita akan mengandungi banyak toksin tau. Bila dah banyak sangat toksin tu, secara langsung badan kita terus merajuk dan meragam. Mula lah ada masalah sakit kepala la, sembelit, mulut berbau, perut buncit, susah nak hadam dan kembung perut. Korang ada masalah seperti yang dinyatakan? Sah! badan korang ada berjuta juta gelen toksin kihkih. Macam mana nak singkirkan toksin ni? Masa ni lah Absolute 25 datang membantu! (pasang music Star Wars)




Bahan utama dalam Absolute 25 ni ialah L-cysteine. Bendalah ni amat selamat untuk badan kita dan telah dilantik menjadi ejen pembersih usus. Power dia ni buat kerja tau ... , memang usus korang yang berkerak dan berlendir tu senang senang je L-cysteine ni bersihkan, gitu. 


Sebelum korang bertanya, biar aku jawab dulu. Ianya diperoleh daripada asid amino yang diambil daripada buah buahan. Jadi tak ada isu cikbab disini . Harap mak long . L-cysteine ni juga digabungkan dengan ekstrak biji aprikot, epal hijau dan manggis untuk upgrade power dia kepada tahap cakerawala agar berupaya bekerja dengan lebih efektif dan pantas.


Bila usus dah bersih, baru lah usaha usaha penyerapan nutrisi dapat dijalankan dengan baik, menghasilkan kulit putih gebu dan licin berkilat bak lantai mozaic .


Memang Absolute 25 ni sebenarnya memfokuskan kepada pembersihan usus, dan sebagai bonusnya dapat membantu merawat macam macam masalah lainnya. Hm bahaya kan bila usus kotor? Datang sekali dengan pakej penyakit lain .


Idea nak hasilkan Absolute 25 ni datangnya apabila salah seorang daripada pengasas produk ABSOLUTE 25 ni alami masalah penghadaman yang teruk dan memberikan kesan sakit kepala yang kerap sampaikan dia terpaksa bergantung kepada ubat dan selalu perlu ke hospital. So, setelah berikhtiar cuba macam macam produk tapi tak jalan juga, maka satu kajian telah dibuat oleh pasukan penyelidik formulasi yang terdiri daripada pakar formulasi , pakar dietitian dan pakar nutrisi untuk mengenal pasti punca penyakit dan selesai masalah yang dihadapinya . Maka terhasillah ABSOLUTE 25!


Fungsi dan kebaikan Absolute 25


  • Mencerahkan wajah
  • Menganjalkan kulit
  • Membuatkan kulit glowing
  • Menyingkirkan bintik hitam
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan kedutan
  • Meningkatkan metabolism






Perbezaan Absolute25 dengan produk lain yang ada dipasaran?



Well, setelah mendengar penjelasan jurucakap dan wakil daripada syarikat NutriRiche, aku boleh simpulkan yang produk ni dihasilkan dengan sangat teliti. Bukan main tangkap muat je. Biasa nya produk kecantikan kan setakat pergi kilang, borak borak dengan amoi cakap “ Moi,saya mau buat satu produk aaa, kasi kurus sama putih. Apa bagus moi?” . Dan beberapa ketika kemudiaanya, terhasil lah produk . Tanpa kajian menyeluruh, tanpa buat R&D dengan teliti, tanpa buat dulu ujian keatas responden dengan tempoh lama etc.

Absolute 25 ni makan masa bertahun juga semata mata untuk jalankan kajian , nak tengok ada bad side effect ke tak, berapa lama badan kita mula bertindak balas dengan produk dan sebagainya. Absolute 25 ni terlebih dahulu dicuba sendiri oleh pengasas produk dan beberapa orang prospek yang mempunyai masalah yang sama dan berlainan tau ... Bila diyakini betul betul memberikan kesan positif serta masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan barulah ianya bersedia untuk mula di pasarkan .

Dalam memilih produk, perkara terpaling penting yang perlu kita ambil tahu ialah, PASTIKAN produk itu berkelulusan KKM. Dan lagi satu, pastikan juga ianya HALAL. Haa sebab kita taktahu apakebendanya bahan digunakan untuk buat produk tu. Jangan sebabkan lulus KKM semata, korang terus guna. Kalau tak Halal camne? Kalau ada ‘cik bab’ dalam tu, ahh acaner?



Kelulusan KKM dan pengesahan HALAL



Absolute 25...? Kedua duanya ada. Berkelulusan KKM dan juga disahkan HALAL. Power kan?
Setiap satu kotak ni mengandungi 20 sachet dengan isian 3000mg setiap satu. Kalau nak kesan yang lebih wow dan power, ianya disarankan untuk ambil ikut sukatan yang dicadangkan  - 1 sachet pagi dan 1 sachet disebelah malam. Ha kalau ikut cara macam ni, seawal 7 hari dah boleh nampak kesan ketara. Sebaliknya, kalau korang nak jimat jimat – boleh je makan 1 sachet sehari. Cuma kesan dan jangka serapan dalam badan tu macam slow sikit lah. Dah degil tu, jangan bising pula cakap produk tak berkesan. Jangan makan sekali tak putih pehtu report polis, kehkeh .



Aku baru lepas telan 1 sachet. Rasa buah buahan. Manis dan masam sikit. Aku nak cuba habiskan juga Absolute 25 ni dari sekarang . Gadis berusia 25 tahun yang insecure ni kena mula fikirkan nasib kulit pada 5 tahun akan datang. Fuhh risauu! (ok telan lagi 3 sachet haha)



Testimoni Pengguna







Harga Absolute 25


Sebelum penyakit sawan pelupa aku datang kembali, meh aku nyatakan harga Absolute 25 ni. Harga normal ialah RM120 , tapi untuk promosi pengenalan harga Cuma RM99 je! Kalau Tanya aku, aku akan cakap “Berbaloi weh, beli jee!” . Sebab aku yakin dengan fungsi dan teknologi yang diketengahkan dalam penghasilan Absolute 25 ni. Swiss formula weh, power kot! Bagi aku, memang berbaloi. Siriyes .


Abang Ben punya wajah teruja mendengar kebaikan Absolute 25 :p


Dannnnn ... lagi satu berita baik untuk korang!

Menangi iPhone 7!




Pihak Syarikat Nutririche Health & Beauty Sdn Bhd pada tahun 2016 ini tengah adakan pertandingan Like,Share, dan Comment. Nanti, seorang pemenang bertuah akan dipilih secara random untuk memenangi sebuah IPHONE 7 . Fuhyoo! Iphone 7 tuuu . Bulan semptember 2016 ni baru nak masuk pasaran. Cuba korang join, mana tahu dapat jadi yang terawal memiliki Iphone 7, kan? So cepat pergi ke facebook dan instagram rasmi diorang untuk tahu selanjutnya .

Bagi yang berminat mendapatkan Absolute 25 ni, sila sila lah korang direct terus ke facebook, dan instagram diorang. Mudahnya zaman sekarang nak beli barang kecantikan, dah tak susah susah telefon korek duit syiling guna public phone kan?



Instagram : @nutririchemalaysia
Email : nutririchemalaysia@gmail.com
Phone : 017-2400788/012-2067007





Sayangi usus anda mulai hari ini dengan , 
Absolute 25! ;)



nutririche malaysia, nutri riche malaysia, absolute 25 supplemen, absolute 25, absolute 25 testimoni, testimoni absolute 25, kebaikan abolute 25, fungsi kebaikan absolute 25, absolute 25 bagus, pembersih usus, ubat cuci usus, kesan usus kotor, cara bersihkan usus, produk bersihkan usus, ubat cuci usus, ubat detox, ubat detoks, produk detoks, kulit gebu, kulit cantik, kulit putih, detoks badan, cara buat air detoks, resepi air detox, detox recipe, cara detoks badan, cara cuci usus, absolute 25 cuci usus , bersihkan toksin badan

On My Instagram