Tuesday, July 18, 2017
Promosi Fish n Chip RM7.99 di Manhattan Fish Market 18 - 21 July 2017 sahaja
Kalau dengan Hilmi ni, banyak benda boleh jadi tiba tiba . Spesis macam kitorang ni, suka sangat buat last minute plan .
Macam dia tiba tiba cakap "Auni jom pergi PD harini"
Tak semena mena dia ajak pergi Port Dickson . Tapi bila fikir fikir balik, malas lah pulak . Sebab sabtu ni kitorang nak ke Kedah pulak .
Ok la ok la, cancel PD. Save duit sikit, lepas ke Kedah, kita melencong ke Penang.
Yay!
Manhattan Fish Market buat promosi Fish n Chip RM7.99!
Plan awal nya nak makan ayam penyet untuk lunch, tapi tengah scroll twitter tadi ternampak pulak promosi Manhattan Fish Market . Sebelum ni ada jugak tengok orang ramai serbu MFM sebab nak dapatkan promo tu . Memang panjang beratur oi . Tapi harini, Hilmi rajin pulak nak melayan aku
"Jom lah kita pergi. Beratur jela dulu kalau ramai . Lagipun kite takde lah lapar sangat"
Woo hoo. Hilmi bab makan takleh buat main . Kalau dia lapar, tak leh tunggu tunggu . Cranky melampau hahaha . Tapi dah dia cakap sanggup nak tunggu, okay beres!
Kitorang terus pergi IOI City Mall, tengok jam pun dah pukul 12.53 . Ah confirm ramai ni!
Bila sampai, memang orang dah beratur dah. Kitorang pun masuk jela Q. Tapi Alhamdulillah tak beratur lama pun. Tak sampai 10 minit pun, terus dapat seat. Laju juga servis diorang ni. Good job! (Tapi dapat makanan lambat hahaha)
Promosi Fish n Chip pada harga RM7.99 (not including GST), lepastu ada lah side dish lain yang promo jugak .
Kitorang order 1 je set fish n chip, sebab ada ternampak Domino's pizza pun ada promo . Hahaha . Maka squad tamak seperti kitorang ni, taknak lepaskan peluang rembat semua promo. Makan 1 je dulu fish n chip, pastu pergi makan pizza pulak ekekeke .
Ye sabar sabar, kejap lagi beli piza pulak |
Untuk side order, kitorang ambik Chowder of the day . Sebab tekak macam nak makan benda panas panas je. Mula tu macam nak gak order fried mushroom tapi Hilmi tak bagi. Sekali tengok orang meja sebelah makan mushroom tu, haa leleh air liur hahahaha . Nak order baru kang lambat pulak . So sis redho jurrr
chowder yang aku order tu . nasib baik sedap |
Bagus betul Manhattan Fish Market ni selalu buat promo camni, elok pulak rumah aku dengan IOI dokek bonar. Lepasni kalau ada promo lagi, memang awal awal aku terpacak dah hewhewhew .
So, makanan nya sedap ke tak?
fish and chip dori , fried. Hilmi cakap dia masak lagi sedap wakakakaka |
Seafood chowder best, kira nya melegakan hati lah sebab tak order fried mushroom tu hahaha . Fish n chip pulak, memang sedapppppp . Walaupun macam typical ikan dori goreng tepung dengan kentang, tapi tartar sauce & gravy dia yang menyedapkan fish n chip ni.
Kesimpulan nya?
Sedap & puas hati .
Burpp Alhamdulillah .
( updated : Aku tulis entry ni tadi masa sambil tunggu makanan . Makan dah sedap, dah dapat. Sekali nak bayar, tunggu bagi balance je 20 minit . Tanya orang ni, orang ni tanya orang lain . Hilmi dah start cranky . hahahaha nasib baik staff dia mintak maaf )
Pergi lah kemana mana cawangan Manhattan Fish Market untuk dapatkan promosi diorang ni . Tak kisah nak datang masa lunch ke, masa dinner ke , minum petang ke . Promosi terhad selama 4 hari sahaja .
18 July sampai lah 21 July .
Pergi jangan tak pergii .
Subscribe to:
Posts (Atom)