Tuesday, December 25, 2018

Buy And Ship Malaysia : Beli Barang Dari USA,UK,Jepun & Hong Kong Dan Hantar Ke Malaysia Serendah RM15


Shopping barang dari China dan pos ke Malaysia, itu aku dah selalu buat. Memang rasanya semua benda nak beli dari China je sebab murah. Shipping cost pun biasanya takla tinggi sangat. Tapi selalu teringin nak shopping barang dari US & UK. Tapi selalu ada dua masalah ni ;

1. Seller tak hantar barang ke Malaysia
2. Shipping cost terlalu tinggi

Kadang tu, memang ada seller yang boleh buat penghantaran ke Malaysia, tapi kalau nak jimat, kena ikut minimum spending untuk layak dapatkan FREE WORLDWIDE SHIPPING. Masalahnya, bila dapat free shipping tu pun, diorang selalunya gunakan pos jenis yang takde tracking. Susah tau bila beli barang takde tracking ni. Sebab taktahu dekat mana keberadaan barang kita tu. Entah wujud ke, hilang ke, reroute ke, kena collect kat pos office ke, posmen tak jumpa alamat ke? haaa banyak persoalan bermain di minda.  *peninggg*

Haritu dah pernah beli sekali barang dekat BeautyBay.com , dapat free shipping tapi tunggu 2 bulan tak sampai sampai. Nasib baik diorang refund. Kalau sesetengah seller, diorang tak bertanggungjawab dah once barang dah ship out. Sampai ke, tak sampai ke, kita punya pasal. Eh, sakit la hati weh kalau dah beli barang , barang tak sampai pula kan? Jarak bukannya dari Damansara ke Ampang , tapi across country. 

So haritu kan ada Black Friday sale, aku sibuk la juga belek belek apa yang best . Banyak deals dan sale dari jenama jenama dan vendor besar besar from USA & Europe lah . Geram je tengok sale dekat Walmart, Ulta, BeautyBay, Target semua tu. Tapi mostly diorang tak ship to Malaysia.

Sebenarnya, boleh je kalau nak beli barang barang yang tak support shipping ke negara kita. Ada banyak company yang offer service "parcel forwarding" . 

Parcel forwarding ni berfungsi dengan cara, kita macam tumpang gudang dia untuk terima barang yang kita order. Lepastu diorang akan tolong poskan pula ke Malaysia.





Biasanya kos service macam ni tinggi. Roughly yang aku jumpa sebelum ni dalam RM60-RM80/kg. Tapi, bila jumpa BuyAndShip ni, rasa macam banyak kali in denial 


"Eh takkan la RM15 je"
"Eh murah sangat ni"
"Eh yeke ni, legit ke?"


AHAHAH bila mahal bising, bila murah rasa was was pulak *tumbuk diri sendiri*

So macam biasa lah, before nak percaya tu, buat la research sendiri dulu. Bila google, banyak juga positive feedback. Aku terus register dekat website dia. Cara nak guna website pun senang. Instruction pun jelas. Ada video tutorial juga untuk bagi lagi faham .

Bilamana rasa nak beli apa apa online, cuma copy je address warehouse diorang , dan gunakan sebagai shipping address korang. Bila seller dah start post, and bagi tracking, terus pergi website BuyAndShip & start create shipment. Masa ni , update la tracking number yang seller bagi. Senang pihak BuyAndShip get ready dekat warehouse untuk terima parcel korang tu.

Add Shipment , pilih warehouse lepastu isi tracking number


update dan senaraikan jenis barang yang di order untuk diorang check




The whole process is so easy. Tak leceh. So teringin nak beli apa apa best dekat website US/UK tu boleh la guna service BuyAndShip ni.

Untuk sale Black Friday haritu aku dah terlepas, sebab hesitate nak order ke tak hahahaha. so aku balas dendam shopping untuk sale 12.12 pulak. Kali ni aku order Colourpop.  Dah siap order, bayar semua. Tunggu diorang process untuk delivery je. 



Daripada warehouse BuyAndShip tu nanti, akan transit ke Hong Kong pulak. Lepastu baru lah sampai ke Malaysia. Estimation process dari warehouse ke Malaysia dalam masa 5-7 hari je. Cepat gilaaaaaaaaaaaaaaaa wey! Macam ni baru puas hati shopping. Ada tracking juga untuk mudahkan kita trace order kita. So takde la kejadian melangut tunggu barang tak sampai sampai dengan takde tracking apa semua tu berulang kembali.

So bila guna service BuyAndShip ni, rasa order kita lebih terjamin, dan sistematik. Tak sabar nak tunggu barang aku order haritu sampaiii. Nanti dah sampai, I'll share in separate post.

Okay so ni aku senaraikan beberapa website shopping best yang korang boleh membeli belah, dan ofcourse la menggunakan service BuyAndShip untuk penghantaran ke Malaysia.


Beauty Online Shopping Store *will update from time to time

Miss A : https://www.shopmissa.com/ *1 dollar makeup
Makeup Revolution : https://www.revolutionbeauty.com




Selamat cuci mataaaa hehehee oh, kalau nak register akaun BuyAndShip, click sini : 













Related search : parcel forwarder USA, pos barang dari US ke Malaysia, hantar barang UK ke Malaysia, ship US UK to Malaysia, ship Japan to Malaysia, beli barang dari jepun, beli barang dari usa cara hantar malaysia, cara beli barang dari usa dan uk, cara pos barang dari us dan uk, online store ship to malaysia, us and uk online shop ship to malaysia

4 comments:

  1. skrg ni macam2 kemudahan ada. makin canggih =D

    ReplyDelete
  2. thank you. Info yang sangat berguna. You beli barang bayar pakai paypal ke? is it safe to use?

    ReplyDelete
  3. thank you dear for ur sharing. berguna sangat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah saya baru beli dari us, sya guna yg sis ajar nie, tapi bila da sampi kat warehouse nie, cara bayaran shipping macam mana ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...