Selalu orang tanya ;
"Kerja mana?"
Aku jawab : "PayPal" - pronounced as (pey pel)
Lepastu diorang akan buat muka blur tapi angguk jugak .
Bila aku sebut "PayPal" - pronounced as (peypol)
Baru they goes "AHHHHHHHHH PEYPOL!!!" -.-
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sebabkan ramai yang tahu aku kerja PayPal, makanya aku pun selalu dihujani pelbagai soalan pasal PayPal ni. Tapi mostly soalan yang aku tak leh jawab hahaha sebab berkaitan dengan hal ehwal account set up diorang takpun pembelian. Benda benda ni biasanya department customer service & protection service yang uruskan. And aku bukan dari antara dua department ni.
Ramai yang DM dekat instagram, ada jugak dekat Facebook. Kadang bukan taknak tolong jawab tapi kekdahnya aku yang taktahu nak bagi jawapan apa muahaha. Kang salah bagi jawapan, korang caruts aku pulak. Aha acaner tu?
Kerja apa dekat PayPal tu?
So soalan dia, aku kerja bahagian apa? Haa kerja aku interesting sikit. Kerja aku ialah memastikan akaun korang selamat daripada access orang ketiga, dan buat penyiasatan kalau ada suspicious activity berlaku dekat akaun korang, termasuk la untuk pantau kalau kalau ada cobaan untuk hack akaun PayPal korang ittew. Nama glemer nya ialah Spoof Agent, nak senang faham, macam Investigator. Gittuhhh
Best ke kerja aku ni?
Besttt gila! sebab hari hari jumpa macam macam kes, tengok macam macam orang and study behavior hackers/spoofers ni macam mana bila dia cuba buat attempt untuk hack akaun orang lain.
Andddd tugas aku jugak untuk study behavior manusia scammer yang kaki temberang. Ramai je manusia ni yang dia beli barang, tapi dia nak duit balik. Tapi barang nak simpan. Ah kejinyaaa. So dia report cakap akaun dia kena hack. Anyonyonyo nak tipu la konon kan, tapi kitorang ada cara & tools yang lengkap untuk tahu diorang ni tipu ke tak.
So dah faham sikit kan apa benda aku buat dekat PayPal tu? So far aku memang seronok kerja dekat sini. Salah satunya sebab ambience kerja dekat sini menenangkan. Diorang apply "work life balance" dekat sini. Takde istilah kena kerja extra hour ke apa.
Kerja start pukul 6.00 pagi!
Untuk department aku ni, ada 3 shift. Shift tak de rotation, kalau dah pilih shift tu, memang shift tu jela. Masa awal start kerja dulu, aku ambik shift pukul 3.30pm sampai 12.30am, tapi lama lama aku ada issue dengan gastric, so minta surat doctor blablabla dapat tukar shift pagi. Personally, aku prefer lagi shift pagi. Haa lupa mention, shift pagi aku dari 6.00 pagi sampai 3.00 petang. Yass gal! Iols bangun pukul 4.30pagi everydayy. Which i love so much sebab rasa productive gila and rasa sihat sebab mandi awal pagi.
Masa shift noon dulu aku selalu gila sakit. Demam la apela. Bila shift pagi aik sihat pulak hahaha. Propa sungguh. Hilmi pun suka aku shift pagi sebab pagi tu lepas dia drop aku, dia boleh terus singgah subuh kat masjid area office aku tu. Sebab kalau tak, pepagi kat rumah tu macam liat la kan nak keluar gi masjid, sebab area rumah aku takde masjid yang berdekatan. Balik pun Hilmi jugak ambik, which dia suka gak sebab balik pukul 3, tak semak and kereta belum banyak lagi. So kesimpulannya, ianya sangat lah membahagiakan. Balik pun sempat lagi nak layan sinetron ke apa dekat rumah haha.
Kalau nak tahu suasana kerja dekat PayPal ni macam mana, rajin rajinlah tengok dekat aku punya instastory. Dekat story highlights pun aku ada letak, yang ada tulis "work" tu.
Tak ada kerja kosong ke dekat PayPal?
Ramai jugak tanya, takde vacancy or hiring ke? So far buat masa ni kalau untuk position macam aku ni takde lagi. Yang ada banyak nak yang higher level and mostly diorang open untuk internal je. Incase ada, aku share okey? Don't worry gaiss.
Tapi to be safe, boleh je kalau nak drop resume siap siap. So incase ada opening, aku forward je terus resume korang kat HR. Kalau nak, email je dekat farahdafri.work@gmail.com okay? And please, keep your formality sebab to be honest, aku cepat gila triggered bila ramai reader blog aku ni email nak tanya itu ini tapi dengan salam takde, subject takde, penanda bacaan takde, ayat pun shortform, eh nak marah rasa terus malas reply hahaha.
Kalau nak tahu, aku paling suka reply email tapi kalau email tu macam tulis nak taknak je, nama aku pun takletak (like, email tu macam bukan ditujukan pada aku), lepastuuuu ada pulak wey panggil aku ENCIK, ah terus kbai sadaqallahulazim. Obvious kot dekat email tulis FARAHDAFRI.WORK@GMAIL.COM. FARAH ialah seorang wanita. Kata ganti namanya ialah cik/puan /cikpuan. Manakala untuk lelaki, encik/tuan. Ha kan dah terajar bahasa malaysia ni.
So ingat eh, kalau nak email tu kasi ayat karangan SPM sikit. So senang la aku nak forward dekat HR gak nanti. Kalau nak tanya cara add bank ke, credit card ke, apasal akaun kena limited ke, itu disarankan korang call direct customer service. Diorang akan jelaskan and bagi steps apa yang patut korang buat.
K dah la kot buat masa ni. sekian muqaddimah tentang aku dan PayPal. Nanti aku buat post pasal do's and don'ts bila nak create account PayPal. And rasa nak cerita gak fakta fakta menarik tentang PayPal nanti. Tungguuuuuu....
My name is Farah, and thanks for dropping by at my blog.
Related search : cara buka akaun paypal, cara add bank paypal, kenapa akaun paypal limited, kenapa akaun paypal kena block, cara nak topup duit dalam paypal, cara guna akaun paypal, cara terima duit gunakan akaun paypal, paypal malaysia, paypal kuala lumpur, kerja kosong paypal
5 comments
wah seronoknya kerja awal pagi and dah berapa lama kerja situ ?
ReplyDeleteHi aisyah! tq sudi baca hehe <3
Deleteaah best keje awal, balik pun awal.
hm x sampai setahun lagi. bulan 9 ni ckup setahun insyaallah
adoiii...ada yg panggil Encik kat Farah..mmg Umi rasa nk ketuk je kepala sipenulis tu..hehee
ReplyDeleteHow did you edit your blog ? Kemas ! :-)
ReplyDeleteSerius baru tau mcm tu kerja kat PayPal ni. Cam menarik je. Plus kerja shift pagi tu buat jadi disiplin nak bangun pagi kan? 😁
ReplyDelete