Ok post ni untuk korang yang belum pernah buka akaun PayPal, dan baru nak berjinak jinak dengan PayPal. Nak create akaun PayPal ni senang je. Yang penting ialah korang KENA ada email. Bilamana orang nak send duit kat korang ke, korang cuma bagi email yang korang guna untuk register PayPal tu dekat diorang.
So ni ialah sedikit sebanyak tips bila nak mula menggunakan PayPal
1. Pastikan email korang tu valid dan verify. Email tu korang set kan jugak la recover email (guna email lain) untuk reset password incase lupa ke apa kan. Kang lupa password PayPal, korang tekan 'forgot password', bila reset link sent to email, boleh lupa plak password email hahaha. Kesimpulan, pastikan password tu korang ingat la ye. Takde la celaru nanti
2. Kalau boleh, email tu jangan guna nama yang pelik pelik. Sebaiknya, biar represent nama korang gak.
3. Pastikan isi nama penuh. Jangan letak nama glemer. Sebab PayPal ni macam bank jugak ye. Formality kena jaga. Details semua kena betul dan lengkap. Kalau isi lain, bila nak verify identity korang pergi bagi document tak sama macam yang detail korang daftar , memang pishanggg lah korang nak dapatkan balik akaun tu.
4. Sentiasa berhati hati bila berurusniaga menggunakan PayPal. Berhati hati camner? Ha kalau korang beli barang, tapi seller suruh hantar duit as "Friends & Family" / Personal Payment", atas alasan nak elak fees, please jangan! Sebaliknya, bila nak bayar tu, send money as "Goods & Services" ye.
Kenapa?
Sebab kalau korang send as friends and family and lepastu seller tu scam korang, barang takdapat lepastu kena block dekat instagram la, whatsapp bagai .... paypal tak cover korang under Buyer Protection ye. So, memang takboleh nak retrieve balik duit tu. Sebab tula ada dua option. Kalau takat anta duit kat anak ke mak ke, boleh la friends and family tu. Kalau beli barang, ada urusniaga, gunalah platform yang sepatutnya. Ngerti?
5. Rajin rajinkan clear cache & cookies dekat browser korang. And jangan save password dekat browser. Bahaya ye .
6. Jangan login or access account online banking korang dekat tempat yang shared network, contohnya di cyber cafe or public wifi. Tak kisah la paypal ke, maybank2u ke, cimb clicks ke, semua tu berisiko ye.
7. Sekiranya korang nak buat report atau aduan, pastikan korang gunakan medium yang sebetulnya. Sebab kalau salah channel, inquiries korang akan delay sikit sebab sampai pada department yang salah
To make it clear, kalau nampak
"I want to report unauthorised transactions", itu di kategori kan untuk transaksi yang memang korang taktahu menahu langsung. Bukannya "oh i don't authorise this because i want red color but i ordered yellow color". Kalau nak usulkan isu isu berkaitan nak cancel order ke, barang tak dapat ke, pastikan pilih option yang betul. Ok?
8. Kalau buat pembelian apps ke atau apa apa barang yang ada subscription or billing agreement, pasti kan korang baca betul betul terms & conditions dekat merchant. Sebab kalau korang ada billing agreements / subscriptions and korang nak cancelkan, pastikan korang cancel kan dari dua dua side, merchant & PayPal. Sebab ada setengah case, customer dah cancel dekat merchant tapi merchant tak notify PayPal. So bila monthly duit kena tolak, PayPal lak dipersalahkan hahaha. Nanti aku share cara nak check korang ada active billing agreement ke tak ye, and cara nak cancel.
Okay buat masa ni, ni je kot aku rasa penting. Yang lain lain tu cam biasa je, isi isi details, provide document, verify bank account apa semua tu.
Bab nak add bank account/ credit card ramai jugak yang tanya and tak faham caranya . Nanti ada masa aku buat post bergambar, cara nak add bank okay?
Sekian, tulisan akak PayPal
Hi, I'm Farah and thankyouu baca belog sayaa.
Related search : paypal, cara daftar akaun paypal, cara guna paypal, nombor telefon paypal malaysia, buyer complaint paypal, cara dapatkan duit semula dengan paypal , tuntut refund paypal, buyer protection paypal, cara hantar duit guna paypal, cara terima duit guna paypal
9 comments
Terima kasih perkongsian..ilmu ni.
ReplyDeletekau harus mengerti, tidak ada yang terjadi itu kebetulan.
ReplyDeleteHari tu nak daftar paypal pastu takut nak isi borang sebab later takut kena scam bagai. Hahaha. Padahal register je pun, belum nak buat transaction apa2 lagi. Noob gila. Thanks kakak paypal atas penjelasan.
ReplyDeleteAssalammualaikum. Nk tanye boleh tak? National id tu ape ye? Nombor account bank in kita ke atau ape ea?
ReplyDeleteNational id tu ape ea?
ReplyDeletekad pengenalan diri.
DeleteNak bagi info yg mane satu untuk orang transfer duit kepada kita? Or just bagi no akaun bank yg daftar dlam paypal je?
ReplyDeletecuma bagi email yang digunakan untuk daftar akaun PayPal
DeleteYang mana satu email akaun paypal??
ReplyDelete