Saturday, July 6, 2019

Jom explore inovasi terkini dari Taiwan di Taiwan Excellence @ ARCHIDEX 2019


Rasa macam dah lama tak jejakkan kaki ke mana mana 'exhibition'. Kalau dulu, suka melayan hobi ayah jalan jalan hujung minggu ke PWTC dan KL Convention Centre untuk tengok exhibition yang menarik. Ya, ayah iols memang begitu ya. Tidak dibawak kitorang ke shopping mall, tapi dibawa nya pergi exhibition yang unik unik. Tapi kitorang suka dan yang bagusnya banyak input menarik yang kitorang dapat.



Setelah sekian lama tak visit mana mana exhibition, minggu ni aku pilih untuk ke ARCHIDEX 2019 bertempat di KL Convention Centre. Archidex ni singkatan kepada "International Architect , Interior Design &  Building Exhibition 2019, Malaysia" dan ianya menampilkan banyakkkkk jenama kecil dan besar, baru dan lama yang showcase kan pelbagai inovasi terbaru mereka.

Tapi dalam banyak banyak tu, aku tertarik untuk ke Hall 8, di pavilion Taiwan Excellence. Kalau sebelum ni aku dah pernah pergi mini exhibition Taiwan Excellence di Plaza Low Yat,  [ Taiwan Excellence Hi-Tech Week di Plaza Low Yat Padat Dengan Produk Inovasi dari Taiwan ] so kali ni aku follow rapat dan nak tahu apa lagi inovasi terbaru daripada Taiwan yang diorang bawa ke Archidex 2019. 

Taiwan Excellence ialah tanda produk inovatif dan berkualiti tinggi dari Taiwan yang dipilih berdasarkan pelbagai kriteria ketat termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) , reka bentuk, kualiti produk dan model pemasaran. Taiwan Excellence memasuki sesi ke-27 tahun ini dan telan membina reputasi kukuh dan label yang dipercayai seluruh dunia sejak dikenalkan pada tahun 1992.

Ada 21 syarikat pengilang dari Taiwan yang mengambil bahagian dan menampilkan 60 produk kesemuanya. Tapi 2 dibawah ni antara produk yang menarik perhatian aku .


On My Instagram