Thursday, June 1, 2017
Shopping Raya Checklist | 1# Make Up Raya : Mestilah ALTHEA!
Shopping Raya Checklist | 1# Make Up Raya : Mestilah ALTHEA!| Bahaya nya bila dah start buat checklist haha . Raya tahun ni dah tak sama macam tahun sebelum nya. Ada best, ada tak best . Yang best nya sebab dah mula beraya dengan suami . Jadi boleh lah drama drama sikit di pagi hari, pakaikan sampin, butang kan baju melayu dan adegan "bang maafkan saya bangggg" saat takbir berkumandang ahaks!
Yang tak bestnya, dah kena mula shopping baju raya sendiri, dah kena mula bagi duit raya (dah la dalam family tu ramai budak kecik haha) dan dah kena raya separate dengan Mama , ayah & adik adik . Tapi takpe, tahun ni aku dah cop siap siap untuk start dengan giliran beraya belah family aku dulu . Senang nak syncronize kan dengan sedara mara yang lain . Sebab tahun ni, raya pertama berkumpul dekat rumah nenek . Tahun depan pula, baru lah masing masing beraya hari pertama tu dekat rumah mertua . Ok? Berehhs .
Shopping Raya Checklist #1 MAKE UP RAYA
Mana pernah cukup makeup yang ada tuuuu . Semakin dewasa ni, makin bertambah pula dalam checklist raya wakaka . Kalau dulu , baju dengan kasut raya je. Sekarang dah masuk pulak makeup raya, bag raya, handphone raya.. eh! haha
Untuk shopping makeup makeup ni, kalau dah dekat festive season, yang paling memahami dan banyak buat promosi of course lah ALTHEA . Sebabkan raya nak nampak simple simple, manis sesuci lebaran, jadi makeup pun kena lah look look natural je dan kebanyakan makeup daripada Korea ni warna warna nya sweet . So, memang aku dah plan siap siap nak shopping raya dekat Althea je .
Bersempena dengan Ramadhan & Eidul Fitri yang akan datang, Althea dah siap ada special LIMITED EDITION BOX lagi untuk raya season ni . Comel weh! Aku dah la memang rajin kumpul kotak kotak dia ni. Dah bersusun dah . Sebelum sebelum ni semua warna pink, lepastu ada warna biru sempena chrismast, pulak ni warna hijau pula untuk ramadhan dan raya . Yay warna warni aidilfitri sangatt !
Untuk pembelian sepanjang musim perayaan ni, Althea berbesar hati nak bagi free festive gift lagi tau untuk setiap pembelian . Tapi terhad (1) gift sahaja bagi setiap customer. Dan sementara stok masih ada lah . Gift yang dia bagi tu random je. Tapi, berdasarkan pengalaman membeli belah dengan Althea sebelum ni, tak pernah nye lah dia bagi gift yang cikai cikai . Semuanya best dan tak mengecewakan . Siap dapat Full size item lagi . Tak main lah bagi tester eyeshadow seciput seciput macam cik Pora tu haha .
Okay , dah ada macam macam in lists, tinggal nak 'check out' je hehe. Nanti parcel Althea dah sampai, kita buat entry unboxing pulak okay?
I NAK NI!
ABBAMART Viva Cleanser Sponge
DAN NII
COC Pro Skin-adhering Foundation Brush
DAN INII
The Face Shop Gold Collagen Luxury Base
DAN INI
Laneige Skin Veil Base EX
Okai nak checkout sekarang hehehee
Related search : Althea korea, Althea malaysia, althea, online shop korea makeup, korea makeup malaysia, korean skincare malaysia, korean online shopping malaysia
DIY Rawatan Rambut Di Rumah dan Dapatkan Produk Murah Di Sini
DIY Rawatan Rambut Di Rumah dan Dapatkan Produk Murah Di Sini | Sejujurnya, kakak kau ni tak berapa reti bab bab nak jaga rambut ni. Cuma mampu complaint complaint complaint ..
"Ape ni rambut gugur"
"Ape ni kelemumur"
"Ape ni split ends" (terus speaking haha)
Tapi tindakan nya takde. Setakat lumur lumur minyak zaitun RM5.90 beli dekat Mydin je. Konon konon nya nak cantikkan rambut cara paling cheapskate tapi organic gitu . kahkahkah
Masa aku mula mula kenal Lily time bercuti dekat Sabah dulu, baru aku tahu dia ni jenis particular bab rambut . Banyak juga borak dengan dia pasal cara cara jaga rambut ni. Walaupun si Lily ni bertudung, tapi dia hijabers swag yang tegar ye. siap color rambut meriah meriah okay . Rajin betul dia . Cuba teka warna rambut dia yang latest warna apa?
Subscribe to:
Posts (Atom)