Friday, March 11, 2016
Kembara Taman Negara KBBA : Part 1 - Jungle Trekking!
Kembara Taman Negara KBBA : Part 1 - Jungle Trekking!| Entry ini merupakan cerita sambungan tentang trip ke Taman Negara haritu . Aku dah janji kan nak buat entry pasal aktiviti dekat sana . Disebabkan aku seorang yang sangatlah menepati janji , nah ku sajikan disini meskipun entah berapa kerat je yang baca muehehe .
Sepatutnya nak pergi trip ni kitorang dimaklumkan untuk bawak 1 beg besar dan 1 beg kecik je tapi aku durhaka pergi bawak beg besar gabak kahkah lepastu sakit bahu nak usung kahkah lepatu tak habis habis kena bahan "hoi besarnya beg" "weh ko nak terus bermastautin duduk dengan orang asli ke" hewhew .
Aku pelik juga apasal beg aku besar padahal bawak benda benda essential je bantal , selimut , baju tidur , kain batik , play station haha ni tipu . Mungkin sebab aku suka pakai baju berlapis lapis yang membuatkan helaian pakaian yang aku bawa jadi double . campur pula aku bawa seluar track yang bunyi 'srek srek' tu kan macam bila lipat jadi tebal dan kembung tu - ha tu bawak 3 helai . Even dah gulung elok elok pun memang makan space . Buntu aku memikirkan cara nak kurangkan size beg aku tapi gagal . Maka nya usung lah beg kau tu hahaha gelak keji!
Subscribe to:
Posts (Atom)