Thursday, September 29, 2016

Easy Parcel : Cara mendaftar dan bagaimana ia berfungsi?

Hello!

Okay sebelum ni aku pernah cerita cerita pasal macam mana nak buka akaun kontrak dengan Poslaju kan? Boleh baca kat sini : http://blog.farahdafri.com/2015/09/cara-buka-akaun-kontrak-poslaju.html .

Dalam entry tu aku ada mention yang deposit untuk pembukaan akaun ialah RM500. Tapi nampak gayanya macam dah jadi RM1000 pulak . So sebagai alternatif untuk korang yang baru berjinak jinak nak bisnes tu, boleh lah gunakan EASYPARCEL .

EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar tu .


EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki akaun kita.

Masa aku mula mula guna EASYPARCEL dulu, tengah ada promosi flat rate RM5.00 je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung. Tapi sekarang dah jadi RM6.00 dah. Mungkin masa tu promosi penganalan kot. Tapi , bagi aku RM6.00 tu masih lagi murah lah. Sebab kalau direct dengan Poslaju, untuk 500gm pertama dah RM5.95 , lepastuu kalau contoh berat barang tu 0.70 kg, harga pos mungkin dah jadi RM6.00+ atau RM7.00+ . So , dekat sini lah kelebihan EASY PARCEL ni .

Korang pun tak gaduh nak beratur dekat POSLAJU tu panjang panjang, sebab dengan EASY PARCEL ni, korang boleh request untuk pickup . 

So, macam mana nak gunakan EASY PARCEL ni? ha meh nak ajar .

Mula mula, korang ke website rasmi EASY PARCEL : http://easyparcel.my/

Lepastuuuu macam biasalah, kena daftar daftar dulu. Boleh create account menggunakan email, atau pun login menggunakan facebook. So, bergantung lah korang selesa macam mana .

Macam aku, aku suka semua benda guna Facebook je. Sebab malas menaip muahahaha .



Okay, sekarang nak ajar korang cara untuk request postage pulak .

Nampak tak kotak warna maroon atas tu? ha, isi kotak tu . Masukkan poskod selengkapnya . Ini berfungsi untuk bagi sistem easyparcel ni dapat estimate berapa kos postage korang nanti . Tapi kalau below 1kg, dan nak pos within semenanjung , konfem konfem RM6 jurrr .

Lagi satu yang menariknya EASY PARCEL ni, dia bekerjasama dengan banyakkkkkkk courier company termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. So, korang boleh lah pilih courier mana yang bersesuaian ikut suka kehendak qalbu masing masing . Tapi paling common, guna POSLAJU lah .


Dalam kes ni, aku masukkan poskod untuk poskan barang daripada Selangor, ke Melaka. Bila dah isi isi semua details tu, boleh terus tekan "QUOTE & BOOK" . Lagi satu .... pastikan eh korang declare berat barang tu betul betul  . Jangan lah barang berat 3kg kau tulis 0.8g pulak . Kalau salah, nanti ada additional cost pulak ye. Nak senang, beli lah penimbang satu khas untuk timbang parcel korang kat rumah .



Ini antara senarai courier yang ada . ANTARA eh .. ada lagi bawah bawah tu POSLAJU, AIRPAK semua .. tapi aku malas nak screenshot satu satu kakakakaka . 

Rate tu tulis RM7.80 kan? Tu sebab aku tak login masa buat ni . Nanti kalau dah login dan request pos , korang akan dapat rate RM6.00 tu . Don't worry. Kalau tak dapat gak, kau gi complaint kat facebook dorang eh . Kat sini : https://www.facebook.com/easyParcel.my/ . Tapi makesure dah topup / beli pakej baru boleh dapat flat rate tu .

Nanti dekat bawah bawah sikit, iols cerita pasal PAKEJ dia pulak .




Okay , ni pulak form untuk korang isi details customer.  Pastikan isi selengkapnya ya, dan ALWAYS ALWAYS double check poskod . Sebab kalau salah poskod, barang akan dihantar ke hub yang salah . Sama ada salah pusat atau pun salah negeri teros haha . Kang mula lah kasteme bising "eh saya duk Paya Jaras, dah kenapa bila track barang saya kat Langkawi pulekk?" .


"Kalau saya request pickup , pukul berapa orang courier datang rumah?"

Takde specific masa ya. Diorang akan allocate masa dari pukul 1pm sampai 6pm . So dalam range masa tu juga lah abang courier akan datang ambik . Pastikan ada orang kat rumah lah ye . Sebab diorang ada banyak tempat nak singgah dan collect item pickup. So bertabahlah dan menunggu dengan kesabaran setinggi broga .



Dalam sistem , akan ada semua detail dan rekod pengeposan yang kita buat. Siap tulis lagi status barang tu dah selamat di terima atau pun belum .

Nampak tak ada tracking number dekat column kiri sekali , tulisan biru biru? Okay tu tracking number. Nombor ni lah korang bagi pada customer untuk diorang check status item dorang . Bila click dekat tulisan biru tu, automatik sistem akan paparkan secara detail korang punya shipment status . Macam dekat bawah ni ...



Sangat sangat detail kan? Tak susah susah dah nak copy paste tracking number dan trace dekat website poslaju/skynet etc. Cuma click je dekat link tracking number tu. Senang gila babas alagapasss!



Ini pulak contoh untuk korang tengok baki dalam akaun korang ada berapa , berapa total item dah dipos dan macam macam lagi lah . Boleh tengok ni dekat bahagian 'MY DASHBOARD" . Lepastu, kalau rasa rasa macam baki dalam akaun dah tak banyak , boleh lah topup .

Ada disediakan dua pakej . Pakej VIP dan pakej biasa. Kalau pakej VIP tu memang sembang ribu ribu lah cerita nya . Yang pakej biasa, seperti yang berikut . Serendah RM100 . Campur GST, jadinya RM106 jurrr .


Aku biasanya topup RM100 je haha kedekut gitu . Biar sikit sikit dulu . Kalau korang topup RM500 terus, dapat lah 50 pcs flyers percuma. Flyers tu sejenis plastik untuk bungkus barang. Easyparcel punya flyers comel gila weh, warna pink! Memang comel . Tapi kalau nak, kena ambik pakej RM500 keatas. Kalau bawah daripada tu tak dapat free dan dorang pulak takde jual flyers tu . Sobs .


Comel kan warna pink!


Untuk urusan topup pun mudah, sebab dah tersedia payment gateway. Takdelah nak kena bayar manually masuk maybank2u dah. Tekan tekan je akan terus redirect ke bahagian payment . Mudahh sangat .



--------------------

Kesimpulannya , Easy Parcel ni memang sangat membantu para peniaga yang baru berjinak jinak nak bermula dalam online business. Dapat flat rate, dan dapat pulak privilage boleh request pickup .

Lagi satu nak highlight, kalau korang nak dia pickup , nak senang better place order sehari sebelum nya. Sebab kalau tak, dia akan pickup hari esoknya . Ada cut off time, kalau tak silap pukul 11 pagi kot . Paling lewat request order 11 pagi untuk pihak courier datang collect pada hari yang sama .

Dah, jelas?

Kalau tak jelas .. comment lah kat bawah ni . Nanti kak faa reply k saiyangggg :*


NOTE : Segala maklumat dalam post ni sah pada masa post ni di buat sahaja. Perubahan dari segi harga semasa dan terma dan syarat oleh pihak Easy Parcel mungkin ada untuk masa akan datang


daftar di sini :EASYPARCEL




Related post : easyparcel malaysia, easy parcel, easyparcel murah, cara daftar easy parcel, cara guna easy parcel, easy parcel vs poslaju, poslaju contract, easy parcel mudah, easy parcel daftar, easy parcel flyers, easy parcel senang, cara pickup easy parcel, easy parcel pickup, easy parcel pakej, pakej easy parcel, courier easy parcel, easy parcel courier,  easy parcel lembang klang, easy parcel pakej murah, easy parcel murah, easy parcel mendaftar, easy parcel rm5, easy parcel rm6

On My Instagram