Friday, November 6, 2015

Clinique 3 Step Skin Care


Wohoo!Akhirnya ter-beli juga haha. Dah berapa hari aku survey survey , usha usha , baca forum & buat research sikit pasal product skin care dari range Clinique , finally i've made my decision to give it a try.

Berdasarkan daripada apa yang aku baca , mostly yang first time nak purchase produk Clinique mesti buat skin test , tapi salegirl dekat Clinique yang aku pergi ni , tengok muka aku je dah tahu aku kulit spesis . Fuiyo terernyeww! (ke malas nak perform test? haha)

Katanya aku berspesis Dry Combination. Sebelum pergi ke kiosk Clinique tu memang aku dah ambil test siap siap di web rasmi diorang , dan jawapanya memang aku spesis dry combination. Maksudnya kering dibahagian pipi tapi oily di bahagian T-Zone. Untuk 3 step Clinique skin care ni terbahagi kepada 4 jenis kulit .

1. Very dry to dry
2. Dry Combination
3. Combination Oily
4. Oily

dulu aku ingatkan aku ni kulit berminyak , sebab aku punya muka bila tengahari memang akan berkilat & melekit. Tapi bila driving , tak semena mena kulit aku kering . Sampai tahap kering yang flaky tu. Aku sendiri pun pening , kulit aku ni spesis keturunan apa .

Setelah diselidik , maka jawapannya ialah aku mempunyai kulit 'Dry Combination'. Makanya jurujual tu pun recommendkan untuk pakai 3 Step Skin Care yang nombor 2. Tang nak beli memang dia recommend yang normal size je, besar gedabak satu set dah RM252. eheks garu hidung tengok harga. Tapi set ni turut terdapat dalam size trial . Harga pun murah sikit lah. Kira bila tengok harga tu rasa macam 'okay lah , boleh bayar lah'.


Aku beli di Jusco Aeon Melaka. Aku tak pasti harga nya sama dekat semua outlet ke tak , tapi aku beli pada harga RM106. Satu set termasuk cleanser , exfoliator toner & moisturizer. Lepasni kalau kulit aku serasi dengan produk ni , boleh lah upgrade ke botol besar. Tapi rasanya aku beli online je kot di MY-BEST BUY WORLD. Dekat sini ada pelbagai produk skin care berjenama yang dijual pada harga mampu milik. Ada brand Chanel, Biotherm , Estee Lauder dan banyak lagi. Kalau rasa macam nak jimat jimat, boleh lah beli yang travel size. Nak try try SKII tu pun boleh sebab ada dijual dalam botol sample. Murah pun murah . Nanti korang boleh cuci cuci mata dekat situ ya.

Aku macam looking forward juga untuk dapat free sample banyak banyak masa beli semalam tapi takde pun. Aku baca dekat forum & instagram , rata ratanya yang buat purchase ke apa dekat clinique, memang clinique sangat dermawan dengan sample free bergelen gelen. Why I tak dapat? Ape nii =.=" Apakah mungkin kerana aku cuma beli set trial? Cis agak terkilan disitu. Tunggulah aku borong yang botol gabak pulak.




On My Instagram