Sunday, June 13, 2021

Wondercheese | Sekali dah layan memang susah nak stop!

 


Kalau cerita pasal Wondercheese ni rasanya ramai yang dah kenal. Antara jenama snek terawal juga la yang buat style cheesy cheesy ni. Walaupun sekarang dah banyak brand lain berlumba lumba nak buat lebih kurang sama, tapi Wondercheese tetap yang tersedap bagi aku.


Wondercheese ni memang favourite Hilmi. Ada satu fasa dulu, dia pantang nampak orang jual dekat kedai kedai ke, petrol pump ke, mesti dia nak beli haha. Dah la satu balang besar tu lek lek je dia habiskan sorang dalam masa berapa hari. Tapi takleh nak salah kan dia jugak sebab Wondercheese ni memang berhantu pun. Sekali makan tu dia cam eh eh eh tak boleh stop. Sedar sedar dah setengah balang woi. Nak menyesal tiada berguna hahaha.



Apa aku suka pasal Wondercheese ni, tak rasa muak dan tak buat kering tekak. Walaupun membalun setengah balang non stop sambil layan k-drama, memang syok. Cuma part tangan jela belemuih sikit haha. Tapi lepastu, dengan jari jari tu jilat sampai habis. Sedap punya pasal!



Aku sebenarnya pun tak faham, apa yang buatkan Wondercheese ni sedap sangat sampai boleh jadi ketagih. Sebab rasa lemak, masin, manis, pedas, cheesy, creamy dia tu serba cukup tau. Beliau cuma la sejenis snek kulit popia yang dia baluti cheese powder tapi adunan cheese powder dan kerangupan kulit popia tu uww memang sepadan and manthul bethul haha.


Sekarang ni Wondercheese dah ada new version tau, haa version 2.0. yang version 2.0 ni menggunakan keju yang berbeza dan kurang pedas. Jadi kalau siapa yang tak tahan pedas tu boleh la cuba yang 2.0. Aku kalau kerepek camni lagi pedas lagi layan haha. So ofcos laa aku punya preference ialah Wondercheese first edition. Tapi, version 2.0 punya rasa cheese dia lain sikit tau. Lebih berlemak dan sedap.


Ah sudah, confuse ye nak mana satu? Tapi takpayah pepening sebab Wondercheese sekarang ada another special version, kolaborasi bersama Rosix dan Bella iaitu Wondercheese Double Trouble.


Haa Double Trouble ni menggabungkan 2 in 1, Wondercheese first edition dan yang second edition dalam satu balang. Wohooo~ takpayah pening pening fikir dah, angkut satu balang Double Trouble ni, setel! 2 flavour dalam satu balang. Amacam? Onz tak onz?



Aku suka Wondercheese ni since jenama ni dah dikenali ramai, agent dan stockist pun ramai, so bila aku teringin nak makan tu, mudah je nak dapatkan dekat mana mana. Takpayah nak order online dan tunggu post. Kadang aku cari dekat Petronas area depan rumah ni pun ada. haa senang keje! Aku tengok ramai senang senang juga cari side income meniaga Wondercheese ni. Yela produk laku keras, senang jual weh. Korang kalau rasa nak cari side income tu, pergi la daftar jadi agent diorang. Kalau bab bab makanan ni orang suka beli and mudah jual tau. Lagipun brand pulak dah dikenali, takpayah nak susah susah marketkan. Sebab bab marketing ni aku confirm mesti HQ dah setelkan. Korang cuma tinggal promote dekat kawan kawan je.



Oh pumpang pumpang lupa nak mention harga pulak. Bagi aku harga Wondercheese ni berpatutan sangat. Dah la sebalang besar weh dia bagi.  Kalau yang version first edition tu ada dalam 2 size. 


400g - RM20

600g - RM25


Tengok macam tak berapa berat kan? Tapi satu balang tu mampat sedat tumpat haha. Puas hati beli. Ha yang version Double Trouble ni pulak cuma RM23 je. Dekat rumah ni dah jadi macam snek wajib ada dekat rumah. Ni time puasa pun, malam malam sambil tengok tv, cepat cepat curi masa nak mengunyah haha. Meskipun perut dah kenyang, nak jugak tu selit sikit Wondercheese hahaha. Untuk raya ni pun aku rasa memang ngam kalau korang jamu tetamu dengan Wondercheese. Confirm diorang suka! Tapi make sure jangan letak sebalang terus dekat depan la. Kang sedar sedar dah licin haha.


So kalau korang terliur tengok posting aku ni, pergi la cari agent dan stockist berhampiran korang untuk dapatkan. Takpun boleh contact HQ untuk dorang carikan agent berhampiran korang untuk hantarkan. Macam aku haritu pun sama, aku contact je HQ pastu diorang yang assignkan agent area office aku. Senang weh! Order pastu tunggu je. Setel!



Kalau nak order, or nak tahu maklumat lanjut, boleh pergi dekat Instagram rasmi Wondercheese ni ok?


Instagram : Wondercheese88


 



Okiee sekian aja cerita pasal Wondercheese. Beli tau jangan tak beli!









Related search : wondercheese, wondercheese doube trouble, wondercheese sedap, agent wondercheese, cara daftar agent wondercheese, kerepek cheese, harga wondercheese, bahan dalam wondercheese, kerepek viral, snek viral


On My Instagram