Tuesday, March 29, 2016

Kembara Taman Negara KBBA - Part 2 : Berkampung di Perkampungan Orang Asli


Kembara Taman Negara KBBA  - Part 2 : Berkampung di Perkampungan Orang Asli | Assalamualaikum. Hai korang! Dah basi sangat dah cerita ni kahkah tapi wajib nak cerita juga supaya korang semua tahu betapa syoknya berjalan ke Taman Negara ni (sambil tu boleh eksyen hahaha - gelak keji*) Okay, sebelum tu nak tanya. Dah baca tak cerita yang aku tulis dalam entry Part 1? Kalau belum, jom baca dekat sini (KLIK).


Sepanjang ber-kembara ke Taman Negara dengan geng kbba ni, memang penuh dengan aktiviti. Pendek kata, tak ada harapan nak berdugung dalam bilik sambil main phone atau tidur. Balik bilik pun cukup masa untuk rehat , mandi dan solat je. Sepenuhnya masa dimanfaatkan dengan join bermacam aktiviti best! Yang pertamanya, kitorang ber-Jungle Trekking. Bila dah habis berpeluh masam meleleh hamis tu, masing masing pun balik lah ke bilik. Rehat, mandi mandi dan siapkan barang barang untuk dibawa ke tapak camping.


On My Instagram