Sunday, May 31, 2020

Baru tahu banyak rupanya manfaat ber-detox! Mudah pulak tu ber-detox dengan cara ni ...



Selalunya bila cakap pasal cubaan kurus kan badan, tapi lepastu usaha tu gagal; orang asyik kaitkan dengan "Ha ko mesti tak detox dulu ni"

Amende detoks ni sebenarnya? Kenapa penting kena detox dulu baru senang nak turunkan berat badan? 

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar - Sumber 


Dengan ber-detox, metabolism kita pun dapat ditingkatkan. So kalau metabolism tinggi apa jadi anak anak? Yess senang kurusss hehe.

Sebenarnya detox ni takdela semata untuk kurus je. Proses penyingkiran toksin ni penting untuk semua orang. Tak kisahlah badan kurus ke, tak kurus ke, tua atau muda. Penting ya sebab kita taknak la badan kita simpan excess toxin banyak banyak. Sebab boleh lead to more problems pulak. Antaranya rasa sentiasa lesu, masalah sendi, masalah sembelit dan kembung perut, sinus, dan banyak lagi. Jadi kena la rajin rajinkan diri buat detox okay?

Nak detox ni ada banyak cara. Boleh melalui juicing, ha blend segala mak nenek sayuran dan buah buahan macam seleri, timun, epal, lemon, brokoli, bayam... ha bunyi pun wuuu macam mana nak telan tu haha. Kalau korang memang jenis pencinta sayur tu takde hal la. Kalau macam aku, fuhhh mau terjeluak balik kalau minum.

Nak detox ni ada je cara mudah. Yang biasa orang buat, tu haa air detox atau orang panggil infused water. Guna air kosong, tambah potongan lemon, daun pudina, timun, epal semua banyak banyak. Kalau yang ni, rasa dia sedap juga. Tapi kena rajin minum la.  Kalau sejenis susah minum air macam aku, jenuh juga la nak habiskan satu botol tu.

Tapi ni, ada cara yang terpaling mudah dan pantas kalau korang nak detox. Takde bancuh bancuh, takde nak kena pergi pasar beli sayur , buah semua tu. Takde nak berpayah payah nak blend bahan.

Macam mana caranya?

Ambil je Leedee-Tox!




Haa terpaling pantas dan yang penting sedap! Tak de la hazab nak ngabiskan air detox tu kan. Leedee-tox ni sedap. Rasa masam manis peach campur mangga. Dalam bentuk jelly pulak tu. Aku suka letak dalam peti ais. Makan masa sejuk sejuk. Wuhuuu nikmat wak!

Bahan2 Leedee-Tox Peach Jelly:

🍑Peach Juice
🍑Acai Berry
🍑Green Tea
🍑African Mango
🍑Raspberry
🍑Stevia (no white sugar)




Fungsi Leedee-tox ni adalah seperti berikut ; 

1. Melawaskan 
2. Membantu masalah sembelit
3. Mengurangkan toksin dalam badan
4. Menbantu mengurangkan berat badan
5. Mencantikkan kulit
6. Mencergas badan yg lesu
7. Mengandungi Vitamin C 

So kisahnya, bila detox, bukan setakat kita punya penghadaman lancar dan usus bersih je, tapi dapat juga cantikkan kulit wehoo. 2-in-1 kan? Jadi jangan la bermalasan nak detox lagi. Okie?


Cara pengambilan Leedee-tox

Cara pengambilan Leedee-tox ni senang je. Recommended untuk ambik 1 sachet sebelum tidur. Tapi kalau ko rasa usus tu berkerak, rasa sembelit dan sebu semacam je, ada baiknya ambik 1 sachet sebelum tidur, and satu lagi lepas breakfast.

baru perasan dah habis, tinggal 1 je hahaha

So kisahnya, masa aku buat entry ni, aku dah habiskan dah sekotak. So boleh la aku buat full review dah kan. Mari mari aku cerita;

Okay, dari segi rasa, macam aku cakap la - rasa masam manis, tak rasa artificial (unlike certain supplement yang kita boleh rasa artificial flavour dan warnanya yang menakutkan haha).  Bagi aku, memang aku suka la konsep jelly macam ni. Sebab senang. Sekali ngap je. Tak payah nak bancuh, shake segala. Senang! Dan yang bagusnya, Leedee-tox ni, bekerja dengan tenang tenang je. Dia tak menimbulkan sebarang drama kau berkampung dalam tandas lama lama ke apa. Tak ada buat perut memulas atau buatkan kita kerap ke tandas. Sepanjang proses semua chill je. Memang bangun pagi tu lawas je. Lepas dah membuang automatik ye boleh rasa badan lagi ringan. Serious i tell yuu!





Cumanya dalam 1 box ni ada 10 sachet je. Bagi aku lagi best kalau ada 15 ke hewhew so boleh la beli untuk stok setengah bulan kan. Tapi takpela, asalkan memudahkan hidup aku, aku okay je haha. Ni dah habis sekotak, boleh dah la nak continue dengan next box.

Ada tak antara korang yang dah cuba? Tapi aku syak korang belum cuba, sebab tu korang baca post aku ni kan haha. Sebab nak tahu korang patut cuba ke tak. kan kan kan?




Haa cuba la korang. No harm trying. Aku recommend. Nanti dah cuba, bagitahu feedback korang ok?

Leedee tox Price : RM65
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
No tel : +60 17 679 7270 atau dapatkan dengan agent2 yg sah sahaja 
Sila layari : www.naomibeau.com.my/
Instagram : @leedee.hq
Facebook : leedee online hq

Tuesday, May 12, 2020

Mylara Skincare | Glowing Cleanser & Perfect Glow Serum Review




Cakap pasal local skincare ni, kadang boleh jadi menyeramkan. Yela, kan selalu kita dengar cerita kulit muka orang jadi burn teruk la, makin rosak, sebab salah pakai lokal produk yang mengandungi bahan terlarang. Sebenarnya takpayah tengok cerita orang la, aku sendiri pun pernah terkena juga. Masa tu orang kata 'noob'. Tak 'celik' bab nak menilai satu satu skincare tu sebenarnya selamat ke tak. Senang sangat terpengaruh dengan testimoni. Tengok kulit orang licin macam telur, terus excited nak cuba. Lepastu expect nak result harini pakai, esok terus flawless. Haha kelakar!

Kalau dulu, kita cakap pasal mercury atau hydroquinone, mana ramai faham yang bahan bahan ni bawa mudarat kan? Sudahnya habis semua nama nama lokal skincare brand pun kena dicop 'produk timbang kilo'. Padahal ada je jenama yang berintegriti dan siap buat R&D sendiri untuk hasilkan produk bermutu dan selamat.

Antara jenama yang aku baru discover yang dapat positive feedback daripada kebanyakan pengguna ialah Mylara Skincare. Mula mula aku skeptikal jugak la. Ingatkan satu lagi jenama yang cuba OEM dan rebranding dari kilang biasa. Tapi bila aku selidik selidik, rupanya tettt aku salah haha.

Mylara Skincare  sangat transparent dalam menyenaraikan ingredients yang terkandung dalam produk. Yang mana, kalau bab ingredients ni, boleh jadi salah satu red flag especially if satu satu brand ni taknak disclose ingredients apa yang ada dalam produk tu.

Aku siap cuba search lagi dekat website cosdna.com untuk check hazard level untuk setiap ingredients produk Mylara Skincare ni and majority semua result cantik jee hijauu hehe. Nak guna pun rasa tenang je. Boleh gunakan tanpa was was.

So far yang memang aku tengah guna sekarang ni, dia punya Perfect Glow Serum & Glowing Cleanser.





Mari kita senaraikan ingredients for each of the products dulu :



Perfect Glow Serum

Niacinamide, Rosa Centifolia Flower
Water, Citric Acid, Honey Extract, Avena
Sativa (Oat) Kernel Extract, Butylene
Glycol, Centella Asiatica Extract,
Polygonum Cuspidatum Root Extract,
Scutellaria Sineses Leaf Extract &
Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract.

Yang ni ofcos la kita suka sebab first ingredient dia Niacinamide! Best tau Niacinamide ni. Antara function utamanya ialah untuk ;

- Minimize kan pore appearance
- Tolong minimize kan wrinkles & fine lines
- Bagus untuk rawat jerawat
- Boleh pudarkan hyperpigmentation


So kalau skin korang ada masalah parut jerawat jenis hitam hitam, ada masalah texture kulit tak sekata, sesuai la cari skincare yang ada niacinamide ni. Boleh tolong brighten kan kulit juga. Untuk kulit kusam pun sesuai. 

Aku start guna serum ni baru nak seminggu lebih. Nak kata ada perubahan ketara tu belum lagi. Tapi dari segi skin texture improvement macam ada. Rasa kulit lagi lembut, nampak lagi smooth sikit (taktau la perasaan sendiri ke apa). Yang bestnya serum ni cepat meresap. So takde rasa melekit lepas pakai and senang cepat boleh proceed dengan next step routine. 

So far takde apa apa irritation, kira sesuai dengan kulit la. Alhamdulillah. Suka pakai ni before makeup juga. Rasa macam makeup tu nampak extra glow gituhh.


Glowing Cleanser


Water, Cocamidopropyl Betaine,
Cocamide, DEA, Aloe Barbadensis
Extract, Carica Papaya (Papcya)
Fruit Extract, Sodium Benzoate,
CI 77451


To be honest, cleanser ni aku baru guna dalam 3,4 kali je. Best juga cleanser ni. Lepas guna boleh instantly rasa bersih. Tak buatkan kulit rasa kering, meaning cleanser ni tak strip away minyak yang sepatutnya ada dekat kulit kita. 


Yang penting tak buat kulit kering, tak ada irritation lepas guna, dah cukup. It does the job yang mana untuk bersihkan kulit dan prep sebelum kita ke rutin seterusnya.


Eh macam terbalik pulak review ni kan haha. Patutnya cleanser dulu. Tapi sebabkan aku memang guna serum tu, so cam berkobar cerita pasal serum dulu hehe.

Anyway, masa nak buat pemilihan produk mana and range mana yang sesuai dengan kulit korang, biasanya pihak Mylara ni akan bagi consultation dulu. Masa aku nak cuba pun, diorang tanya apa aku punya skin concern. So baru dia akan suggest produk mana yang patut aku ambik. Mana tak berkaitan tu, takde la dia suggest. Bagus kan? Senang la boleh custom routine korang tanpa perlu beli the whole set.

Macam kalau korang punya skin concern lebih kurang macam aku;
- nak brighten kan kulit
- masalah kulit kusam
- nak pudarkan parut jerawat

Boleh la try dua ni. 

Kalau problem kulit korang lagi severe, mungkin ada kena tambah few items lagi la. Tapi apa apa pun yang penting, silalah pakai sunscreen ye. Walaupun dah pakai macam macam skincare mahal tapi tak pakai sunscreen, tak ada gunanya sis.

Btw untuk korang yang tertanya tanya, dan untuk melegakan hati korang, yes Mylara Skincare punya produk semuanya di luluskan oleh KKM dan berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan dikilangkan di kilang yang berstatus GMP. Kilang nak dapatkan pengiktirafan GMP ni bukan senang ye. Time aku study dulu, ada banyak guideline aku belajar yang kilang kena ikut kalau nak dapatkan status GMP (Good Manufacturing Practice). So kalau produk dihasilakan di kilang yang ada GMP, maksudnya ia melalu proses yang bersih dan selamat.

Total kesemua produk dibawah jenama Mylara ada 18 kesemuanya. Banyak kan? Ni baru 2 aku cuba haha. Nanti laa ada peluang kita review range dia yang lain pulak. 

So, produk Mylara mana yang korang dah cuba? Ke belum cuba lagi? Kalau belum, aku nak recommend Perfect Glow Serum tu. Worth to try! :D




Monday, May 4, 2020

5 Makanan Tradisional Malaysia Popular Yang Bikin Hati Rasa Tak Tahan!

Malaysia ni memang kaya dengan makan tradisional. Sebab kita sendiri pun terdiri dari pelbagai etnik jadinya, variasi makanan pun ada macam macam. Pulak tu, bergantung pada musim perayaan. Kalau masa sambutan raya cina, ada menu nya, untuk deepavali, ada menunya, untuk raya puasa, ada menunya.

Kat bawah ni jom kita senaraikan antara 5 menu makanan tradisional Malaysia popular. Ada yang syok makan untuk sarapan, ada best layan masa berbuka puasa, haa mana satu favourite korang?



#1 - Nasi Dagang


Nasi dagang adalah menu untuk penduduk Pantai Timur yang sangat terkenal dengan menu masakan mereka yang pelbagai. Antara negeri yang sering dikaitkan dengan menu basi dagang ini adalah Terengganu dan juga Kelantan. 

Tidak semua orang mampu membuat nasi dagang ini. Ini kerana proses memasaknya tu sangat renyah. Bayangkan nasi untuk menu nasi dagang hendaklah di kukus secara berulang kali. Apapun, nasi dagang memang sedap lagi-lagi bila dapat dinikmati bersama kari ikan tongkol yang awesome

#2 - Nasi Lemak 


Nasi Lemak dikenali juga sebagai hidangan kebangsaan utama Malaysia. Maka tak hairanlah kenapa nasi lemak ini menjadi salah satu menu kegemaran orang ramai sepanjang masa. 

Nasi lemak agak unik dengan cara masak beras yang disatukan dengan santan. Bau sedap dengan rasa lemak santan itulah yang membuatkan hati rasa tak tahan nak makan. Ditambah pula dengan daun pandan, makin wangi bau nasi lemak tersebut. 

Nasi lemak disajikan dengan jenis kuah pedas yang dikenali sebagai 'sambal', ikan bilis goreng, telur dan timun. Nasi lemak tradisional turut dibungkus dengan daun padan supaya nasi kekal berbau harum. Nasi lemak boleh dinikmati pada bila-bila masa tak kira untuk makan pagi, makan tengah hari atau makan malam.

#3 - Rendang 



Rendang juga boleh dikategorikan sebagai makanan tradisional Malaysia. Rendang ini merupakan kari yang tidak mempunyai kuah yang banyak. Rendang boleh di masak dengan apa jua bahan seperti ayam, daging dan sebagainya. Rendang daging yang sedap akan mempunyai rasa seimbang untuk masin, masam dan manis. 

Rendang cukup sedap jika digabungkan dengan ketupat dan selalunya ia dihidangkan semasa musim perayaan. Walaupun rendang ini merupakan menu masakan melayu tetapi cina dan india juga turut menikmatinya. 

#4 - Murtabak


Jika hari biasa selalunya menu roti canai akan menjadi pilihan oleh ramai orang. Tetapi roti canai ini jga boleh ditukar untuk menjadikannya lebih sedap dan power. Menu ini dikenali sebagai Murtabak dan murtabak ini selalunya akan sering muncul apabila tima bulan puasa Ramadan. Menurut pembacaan, murtabak ini berasal dari Arab Saudi dan India. Dalam bahasa Arab, ‘Murtabak’ itu sendir bermaksud ‘dilipat’. 

#5 - Satay 


Jika negara Arab boleh berbangga dengan menu kebab mereka, untuk negara Malaysia pula, popular dengan menu sataynya yang nampak sedap. Satay ini ada banyak jenis seperti satay ayam, satay daging, satay kambing dan sebagainya,. 

Satay dihasilkan daripada kepingan daging yang di tusuk daging pada lidi. Ia di bakar panggang di atas api kayu / arang. Makin sedap apabila satay ini turut dihidangkan dengan sos kacang yang sedap.


Boleh Nikmati Di Rumah Dengan Servis Online Delivery

Tiba-tiba terasa lapar? Masih tak tahu nak makan apa? Apa kata jika luangkan masa sekejap dengan download aplikasi FoodPanda Malaysia Delivery. Kat website mereka tu ada banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya. 


Sekarang ni hanya perlu tepuk dada dan tanya selera. Jika ada apa-apa menu yang rasa nak makan, boleh order guna perkhidmatan dari food delivery ini. Ohya, pihak Foodpanda juga turut memberi perhatian pada semua pelanggannya dengan menjarakkan sepanjang 1 meter dengan pelanggan semasa urusan penghantaran makanan. .       


On My Instagram