Saturday, March 9, 2019

SKIN1004 Zombie Pack : Pore Tightening & Lifting Pack [REVIEW]






Okay post kali ni nak review Zombie Mask Skin 1004 pulak. Sebelum ni aku pernah review Skin 1004 punya Centella Asiatica Ampoule. Boleh baca dekat sini : Skin 1004 Madagascar Centella Asiatica Ampoule   . SKIN1004 ialah sebuah jenama produk kecantikan daripada Korea. Sekarang dah makin dapat perhatian daripada peminat Kbeauty sebab produk dari SKIN1004 ni semua boleh tahan best tau! Biasanya kalau nak cari produk SKIN1004 or other Korean skincare brand boleh beli dekat WAKO (https://wako.com.my/)


Monday, March 4, 2019

Ibu Ibu Yang Pening Cari Penyelesaian Masalah Eczema Anak Anak Boleh Cuba Rangkaian Produk Suu Balm : Krim Legakan Kegatalan Serta Merta

Ibu Ibu Yang Pening Cari Penyelesaian Masalah Eczema Anak Anak Boleh Cuba Rangkaian Produk Suu Balm : Krim Legakan Kegatalan Serta Merta  | Aku tak pernah ada eczema. Orang terdekat dengan aku pun takde masalah ni. Jadi aku tak berapa nak familiar macam mana or apa sebenarnya eczema ni. Yang aku tahu orang berkulit eczema ni sensitive and tak boleh sebarang sebarang pakai produk. Kalau tak boleh jadi lagi teruk. And kalau nak tahu di Malaysia , ratio pesakit eczema ialah setiap 1 daripada 10 orang. Dan kebanyakan nya ramai kanak kanak.
 
Masa pergi official launching SuuBalm x Watsons kelmarin, baru lah tahu sikit sikit apa eczema ni dan apa yang most patients alami. Eczema ni sejenis macam skin irritation. Yang mana faktor faktor menyumbang atau triggered kan kegatalan tu boleh jadi daipada macam macam faktor.



​​
Faktor menyumbang kepada rasa gatal



Ada yang kata faktor makanan, faktor environment, faktor genetik, faktor personal hygiene, dan macam macam. Kalau dekat Malaysia pulak, ianya disebabkan cuaca. Yela since kita punya iklim kan panas & lembab lembab. So biasanya lagi 'trigger' la itchiness tu.



Bab bab gatal ni tak boleh buat main. Sebab boleh ganggu emosi. Kalau kita yang dewasa ni mungkin la boleh kawal sikit or tahu apa nak buat. Tapi kalau budak budak or baby yang rasa, kesian diorang taktahu nak buat apa. Cuma tahu garu je. Sampai luka luka & berparut. Nak tidur pun tak senang sebab banyak terganggu sebabkan gatal. Mak ayah kalau ada anak yang eczema pun terganggu sekali sebab susah hati tengok anak sakit tapi tak mampu nak buat apa apa untuk legakan sakit dan gatal dia tu. Bagi nak elakkan masalah ni lagi melarat larat, dan taknak la tengok anak tu suffer lama lama kan, boleh ikhtiarkan guna Suu Balm.



Suu Balm di formulasikan di National Skin Center, Singapore oleh Dr. Tey Hong Liang. Dia ni memang expert dalam bidang 'itch' dan dah ada lebih daripada 100 research paper yang dia buat. Ni baru bebetul dinamakan pakar , kan? So sebelum ni dia di US. Once dia balik semula Singapore, terus dia terfikir nak hasilkan Suu Balm. And dia nak fokuskan bukan setakat hasilkan produk yang lenyapkan rasa gatal dengan cepat, tapi tolong moisturize kan sekali kulit tu.

On My Instagram