Wednesday, October 14, 2020
Meneroka Pulau Tuba Langkawi & Pengalaman Tangkap Bronok?
To be honest, ni first time aku dengar pasal Pulau Tuba ni. Sayang pula Pulau Tuba ni tak diketengahkan. Ramai mat salleh je yang suka ke sini sebab dekat sini banyak aktiviti meneroka alam. Takde la pulak tempat shopping ke apa dekat sini hehe. Dan tak la sebesar Langkawi. Tapi kalau korang nak alami pengalaman bersantai santai pusing dalam kawasan kampung, nikmati keindahan flora dan fauna, ha jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Tuba.
Pulau Tuba merupakan sebuah pulau yang kaya dengan flora dan fauna ia terletak 5km ke selatan Langkawi. Ia adalah salah satu daripada dua pulau yang didiami di kepulauan Langkawi. Pulau Tuba diberi nama melalui nama akar dari pokok Tuba yang banyak dijumpai di pulau itu. Dari segi geografi Pulau Tuba adalah sebuah pulau pergunungan dengan dataran yang sangat sedikit.
Selain itu Pulau Tuba mempunyai habitat semula jadi seperti hiidupan liar yang menarik. Jadi, ini menjadikan Pualu Tuba tempat yang sesuai untuk memerhati burung dan "junggle-trekking". Pekara yang paling menarik ialah pergi mendaki melalui hutan tebal dan mendapat gambar tentang cara hidupan liar dan menikmati flora dan fauna. Pulau Tuba boleh di jadikan tempat berehat dan menikmati permandangan tropika yang indah bagi para pelancong.
Untuk ke Pulau Tuba ni, korang kena naik bot penambang. Tambang hanya RM5 seorang sehala. Dari Langkawi, boleh naik di Jeti Dato Syed Omar.
Jadual perjalanan bot pula adalah seperti berikut :
So sekarang ni, dah sampai ke Pulau Tuba. Apa aktiviti yang korang boleh buat? Macam aku cakap, untuk korang yang sukakan aktiviti macam hiking dan jungle trekking tu, boleh la dapatkan pakej untuk aktiviti ni. Sebenarnya bila dah sampai sini, boleh je sewa motor untuk pusing pusing. Tapi kalau nak senang, sebaiknya korang dapatkan khidmat guide. Sambil tu boleh la dia cerita kan kisah kisah menarik mengenai pulau ni.
Masa kitorang dekat sana, kitorang sempat singgah ke Pejabat Koperasi BESTUBA. Dekat sini dijadikan bengkel pembuatan kraf. Salah satu aktiviti kraf ialah menganyam mengkuang. Banyak produk anyaman yang dibuat disini termasuklah tikar mengkuang dan beg.
Bukan senang ye proses nak menganyam mengkuang ni. Makan masa berminggu minggu nak siapkan satu tikar tu. Aku tengok pun aku rasa tak rajin nak buat haha. Perlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi.
Dekat sini, boleh naik beberapa anak tangga untuk tengok formasi batuan yang unik. Tak tinggi pun naik nya. So kalau dah sampai Pulau Tuba, make sure singgah sini ok?
Lepastu, kitorang terus dibawa untuk lunch. Lunch dekat floating restaurant. Best tau. Tapi aku lupa pulakla apa nama restoran ni. Yang bestnya sebelah restoran ni ada floating chalet. Korang boleh la booking untuk menginap dekat sini. Boleh memancing dari luar bilik hehe. Syok ni kalau datang ramai ramai dengan family & kawan kawan.
Sepatutnya untuk lunch ni, kitorang dapat try Bronok. Tapi katanya stok bronok takde untuk haritu. Sedih sikit sebab aku dok teringin nak makan tu. Sedap tau masak kerabu. Tapi lepastu untuk menebus kekecewaan, kitorang di bawa tour naik boat and boatman kitorang siap berhenti and turun carikan bronok untuk kitorang tengok sendiri cemana rupanya. Siap berpeluang dapat pegang lagi haha. Comel je rupa bronok ni. Bila pegang tu rasa macam slimey tapi badan dia keras. Cuma rasa berlendir je bila pegang.
Katanya bronok ni memang cara masak yang sesuai, cuma dibuat kerabu je. Sebab kalau dimasak atau digoreng, dia akan hancur. Jadi untuk kekalkan tekstur asal dan kenyal kenyal, selalu di makan raw atau dibuat kerabu.
Takpela, next time datang Langkawi lagi, aku nak make sure dapat merasa bronok tu hehe. Aku suka try try seafood ni. Segala siput aneh aneh tu semua aku teringin nak cuba haha.
So itu jela aktiviti kitorang sepanjang di Pulau Tuba. Seterusnya disebelah petang, baru la kitorang ke Dataran Lang pulak. Ala yang ada burung helang besar tu. Mercu tanda Langkawi. Kalau tak datang sini, tak lengkap la trip korang ke Langkawi hehe.
Tak ada bayaran masuk dikenakan pun untuk kesini. Boleh datang, ambil angin dan bergambar. Best datang bila waktu sunset. Cantik sangat! Dataran ni katanya menjadi dataran penting untuk semua acara sambutan besar besaran contohnya sambutan countdown tahun baru dan sambutan hari kemerdekaan.
So selalunya orang datang untuk beriadah dan bersantai je dekat sini. Korang jangan lupa datang sini pulak nanti okay?
Untuk acara penutup belah malamnya, kitorang makan malam di Nam Grill. Restoran ni menyajikan masakan western. Harganya affordable dan katanya antara yang termurah di Langkawi. Uww menarik! Portion pun besar, sedap pun sedap. Yang bestnya chef yang sediakan makanan dekat sini, ialah bekas chef di hotel terkemuka seperti Four Season dan Westin. Patutla masa awal awal dapat makanan, plating dia kemain cantik hehe. Macam serving makan dekat hotel.
Kalau teringin nak makan masakan western bila di Langkawi, boleh consider untuk cuba makan di Nam Grill. Okiee?
Okay setel day 2. Next post aku nak share pengalaman eksplorasi ke Kubang Badak Geotrail pulak. Apa ada dekat sana? Okay jumpa dekat next post :D
Jadual perjalanan bot pula adalah seperti berikut :
Langkawi => Pulau Tuba
9:00 am, 11:00am, 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm, 7:00pm
Pulau Tuba => Langkawi
9:00am, 11:00am, 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm, 7:00pm
So sekarang ni, dah sampai ke Pulau Tuba. Apa aktiviti yang korang boleh buat? Macam aku cakap, untuk korang yang sukakan aktiviti macam hiking dan jungle trekking tu, boleh la dapatkan pakej untuk aktiviti ni. Sebenarnya bila dah sampai sini, boleh je sewa motor untuk pusing pusing. Tapi kalau nak senang, sebaiknya korang dapatkan khidmat guide. Sambil tu boleh la dia cerita kan kisah kisah menarik mengenai pulau ni.
Masa kitorang dekat sana, kitorang sempat singgah ke Pejabat Koperasi BESTUBA. Dekat sini dijadikan bengkel pembuatan kraf. Salah satu aktiviti kraf ialah menganyam mengkuang. Banyak produk anyaman yang dibuat disini termasuklah tikar mengkuang dan beg.
Sebenarnya masa kitorang datang tu, cuaca kurang elok and hujan. So macam terkandas kejap tanpa aktiviti.Lepas hujan dah reda, kitorang terus pusing pusing keliling kampung dan seterusnya dibawa ke Bukit Kecil.
Lepastu, kitorang terus dibawa untuk lunch. Lunch dekat floating restaurant. Best tau. Tapi aku lupa pulakla apa nama restoran ni. Yang bestnya sebelah restoran ni ada floating chalet. Korang boleh la booking untuk menginap dekat sini. Boleh memancing dari luar bilik hehe. Syok ni kalau datang ramai ramai dengan family & kawan kawan.
Sepatutnya untuk lunch ni, kitorang dapat try Bronok. Tapi katanya stok bronok takde untuk haritu. Sedih sikit sebab aku dok teringin nak makan tu. Sedap tau masak kerabu. Tapi lepastu untuk menebus kekecewaan, kitorang di bawa tour naik boat and boatman kitorang siap berhenti and turun carikan bronok untuk kitorang tengok sendiri cemana rupanya. Siap berpeluang dapat pegang lagi haha. Comel je rupa bronok ni. Bila pegang tu rasa macam slimey tapi badan dia keras. Cuma rasa berlendir je bila pegang.
Katanya bronok ni memang cara masak yang sesuai, cuma dibuat kerabu je. Sebab kalau dimasak atau digoreng, dia akan hancur. Jadi untuk kekalkan tekstur asal dan kenyal kenyal, selalu di makan raw atau dibuat kerabu.
Takpela, next time datang Langkawi lagi, aku nak make sure dapat merasa bronok tu hehe. Aku suka try try seafood ni. Segala siput aneh aneh tu semua aku teringin nak cuba haha.
So itu jela aktiviti kitorang sepanjang di Pulau Tuba. Seterusnya disebelah petang, baru la kitorang ke Dataran Lang pulak. Ala yang ada burung helang besar tu. Mercu tanda Langkawi. Kalau tak datang sini, tak lengkap la trip korang ke Langkawi hehe.
So selalunya orang datang untuk beriadah dan bersantai je dekat sini. Korang jangan lupa datang sini pulak nanti okay?
Untuk acara penutup belah malamnya, kitorang makan malam di Nam Grill. Restoran ni menyajikan masakan western. Harganya affordable dan katanya antara yang termurah di Langkawi. Uww menarik! Portion pun besar, sedap pun sedap. Yang bestnya chef yang sediakan makanan dekat sini, ialah bekas chef di hotel terkemuka seperti Four Season dan Westin. Patutla masa awal awal dapat makanan, plating dia kemain cantik hehe. Macam serving makan dekat hotel.
Kalau teringin nak makan masakan western bila di Langkawi, boleh consider untuk cuba makan di Nam Grill. Okiee?
Okay setel day 2. Next post aku nak share pengalaman eksplorasi ke Kubang Badak Geotrail pulak. Apa ada dekat sana? Okay jumpa dekat next post :D
Subscribe to:
Posts (Atom)