Thursday, November 26, 2015
Resepi : Natural Energy Drink (Air Detox) - Chia Fresca
Sejak ramai yang sedar akan kelebihan ber-detox ni , masing masing semua rajin usung botol air berisikan lemon , timun dan limau nipis kehulu kehilir. Menariknya tentang detox ni ialah ia sangat sangat membantu dalam dapat mengurangkan berat badan disamping melancarkan sistem penghaman dan mengeluarkan toxin daripada dalam badan ( nama pun detox kan? )
Cara termudah untuk detox hanya lah dengan merendamkan beberapa kepingan lemon , limau nipis atau apa apa sahaja buah yang korang suka didalam sebotol air masak. Tak kisah sebenarnya nak guna buah apa , tapi yang paling femes untuk kurang kan berat badan -- LEMON!
Nak tak satu lagi tips bonus untuk tambahkan extra special dekat air detox korang?
Tambah kan Chia Seed!
Tak habis habis dengan chia seed kan? hihi nak buat macam mana , dah chia seed ni memang best . Untuk korang yang dalam berdiet , nak kurangkan 'craving' nak makan itu ini, nak kurangkan selera makan, nak cepatkan proses pembakaran lemak , boleh lah try resipi air detox ni.
Baca sini : [Manfaat menarik Chia Seed untuk kurus!]
Air detox ni lebih dikenali sebagai Chia Fresca . Chia Fresca ni merupakan sejenis minuman tenaga yang sangat femes dikalangan orang mexico & di central america. Minuman yang mudah sangat nak disediakan , tetapi sangat berkesan dalam 'boost' kan tenaga & juga membantu korang sentiasa rasa kenyang dan hydrated. Nak cuba tak? Jom kita tengok resepi bagaimana nak sediakan Chia Fresca ni
Subscribe to:
Posts (Atom)