Masa study diploma dulu, final year project kena buat research pasal Centella Asiatica ni. Masa dapat tajuk macam "amende wey Centella Asiatica?" rupa rupanya... daun pegaga . Kemain kan nama scietific dia. Bunyi canggih sungguh . Lepasni kalau bukak kedai makan and ada hidangkan ulam pegaga, boleh la letak "Centella Asiatica" dalam menu ekekeke .
2,3 tahun ni cosmetics industry dah mula banyak hasilkan produk berasaskan Centella Asiatica a.k.a pegaga ni . Shortformnya, di panggil CICA . Daun pegaga kalau dalam kalangan kita masyarakat Melayu, memang dari zaman nenek kita dulu tahu, bagus sangat untuk kesihatan dan kecantikan. Tapi orang dulu banyaknya amalkan daun pegaga ni orally la, dengan cara makan. Rebus air takpun ngap terusss .
Tapi sekarang, daun pegaga ni dah dijadikan extract , dijadikan skincare pulak . fungsi utamanya lebih kepada untuk skin soothing atau makna lainnya, untuk kurangkan radang , kemerahan pada kulit especially untuk kulit yang tengah 'bad mood'(breakout)
Saw some other products yang ada extract Centella Asiatica ni, but ni first time jumpa jenis 100% Extract yang dalam form of Ampoule .
Side note : Ampoule ni sedara mara dengan serum , dan essence . ampoule ni packed dengan active ingredients . Sebab tu biasanya kalau Ampoule ni mahal (same goes to serum and essence) . Texture ampoule biasanya a bit runny, dan cair. Diguna selepas toner and followed with moisturizer.
Claims:
Meredakan kemerahan
Melembapkan kulit
Improves pigmentation
Tighten pores
Seimbangkan sebum
Enhance skin complexion
Ingredients:
Centella asiatica extract 100%
(ingredients memang tulis ni je, not sure about other undisclosed ingredients)
*Plant collected in Madagascar then extracted in France.
Consistency/scent:
- Clear liquid, runny (cair)
- No scent (no fragrance - sesuai untuk yang sensitive skin)
- No scent (no fragrance - sesuai untuk yang sensitive skin)
Volume/size :
100ml
Packaging
100 ml frosted glass bottle , comes with dropper
Biasanya ampoule kecik kecik je, yang ni gila besar. Berbaloi .
Boleh guna in many ways, boleh bancuh jadikan face mist (ratio 3:7) , as spot treatment
(guna cotton and letak dekat concerned area, biarkan 10-20 mins) , & as moisturizer
Thoughts
Before start guna ni, buat patch test dulu . Sebabkan haritu skin macam meragam, tak boleh nak pakai sembarangan. Lepas seminggu try and looks okay, terus guna macam biasa . Upon application, boleh rasa yang consistency dia sangat sangat cair, cepat sangat resap and dapat immediate moisturizing effect . Rasa moist je kulit, tapi I apply jugak moisturizer afterward. Kalau taknak, boleh je pakai ni w/o moisturizer.
Biasanya, ambil dalam half drop je sebab kalau one full drop macam banyak sangat. Half drop dah cukup untuk cover my whole face. Tapi depends je if korang nak buat layering lebih. Mentang mentang sebotol tu banyak haha. Kalau botol kecik, sayang je nak guna banyak banyak kan .
In a week, I noticed yang my acne mark slowly fading (tak tipu) and bumps yang kesan breakouts a week before tu dah makin kurang . So memang betul la it does what it claims,to soothe skin and also heal . My routine for now cuma cleanser > toner (rose water) > Madagascar Centella Asiatica Ampoule > Yehwadam Emulsion . Malas pakai banyak banyak tapi gabungan 4 ni pun dah letopssss!
Kesimpulannya, it's a good thanggg to add skincare with Centella Asiatica into your routine. Highly recommended untuk yang ada redness, and sensitive skin. Also, kalau korang skin rosacea pun sesuai guna. Pendek kata, it's an "all skin type" ampoule. Sesuai untuk semua jenis kulit . and i must say it's so good for improving your skin barrier .
Where to buy
I got mine from WAKO BEAUTY , boleh cari dekat Shopee . Selain daripada Madagascar CICA ni, banyak jugak other brands dekat WAKO ni sebab murahhhh and yang penting ready stock. Brand lain like Pyungkang Yul, COSRX, Laneige semua ada kat situ and before this beli kat situ je.
Sebotol Madagascar CICA 100 ml besar gila ni cuma RM79.00 (np : RM112.85) Boleh beli dekat website dia juga www.wako.com.my .
Now nak try AHA BHA toner Some By Mi pulak . Dah beli tapi takut nak guna sebab acid acid ni biasanya purging sikit hehehe . Tengah kumpul kekuatan jap haha
Related search : daun pegaga, centella asiatica daun pegaga, Madagascar Centella Asiatica Ampoule Review malaysia, review madagascar centella asiatica malaysia, blogger review Madagascar Centella Asiatica Ampoule , products with Centella Asiatica Ampoule , centella asiatica extract, ingredients to soothe skin, bahan untuk redakan radang kulit, skin 1004 centella asiatica
9 comments
I got what you mean, regards for posting. Woh I am thankful to find this website
ReplyDeletethrough google.
menarik.. betul tu kemain nama scientific dia =D
ReplyDeleteDah try soap bar some by mi? bole tolong review kan tak? susah nak cari honest review including vegitoks cleanser.
ReplyDeleteHi mia!
DeleteBelum lg. I now tengah guna toner dia je. So far ok, tp tak ketara sangat perbezaan. Cuma yg bestnya sesuai dgn kulit i, x purging/break out.
Mana sis beli rosewater toner tu eh? Apa nama produk tu and berape harga dia?
ReplyDeleteI think yg jelita kl punya rose water dgn saffron
DeleteHi nak tanya, dia boleh jadikan face mist kan? Bancuhan 3:7. Boleh explain tak mcm mane ratio 3:7 tu? Guna air biasa je ke?
ReplyDeleteYang ni hilangkan pigment tak ?
ReplyDeleteMacam mana storage dia, boleh room temperature ke..?
ReplyDelete