Wednesday, July 19, 2017

Beli beg di Mizzue : Okay Ke Tak? Kualiti Ke Tak?




Sejak dah kahwin ni, space pun makin terhad . Semua nak kena kongsi . Tandas kongsi, meja solek kongsi , almari pun kongsi . Bilik tu pun bukan nya besar sangat , itu pun dah kawtim Hilmi ambik bahagian sini, aku ambik bahagian lain .

Tapi nak compare barang aku dengan barang dia, memang confirm confirm ah barang aku lagi banyak. Tu pun baju baju aku bawak sikit je, banyak lagi baju yang aku tak bawak dekat rumah lama.

Okay, bab baju belum jadi isu lagi.

Isu terbesar ialah handbag.

Nak terangkan dekat orang laki ni bukan senang weh . Mana dia nak faham apa fungsi beg yang jenis lain lain . Yang dia tahu, beg kita ni banyak and menyemakkan mata dia hahaha . Sakit jiwa gak kadang bertekak pasal beg, sebab dah takde tempat dah nak letak sebab banyak . Tambah pulak aku memang tokey jual handbag, memang logik lah kalau banyak koleksi bag kan?


Haritu aku tengah scroll facebook tetiba ternampak page Mizzue. mizzue ni malaysian based online shop yang jual macam macam jenis bag. Sajela aku usha usha bag yang ada, well biasa lah "tengok-tengok je".

Jatuh Hati Dengan Beg Mizzue

Tapi tak semena mena aku terberkenan pulak dekat satu bag ni. Memang berkenan sangat lah sampai hati ni meronta ronta nak beli hahaha . Tapi jiwa pun meronta ronta juga nak beli senyap senyap kang kalau Hilmi tahu, kena marah pulak wakakaka.

Makanya, aku pun cuba lah buat rundingan damai dengan Hilmi dalam usaha nak membodek dia untuk beli bag tu. Ah dalam kes ni, memang kena beli sendiri. Bab bab benda camni memang dia taklayan ah nak belanja hahaha tapi kalau mekap, rajin lak dia belanja eekeke. Ok sambung cerita

Bag ni lah yang aku berkenan .


So aku pun cuba terangkan satu satu dekat dia, kenapa aku berkenan dekat bag tu, lepastu cuba convince kan dia cakap yang bag tu kualiti helok, banyak compartment, berbaloi baloi, color cun, size dia yang ngam ngam untuk daily use, design yang nampak eksklusif bla bla bla lah

Sambil tu selawat sikit and puh puh sikit bagi dia lembut hati hahaha . Dan Alhamdulillah rundingan pun berjaya . Maka dengan berjayanya dapatkan GREEN LIGHT daripada boss besar, boleh lah order beg tuu




Bag ni namanya Blanch Brawley . Aku pun tak faham apa maksud nama ni , tapi bag bag dekat Mizzue ni memang aneh aneh unik unik namanya . Aku nak sebut pun tak reti hahaha . Untuk design Blanch Brawley ni, ada banyak warna tapi sebabkan Hilmi suggest warna ni, aku pun pilih lah warna ni. Mula tu nak warna hitam tapi alaa boring ah syik syik hitam jee .

Kenapa Pilih Blanch Brawley Mizzue ?

Antara sebab aku pilih Blanch Brawley ni ialah sebabkan added value dekat bag ni . Harga bag lain semua lebih kurang je, tapi aku nakkan bag yang extra special berbanding bag lain . Bag ni ada banyak compartment , strap dia tebal ,  ada button closure, ada zipper compartment, size besar ,  boleh muat A4 paper , adjustable strap dan boleh jadikan cross-body . Aku memang cerewet bab ni, even beli baju pun kalau harga RM40 tu, aku bandingkan . Kalau baju tu kosong je takde butang ke poket ke apa, aku taknak sebab tak berbaloi wakakakaka .


Strap boleh laras. nak panjang ke nak pendek

Ada banyak compartment, button closure dan zipper compartment .

Ni maksudnya cross body



Design bag ni bagi aku sesuai lah untuk pakai daily . Kalau yang study lagi tu, nak bawa pergi kelas pun sesuai . Sebab besar . Tapi takde la besar sampai boleh sumbat laptop ke apa . Kertas a4 tu boleh je muat dalam bag. Takpun kau sumbat la dalam file, pastu pegang kat dada sambil jalan tetepi cafe ke apa nampak lah gaya student sikit wakaka .


Material bag dari Mizzue ni memang aku puji, sebab memang high quality pu leather . Aku tahu la elok ke tak sebab aku kan tokey handbag ehehe . So aku memang berbakat bab menilai handbag ni hahaha . Tu belum lagi bakat aku boleh spot bag orang tu ori ke tak, jenama apa semua dengan sekali imbasan haha power tak? Hewhewhew


Elok aku beli bag ni, ada pulak beg beg terbaru koleksi Mizzue ni masuk . Eh ni nak marah ni , cecantik pulak tu . Tapi aku tetap rasa bag ni jugak yang best (jaga hati sendiri haha) . Takpe ada rezeki nanti boleh beli lagi bag dekat sini .

Lagi satu, dekat Mizzue ni boleh dapatkan bag pada harga 50% lagi murah dari harga asal untuk produk yang bawah kategori Second Chance Item. Sebabkan Mizzue sangat jaga kualiti bag diorang, jadi kalau ada minor defect pun, terus reject. Ha untuk bag reject tu lah diletakkan dalam kategori Second Chance Item. Harga lagi murahhhh . Kalau korang nak kan bag pada harga murah, boleh terus ke website Mizzue dan tekan tab Second Chance Items. Bukan defect koyak rabak ke apa. Semua cun je lagi ..

Second Chance Items are products that have gone through our Quality Control processes but were tagged because we picked up a few minor shortcomings with the product. These imperfections are always only cosmetic related issues and are limited to things like small glue residue marks, minor scuff marks and light crease marks for instance. The functionality of the product is never affected and any blemishes present are not obviously noticeable.
Instead of discarding items as waste material, we would like to offer these items for sale at a reduced price with a discount of anywhere from 10%-50%. That way we can reduce adding to the environmental impact by allowing an otherwise fine product be used as intended, instead of going to waste.
Quantities of these items are limited, are offered first come first served, cannot be returned and are not eligible for the 7-day refund policy.

Kesimpulan 

Alang alang tu, aku nak review juga la sikit pasal servis Mizzue ni ye . Sebaik sahaja pembelian dibuat , tempoh masa untuk diorang confirmkan order tu cepat je . Tak ada delay delay, dan penghantaran pun di buat dalam masa 1-2 hari lepas order korang confirm . Untuk courier pulak , aku lupa dah dia guna courier apa . Rasanya Skynet kot haritu . 

Bag tak ada didatangkan dengan kotak ke apa . Cuma non woven bag . Dan juga dust bag. Memula aku expect macam packaging should be lagi exclusive la kan, macam ada dust bag besar besar tulis Mizzue ke , tapi takde. Rasanya Mizzue boleh upgrade bab ni. Tingkatkan bahagian exclusivity tu . Baru lah customer rasa seronok bila dapat barang ehehehe .

Dari segi kualiti, macam aku cerita kat atas nun , kualiti memang elok . Tak ada benang terkeluar, tak ada calar pada permukaan bag , tak ada gam melekat lekat, zip tak tersekat dan magnet button semua berfungsi dengan baik . 

So far, semuanya baik , bag diterima dalam keadaan baik dan iols pun puas hati .



Nah ni website , Facebook & Instagram diorang . Kalau berkenan nak beli, boleh buat online purchase dekat website . Untuk tengok video details bag ada dekat Facebook & kalau nak tengok gambar ootd customer diorang yang pakai bag bag Mizzue boleh tengok dekat instagram .





Related search : Mizzue Malaysia, Mizzue Facebook, Mizzue blogger review, mizzue quality bag, mizzue bag quality, mizzue products list, mizzue okay ke tak, siapa pernah beli di mizzue, pengalaman membeli bag di mizzue, mizzue bag shopping experience, mizzue instagram

On My Instagram