Thursday, October 19, 2017

PayPal Protector Charity Night Run : RUN . PROTECT . SAVE


Aku macam perasan sekarang ni dekat facebook, ramai kawan kawan share gambar pergi night run. Seronoknya lah tengok masing masing aktif je join lari lari ni. Aku nak bawak badan pun tak larat. Stamina tu hancus. Naik tangga pun semput ahahaha . Buek malu je . Tapi still rasa teringin juga lah nak join lari lari ni . 


Now, siapa yang suka sangat join sana sini Night Run? Jom la sign up untuk PayPal Protector Charity Night Run pulak! Berlokasi di Central Park, Bandar Utama 28 Oktober 2017 nanti . So, minggu depan lah kan?

 Ada dua kategori tau ;

5 KM (RM65) 
11 KM (RM75)






Bukan setakat lari lari untuk kejar menang ke tak menang. Tapi korang boleh juga datang untuk berseronok duaronok dengan kawan kawan dan family sebab banyak gila aktiviti sampingan yang disediakan ;


  • Glow-in-the-dark face paint
  • DJ and mini concert
  • Race & Party zone
  • Family & Kids play zone
  • Food Trucks

So, 28 October 2017, bermula pada pukul 8PM @ Central Park, Bandar Utama ye gais.



(UPDATES : REGISTRATION CLOSED!!!)



For more information, please contact THANA 012 200 2797 (info@spectrumglobalevents.com)





(p/s : hmm .. maybe next year kot I join. Kasi badan ni fit sikit dulu hehe)

Bayar Sephora Online Menggunakan PayPal


Masa private sale Sephora 20% haritu ada lah sorang kawan ni request suruh belikan Fenty Beauty punya Kilawatt highlighter. Tapi sebabkan dekat most outlet Sephora dah habis, kena lah beli online je. So on behalf of my friend, makanya order lah secara online. 

Image result for sephora fenty highlighter


Tetiba bila nak checkout untuk bayar tu, ada dua je option sama ada nak guna Credit Card atau PayPal je. Tetiba juga masa tu dah panic. Panic sebab I takde credit card, and PayPal I pulak takde link / add card. Plus, lama dah tak guna PayPal untuk purchase apa apa, so rasa noob sikit. Padahal sendiri keja PayPal pun takboleh nak sort things off hahahaha .


Payment VIA PayPal

Makanya mula mula try lah option untuk add credit card tu sebab dia kata boleh add debit juga. But somehow entah macam mana, card tak boleh verify pulak . Aisehmenn .

Nak tak nak, terpaksa lah guna PayPal. Pakai PayPal ni senang je sebenarnya cuma first time setup yang leceh atas sebab security reason. Kalau nak add card ke, link kan credit card atau add bank account, memang kena go through verification process which agak leceh sikit but sangat bagus lah for security purposes. Lagipun, kalau buat pembelian melalui PayPal, korang akan 100% covered by PayPal. Incase barang tak dapat ke, duit kena curi ke apa, PayPal tanggung. Ok sambung cerita pasal PayPal dekat post lain ye hehe .


So, proses pembayaran berjalan lancar. I suka add/topup credit daripada linked kan dengan card sebab bahaya takut terbelanja lelebih haha . Biasanya I akan add/topup credit dari RHB ke PayPal. Senang . Cumanya kalau balance tak cukup , and time tu nak kena bayar. Kena dua kali kerja lah pergi web RHB dulu – login – transfer credit ke account PayPal. Tapi senang je ni. No hassle. Tak susah pun. So, takde masalah lah dekat part tu.

Tengok tu. Ada option PayPal & Credit Card je


Yang buatkan I confuse sikit ialah, seingat I sebelum sebelum ni I beli barang Sephora MY online, semua bayar guna payment gateway yang linked dengan Maybank2u and CIMBclicks tu. Tapi masa order haritu, option tu yilekk hilang!

But , bila check website Sephora tadi , ehhh! ADA PULAKK!


!! Rupanya kalau beli melalui mobile apps, memang TAK ADA CHECKOUT OPTION GUNA M2U. Ada PayPal je. If guna website/desktop view baru ada option untuk M2U. For purchase using apps, cuma ada option PAYPAL & CREDIT CARD !!

Lepasni kalau nak beli tu, kena guna website lah. Baru senang bayar guna M2U je. Tapi kalau korang prefer guna PayPal pun boleh jee . Mana mana pun senang. Cuma untuk Malaysian, PayPal tu macam masih baru lagi untuk kita and kita tak biasa guna.

p/s : I’m so glad to know that checkout via Bank Transfer is actually there the whole time hahahaa :D


Tuesday, October 10, 2017

Sabun Inas Rose Champaca : Serbaguna Untuk Cucian Baju, Kereta, Kuali, dan banyak lagi

Sabun Inas Rose Champaca : Serbaguna Untuk Cucian Baju, Kereta, Kuali, dan banyak lagi | Sejak dah bergelar isteri ni (ah clitche nya ayat haha) - dah kena makin bijak uruskan hal rumah tangga . Disamping kemas kemas rumah dan mop tangga (awal awal dah lawak hambar haha) , kena lah jugak power power kan diri bab multitasking .

Sebabkan aku pun dah start kerja sekarang ni, jadi kena lah curi curi masa nak uruskan laundry, dan house chores yang lain . Kalau sebelum ni nak cuci baju tu selang berapa hari baru cuci sebab tak banyak baju kotor, sekarang dah kena basuh hari hari sebab baju kotor punya ketinggian menggunung tu dah kuasa dua haha . Kalau dibiarkan lelama kang tak senonoh la kan .


Basuh baju sampai kena 2 cycle

Nak tambahkan lagi ke-efisyen-an aku buat kerja, aku kena lah fikirkan cara cara terbaik. Kalau bab laundry ni pulak, paling penting untuk pilih sabun pencuci yang power. Hilmi ni jenis yang kalau basuh baju mesti dia mintak aku buat dua cycle. Katanya sebab rasa baju tu tak bersih . Awal awal tu aku tension jugak lah , dia suruh basuh dua kali . Dua kali tu dari maksudnya -- kau dah siap basuh, dah sampai level spin tu - pastu dia mintak kau basuh lagi sekali . Cenggitu . Tak ke membazir namanya tu? Bazir air, bazir masa, bazir sabun .

Aku pernah lah jugak ngelat basuh sekali je wakakakka tapi eh eh dia tahu wey! Dia boleh rasa kain tu bersih ke tak bersih and boleh agak aku durhaka ke tak dengan arahan dia tu hahaha.  Ampun encik somi :p

Sabun tak cukup bersih ke?

Sampai tahap aku dah bengang sangat amende lah laki aku cakap baju dia tak bersih ni . Aku macam cuba la merungkai misteri ni kan . Sebab jenis sabun basuh yang aku guna ke apa?


Makanya aku pun cuba lah google kot ada sabun basuh baju power power sikit untuk aku try. So aku nampak lah ada satu iklan sabun ni dekat Carousell . Sabun Inas namanya . Ada dua fragrance, satu rose , satu lagi champaca . Mula nya aku macam skeptical sikit sabun spesis serbuk ni . Sebab selalu bergumpal lah , berketul ketul lah , and bagi aku sabun serbuk ni macam tak bersih sikit . Aku macam lagi prefer jenis liquid detergent tu .

💕Sabun Serbaguna Inas Rose dan Champaca

sabun serbaguna inas rose

Tapi lepas baca baca review apa semua , rasa macam berminat lah nak cuba jugak . Lagipun mana tahu , boleh capai tahap 'kebersihan' yang laki aku idam idamkan hahaha .

Satu pack sabun Inas ni harganya RM17 untuk saiz 850g . Mula mula aku rasa macam "eh cam mahal jee, kecik je pon" . Tapi lepas baca kegunaan dan kelebihan sabun ni , terus aku angguk angguk dan setuju seraya merasakan 'INI SANGAT BERBALOI!'

Apa yang berbaloi sangat Sabun Rose Inas ni?


✔ Menanggalkan kotoran degil dengan mudah
✔ Menanggalkan dakwat pen /getah pisang/kesan minyak dengan mudah
✔ Boleh digunakan mencuci lantai
✔ Boleh digunakan mencuci kenderaan tanpa merosak kan permukaan malah membaiki calar halus dan kuning2 atau kesan minyak hitam
✔ Boleh digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk cawan kuali dan periuk.
✔ Boleh digunakan untuk menjadi baja tanaman.

Point last tu buat aku ternganga . Lebihan air basuh baju boleh buat baja tanaman tau! Dah lah boleh guna untuk cuci kesan getah, kesan minyak apa semua. Siap boleh guna cuci lantai lagi wey . Basuh kereta pun boleh . Oh mai oh mai! Sebab tu lah aku cakap harga RM17 tu berbaloi sangat . Sebab ni dah kategori sabun serbaguna dah . Segala macam benda kau rasa nak sental kasi bersih , boleh guna sabun Inas ni . Cuma kalau nak bersihkan hati tu tak dapatlah guna sabun ni ahak ahak ahak .


Dan macam yang aku harapkan lah , bila basuh baju guna sabun ni - aku dapat approval dari Hilmi jugak . Dia boleh rasa yang baju dia bersih . So takpayah dah nak basuh baju sampai 2 kali cycle. Jimat air, jimat duit (bila membasuh dekat dobi). Masa ni lah time sesuai untuk suami suami guna kan ayat "Pandai isteri Abang .... " pada isteri . hewhewhew

Untuk cucian biasa biasa, takpayah guna banyak pun . Lagipun guna sikit je semerbak bau dia wey . Tu belum tambah softener lagi . Ni nanti aku nak try untuk cuci handbag lah pulak . Bancuh dengan air, letak dalam botol spray . Lepastu spray je dekat kawasan yang ada kotor. Nak spray dekat sofa ke barangan kulit pun boleh . Awesomee!

Kalau korang tanya aku berbaloi ke tak beli sabun ni? Aku akan marah! Sebab aku dah berbuih cerita dekat atas memang berbaloi! haha . Makanya kalau terdetik nak beli tu, beli je. Jangan fikir banyak. Sebab tak rugi pun.


HQ Inas Global Sdn Bhd
No.33 (Ground Floor) , Jalan Seri Rejang 5,
 Taman Sri Rampai,
53300 Setapak, KL

Contact Person : 
Iza 01117733496 
(HQ INAS GLOBAL SDN BHD)









Related search : sabun inas rose, cara hilangkan kesan getah, tips hilangkan kesan minyak pada baju, cara bersihkan kesan minyak pada baju, cara cuci sofa, cara cuci kasut, cara cuci kotoran sofa, sabun inas hilangkan kesan pen, cara hilang kesan pen pada sofa, cara bersihkan kulit, petua hilangkan kesan karat, sabun inas testimoni, cara guna sabun inas, sabun inas champaca


Monday, October 9, 2017

#MYCYBERSALE 2017 : Melampaunya diskaun sampai 90%!



Cuba bagitahu sikit , siapa yang tak suka SALE?

Tanya makcik sebelah rumah, dia pun suka SALE.
Tanya driver Uber masa on the way pergi MidValley, dia pun suka SALE.
Tanya mamat kerja Schlumberger jumpa dalam lift and keluar dekat level 18 pun suka SALE

Semua orang suka sale!

And good news guys! The biggest online sale #MYCYBERSALE is back yawwwww . Now with more participating brands and more discounts!

Kita tak bercakap pasal diskaun 5% sampai 30% . Range diskaun macam tu tak layan tau . Now , its time to start the real talk about sale .


up to 90% discount baby!


One of participating merchant yang I suka and seronok sangat bila tahu dia join for #MYCYBERSALE is DHAUSE!




DHAUSE ni kira macam one stop online store yang jual banyak barang barang yang related to Home & Living lah including kitchen tools, kelengkapan untuk BBQ dan juga peralatan untuk baking .

Salah satu in-house brand dekat DHAUSE ni ialah QUIRKY.

Daripada baking and kitchen tools macam cheese grater, muffin shaper sampailah penyapu dengan casing ipad pun ada bawah jenama QUIRKY ni .


Satu sebab utama kenapa aku suka benau produk Quirky ni ialah sebabkan kualiti . Rasanya most of Quirky product ni macam silicone base tau . Biasanya kalau jumpa barang silicone base mesti boleh nampak yang silicone tu macam tak berkualiti and lembik semacam je . 

Tapi Quirky punya product yang silicone semuanya durable and sturdy . Berpatutan sangat lah dengan harga dia .



Quirky Decorative Muffin Bundle




I picked this bundle set of egg separator and muffin toppers ni sebab i rasa bila ada dua benda ni memang memudahkan kerja sesangat . Lagi lagi egg separator tu . Memang sangat sangat berguna dik! Lagi lagi bila diri sendiri ni spesis failed nak asingkan sangat telur putih dengan telur kuning tu muehehe .

QUIRKY Egg Separator
QUIRKY Egg Separator

QUIRKY Egg Separator
How to use QUIRKY Egg Separator



Kalau nak buat pavlova,  penting tau ada egg separator ni. Sebab pavlova ni manja dia lain macam . Telur putih kena bebetul tak tercemar dengan telur kuning . Bekas yang guna untuk pukul telur pun tak boleh ada air setitik pun . Amboi mengada .


QUIRKY Muffin Decorative Topper

Makanya, memang ngam lah 2 benda ni come in set in a bundle. Senang terus beli dua ni . Dua dua pun berguna sangat untuk baking . Itupun si Wanie dah sibuk tanya tanya pasal muffin topper ni . Macam ada petanda dia nak mintak je hahaha . Sebab dia memang spesis rajin baking baking ni . Tengokla nanti , kalau end up aku tak bake apa apa , memang bagi dekat dia jela cerita nya hahaha . Apa salahnya jadi pemurah bagi adik kan? (padahal nak cover line malas nak baking haha)


Pergi lah dekat website DHAUSE ni and browse around what they have on sale. Mana tahu tersangkut 4,5 barang hewhew .

Selain daripada DHAUSE , ada banyak juga lagi participating brands/ online store yang take part dalam sale ni. Boleh tengok senarai brands yang join dekat website rasmi https://mycybersale.my/ okeh ?

Remember gais! #MYCYBERSALE ni tak lama . 5 HARI JEEE . Dari 9 Oktober 2017 sampai 13 Oktober 2017 je ye . So , START SHOPPING NOWW! Terus add to cart and checkout okay? Jangan tangguh tangguh 'tunggu kejap la' 'nak fikir dulu lahh' . Sebab by time decide nak beli, tengok tengok dah SOLD OUT . Untuk elakkan daripada harungi kekecewaan barang pujaan hati on sale tapi sold out, makanya mohon bertindak pantas!











Related search : mycybersale 2017, mycybersale brands, how to join mycybersale, MYCYBERSALE 2016, MYCYBERSALE merchants, MYCYBERSALE product on sale, MYCYBERSALE lazada, MYCYBERSALE instagram, DHAUSE products, quirky, online kitchen tools, online baking supplies store, beli barang buat kek, barang buat kek, acuan mufin online, acuan muffin silikon, acuan muffin tahan lama

Friday, October 6, 2017

CHARMS Foundation & Star Glow Fairy Face Scrub : Review


Dah lama perhati CHARMS ni punya billboard dekat tepi highway. Tapi selalunya mesti masa tu tengah driving. Memang tak sempat lah nak ambil gambar ke, catit nama instagram ke apa. By time dah sampai rumah, memang aku tak ingat dah lah nak search haha .

So penantian pun berakhir. Setelah sekian lama lalu lalan depan billboard je, sekarang barangnya dah ada depan mata ekekeke . So dalam entry ni I akan review two-star item daripada brand CHARMS ni.

CHARMS Foundation & Star Glow Fairy Face Scrub Review




CHARMS Foundation



About the product

Brand : CHARMS
Product name : Charms Foundation (in code White Dolly)
Product Type : Foundation (cream)
Skin type : All
Price : RM59 (20g)
Availability : Stokis/ ejen berdaftar seluruh negara




💕What it claims?
Whitening, Moisturizing, Reduce wrinkle, Sunscreen, Skin Tone balancing, Oil free, Long lasting wear and foundation for face (more to kegunaan kot?)

💕Ingredients :
Talc, Dimethicone, Capryrylic/Capric Trigliceride, Titanium Dioxide, Hydrolyzed Candelilla Wax, Jojoba Ester, Cocos Nucifera (coconat oil) , Microcrystalline wax, Allantoin, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Collagen, Tocopheryl Acetate , Mica, Fragrance, BHT and Triciosan .

Dimethicone & fragrance may irritate for some skin . Depend dekat kulit korang . If sensitif sangat, tak sesuai guna product with fragrance

Ingredients lists

So secara ringkasnya foundation ni fungsinya sama macam foundation lain lah -- untuk mengaburi noda noda dekat muka ni . Boleh apply banyak layer kalau nak lagi high coverage tapi rasanya kurang sesuai sebab berpotensi untuk creasing/cakey (bercampuk). Sebaiknya pakai ni untuk bagi light-medium touch up je. Sebab texture foundation maca ni tak sesuai kalau korang nak layerkan banyak banyak . Kang bila berpeluh rasa melekit gila . Walaupun it claims to be oil free. Kalau dah tempek sedebuk atas muka, cemana muka nak bernapas ye dak?

Selain daripada untuk cover flaws, berbekalkan bantuan daripada Apple Stemcell, Collagen & Virgin Coconut oil , boleh membantu untuk mencerahkan dan melembapkan kulit muka juga . Plus, dah siap dengan SPF15 untuk sun protection. But for me, spf15 tak cukup. Memang akan apply sunblock separately jugak .

Sebenarnya ada banyak foundation shade for different skin tone. Good to know! Sebab sekarang ni foundation asyik come in 1 shade je. Kesian lah dekat diorang diorang yang terlalu cerah/ gelap sikit. Sebab mostly banyak shade medium je. Tapi untuk foundation CHARMS ni ada banyakk. I pakai shade White Dolly untuk natural tone. Ada code White Fairy , Pinkish Pinkish & Natural Beauty . Semua ranges dari kulit cerah kpop kpop sampailah tone yang sesuai dengan kulit sawo matang .

Code White Dolly

For me, texture foundation ni just nice. Mudah nak blend, lagi lagi bila guna oval brush dia ni . This one comes for FREE bila beli combo dengan Star Glow Fairy Face Scrub . Best gila brush ni. Bila apply foundation guna jari compare dengan guna berus ni memang banyak beza. Bila pakai brush ni lagi sekata, lagi cantik dan lagi senang.



💕Pros

Bau dia best . Tak terlalu kuat sangat . Macam bau buttery sikit . And then, I suka kan coverage dia. Macam I cakap , foundation yang texture macam ni memang boleh build up bagi tebal sikit dan lagi high coverage tapi I prefer guna light untuk daily use. Walaupun takboleh nak tutup segala cela bila pakai light light, tapi I suka sebab buatkan complexion nampak nice je. Nampak berseri . And one more, ringan! Tak rasa stuffy dekat muka. Sebab cream foundation ni biasanya rasa melekit bila pakai. Tapi yang ni, tak!


💕Cons

For my skin type, I jenis berminyak dekat area T-Zone. And it appears that this foundation turned to be a bit oily for me after few hours, especially area T-Zone tu. Tapi tak oily sangat pun. Just touch up and set sikit with powder, i'm good to go.

💕Overall 

Foundation macam ni jimat. Sebab padat dan dalam bentuk cream. You only need to apply sikit je dekat muka lepastu blend. Gamaknya seketul ni boleh tahan 5-6 bulan kot. Depend dekat cara guna jugaklah . So for me, it's price wise - sesuai dengan kuantiti dan berapa lama tempoh penggunaan. Lagipun tone/shade ni pun sesuai dengan my skin. It didnt breakout my skin. Tak terlalu berminyak (Sikit je) , and I rasa nak teruskan pakai sebab nak tengok long term effect as per claim untuk whitening tu. Kot kot menjadi hehe . 


=========================

Now moving on to 

Star Glow Fairy Face Scrub pulak 



About the product

Brand : CHARMS/Star Glow
Product name : Star Glow Fairy Face Scrub
Product Type : Scrub/Exfoliator
Skin type : All
Price : RM45 (50g)
Availability : Stokis/ ejen berdaftar seluruh negara

💕What it claims?
To exfoliate dull skin, brighten and firming. Skin will look more beautiful, younger , radiant and even.

💕Ingredients :
Aqua, Cocamidapropyl Betaine, Propylene Glycol, Glycerin, Isopropyl Myristate, Alcohol Denat, Stearic Acid, Carbomer, Polyethylene, Fragrance, Triethanolamine, Tocopheryl Acetate, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) extract, Imidazolidinyl Urea

💕Direction of use :
Basahkan muka, picit sikit dan apply pada muka. Ratakan dengan circular motion. Perlahan je tau, jangan gonyoh sental sepenuh hati sangat hehe. Avoid eye area. Lepastu bilas

💕Consistency/Texture :
I suka consistency scrub ni. Texture pulak tak kasar sangat and scrub beads tu halus halus . So kalau tergonyoh kuat sikit pun takde masalah . 



Star Glow Fairy Face Scrub highlighted that it is enriched with Vitamin C, Collagen and Green Tea. So bila bau scrub ni, boleh imagine dah 3 benda ni bergabung . Macam bau oren oren campur bau green tea sikit . Taknak imagine bau collagen macam mana sebab collagen yang betul betul bau busuk haha .

Selain daripada fungsi utama nak singkirkan sel kulit mati dan nak minimize blackhead, rupanya Star Glow Fairy Face Scrub ni dah terima banyak testimoni untuk kulit bermasalah jerawat . Ingatkan setakat untuk remove impurities, dengan smoothen skin je.



Impressive!

So far, I don't have problem with this scrub. Loving the texture, the scents, the after effect. Semua helok helok saje. Lagipun I memang suka scrub scrub ni. Pantang jumpa mesti nak beli haha . Tak kira lah scrub untuk badan ke muka ke semua nak cuba. Tambah pulak kalau bau wangi wangi . Memang tak fikir apa dah . Terus beli ekeke. 

💕Overall

Consistency & texture sesuai untuk semua jenis kulit (including sensitive - cuma kena refer balik ingredients incase korang ada any concern) . Bau tak mengganggu gugat hidup, best je. Immediate effect can be seen from one application . Brighten complexion dannn kulit halus mulus lembut jurrr. And love the packaging too. Sebab dalam tub jenis picit je. I lagi prefer dalam bekas camni daripada dalam jar kena celup celup . Sebab spatula asyik hilang haha


============================

Kalau nak beli boleh contact agent berdaftar CHARMS ni. Tapi kalau nak beli through website dia pun boleh . Takpun through instagram .



Website : www.charms.my
Phone : +6010 2842992 




Okay that's all gais. Panjang pulak aku review ni. Soalan dia, pernah ke aku punya entry pendek pendek? hahahaa 

Thanks for reading!










Related search : Charms foundation, Charms star glow fairy face scrub, CHARMS product, testimoni scrub charms, review produk charms, review scrub charms, scrub CHARMS untuk parut jerawat, scrub jerawat

Wednesday, October 4, 2017

Rawat Masalah Kulit Dengan Scrub Madu Kelulut Habbatussauda



Sebelum ni aku dah pernah share pasal sabun RM10 madu kelulut ori yang boleh rawat macam macam masalah kulit tu kan? Kalau dah cuba sabun tu, makanya wajibalghunnah untuk pakai sekali dengan scrub dia pulak!



Scrub ni produk terbaru keluaran KhairolAzhar Network . Sama macam sabun, scrub ni pun menggunakan madu kelulut ori sebagai bahan utama. Nak kena cerita lagi ke apa kebaikan madu untuk kulit? Rasanya macam semua orang pun tahu kot . Bukan setakat untuk kulit je. Madu tu kalau minum harian pun elok sangat untuk kesihatan badan . Senang cerita, madu memang bagus lah untuk kegunaan head to toe. Yang tak bagusnya madu yang sebut dalam lagu P.Ramlee tu . Kalau madu yang tu, spesis madu bawak penyakit hahaha .



Scrub Madu Kelulut Habbatussauda



Keterangan Produk



Packaging : 
Dalam bekas jenis tin. Mudah disimpan, dan kedap . 

Tekstur : 
Sedikit kasar. Sesuai untuk kegunaan muka dan badan. Untuk muka, pastikan urut slow slow je tau . Jangan gonyoh atau sental beria. Takut lukakan kulit (secara halus). 
Dan scrub ni jenis kering sikit . So kena basahkan sikit sebelum mula 
apply dekat kulit . Kalau tak, akan kering dan susah nak buat urutan pada kulit .

Bau/Haruman : 
Bau lemon! Sedap jugak bila scrub bau lemon ni. Ala ala aromaterapi sikit .

Berat/Saiz produk : 
100g (banyak tau! berbaloi dengan harga) Tahan untuk penggunaan 2-3 bulan .

Kandungan Utama : 
Madu Kelulut dan Habbatussauda





Manfaat dan Fungsi Scrub Madu Kelulut Habbatussauda


💗 Menghaluskan kulit
💗 Mengatasi masalah kulit kering/bersisik
💗 Mencerahkan kulit
💗 Merawat selulit
💗 Mengatasi jerawat
💗 Menganjalkan kulit
💗 Melembabkan kulit
💗 Meremajakan kulit
💗 Atasi kulit berminyak
💗 Merawat kulit kusam
💗 Menjadikan kulit sentiasa bersih dan sihat

Satu benda yang aku dah mula concern bab nak pilih pilih skincare ialah , nak pastikan yang produk tu dihasilkan guna bahan bahan semulajadi je. By mean, bahan bahan yang selamat dan tak ada mendatang kesan sampingan dengan penggunaan jangka masa panjang . 


Kalau korang sama geng dengan aku, korang mesti nak kena cuba juga scrub madu kelulut habbatussauda ni sebab memang scrub ni 100% homemade je menggunakan bahan bahan yang tak berbahaya . Apa je, cuma madu, ekstrak habbatussauda, garam/gula (for exfoliation effect) , lepastu natural preservative untuk prolong shelf life scrub tu tak bagi rosak . Tu jee. Tak ada istilah methylparaben ke mercury ke apa .

Okay? Boleh tarik napas lega .

Personal Review


Aku prefer guna scrub ni untuk badan daripada guna untuk muka. And kalau guna untuk muka pun memang aku apply slow slow je, urut slow slow, manja manja sebab tekstur scrub ni kasar so untuk kulit muka macam harsh sikit . Kalau untuk badan, hah memang disarankan untuk sental sekuat hati macam sental kasut sekolah dalam keadaan marah bila mak dah bising hari Ahad tak cuci kasut lagi haha .

Sebabkan madu ada efek untuk melembapkan kulit, bila lepas je mandi/cuci muka guna scrub ni memang boleh rasa kesan serta merta and noticable changes dekat kulit . Rasa lagi lembut, and lembap je. Paling ketara dekat area lengan dengan siku lah. Sebab lately ni macam kering, kusam and kasar sikit . Lepas je menyental guna scrub ni, memang 'smooth gilerrrr' . And surprisingly aku dok istiqomah menyental siku , siku pun dah cerah tau . Makanya secara langsung scrub ni elok sangat untuk aktiviti sental menyetal apa yang kelam dan kusam pada kulit korang tu hewhewhew.

Sekarang ni nak istiqomah untuk menyental bagi nyahkan selulit pulak . Harap harap menjadilah hehe . Yang penting, istiqomahh ye adik adik .



Cara Penggunaan Scrub Madu Kelulut Ori


Simple je gais. As simple as gosok gigi . Pandai gosok gigi kan? hekhek

[✔] Lembabkan muka/badan
[✔] Ratakan scrub ke seluruh muka/badan dan gosok dengan lembut
[✔] Biarkan 2 hingga 3 minit
[✔] Bilas

Easy kan? Tak susah pun nak jaga kulit tu . Cuma kena rajin je. So kalau lepasni bagi alasan tak reti nak jaga kulit sebab leceh la, susah lah apa semua tu .. meh aku suapkan scrub ni .

Semudah , 

1) cuci dulu muka dengan sabun madu kelulut ori (ikut pilihan nak yang mana sebab ada banyak jenis untuk masalah berbeza)
2) bilas bersih
3) lepastu sambung pula dengan menggunakan scrub

Tadaaaaaa ...

Kos pulak tak cecah ratus ringgit pun .

Sabun madu kelulut baru RM10 je.
Scrub pulak RM30

Eh, dua ni baru RM40 je ha! Boleh tahan untuk penggunaan 2-3 bulan lagi . So average sehari dalam RM0.40 je awak . 

By time i'm writing this, rasanya ada promosi tau . Tapi tak pasti lah kalau kalau promosi dah habis . Tapi kalau dah habis, buat je muka sedih sedih sikit cakap "saya nak beli scrub dengan sabu ni sebab baca blog Farah . Lepas baca tu terus saya eksaited nak cuba sabun dengan scrub ni. Pelis laa bagi harga promo pelis" hewhewhew

tapi kalau memang promo dah habis, sorry gais. Tapi apalah sangat RM40 tu kan?STILL MURAH OKAY!


Promosinya , dengan setiap pembelian SCRUB MADU KELULUT HABBATUSSAUDA dapat PERCUMA 1 sabun madu kelulut!

So maksudnya apa?

Maksudnya pada harga RM30 (tak termasuk pos) , korang boleh dapatkan scrub dan sabun madu kelulut pada 1 harga!

RM37 termasuk pos (Semenanjung)
RM40 termasuk pos (Sabah/Sarawak)

Stok free gift (sabun) untuk promosi ni terhad. Jadi kalau nak tu, cepat cepat lah whatsapp admin dia (namanya Mira) 








Thanks for reading gais!







Related search : Sabun madu kelulut ori KH,Sabun madu kelulut ori KH harga,Sabun madu kelulut ori KH murah,Sabun madu kelulut ori KH malaysia, Sabun madu kelulut ori KH agen, Sabun madu kelulut ori KH agen selangor, Sabun madu kelulut ori KH agen melaka, Sabun madu kelulut ori KH testimoni, Sabun madu kelulut ori KH kesan, Sabun madu kelulut ori KH kesan negatif, Sabun madu kelulut ori KH kesan positif, Sabun madu kelulut ori KH untuk ekszema, Sabun madu kelulut ori KH jerawat, rawat ekszema, produk rawat ekszema, produk cerahkan kulit, produk jerawat, hilangkan jerawat, cara guna madu untuk jerawat, madu untuk muka, cara guna madu untuk muka, petua madu untuk jerawat, petua madu untuk kulit muka, petua madu untuk jeragat, petua daun gelenggang, petua hilangkan gatal badan, petua hilangkan kurap, petua hilangkan kayap 

Monday, October 2, 2017

Krim Profix : Ada dijual di Farmasi?


Aku ni jenis tak pandai sangat guna twitter . Tapi sekali sekala datang mood aku nak ber-twitter, mesti seminggu tu kerja nak godek twitter je. Bila aku dah bosan , tukar status idle pulak untuk sebulan haha .

So masa aku melayan twitter, aku perasan lah banyak orang retweet pasal satu produk untuk masalah kulit berjerawat berlubang . PROFIX namanya sis .



Dekat facebook rasanya belum femes lagi . Dekat instagram pun aku tengok kurang lagi . Tapi dekat twitter memang banyak sangat orang retweet & promote PROFIX ni .

Tujuan utama aku tetiba nak buat entry pasal PROFIX ni ialah disebabkan ini :




Tetiba pulak keyword pasal Profix tersesat masuk dalam blog aku .

Okaylah, bagi menjawab soalan ni. Aku tolong la buat kajian (baca : stalk) dekat twitter dan instagram yang menjual profix ni . Dan jawapannya ialah

TIDAK.

Profix tidak boleh didapati di farmasi.

Walaubagaimanapun adik kakak , difahamkan pengasas profix sekarang tengah dalam usaha dan perbincangan untuk cuba mendapat tempat dalam senarai produk 'drugstore' . Ha kiranya kalau dah diiktiraf dan dah boleh masuk market drusgtore, automatik dah senang senang boleh beli dekat farmasi, guardian, watson semua tu .

Tapi buat masa ni, belum lagi .

Yang penting, krim PROFIX ni certified by KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)  Boleh copy no kkm bawah ni dan check sendiri dekat website tu ye. 

KKM no: NOT161004778K .  
web: npra.moh.gov.my .

And diorang juga highlightkan senarai kandungan bahan dalam PROFIX ni ialah antaranya ;

1) Aqua
2)Carbomer
3)Vitamin E
4)Acb Fruit Mix
5)Phytofuse

Tak faham apa fungsi benda ni semua? Mohon google hahaha . Sebab i tak rajin nak buat post ni panjang panjang ekekek .

Kesimpulan dibuat ,  PROFIX tak ada dijual di farmasi

Aku tak guna pun profix ni . Dan entry ni bertujuan untuk tolong jawab soalan korang yang tertanya tanya profix ni ada ke idok jual dekat farmasi nun . Itu saje


Dah jelas?


Okay Bai 








Related search : profix jual farmasi, profix testimoni, kesan penggunaan profix, profix parut berlubang, berapa lama profix berkesan, cara guna profix, profix untuk masalah jerawat, profix untuk jerawat bernanah, jerawat teruk,


On My Instagram