Wednesday, October 16, 2019
Lost World Of Tambun : Sambut Halloween Bertemakan "Day Of The Dead" | Unik, Glow in The Dark & Cantik!
Masuk je bulan Oktober, mesti perasan banyak dah cerita seram seram mula keluar dekat wayang. Why? Cause it's Halloween month! Walaupun Malaysia takde buat sambutan Halloween secara besar besaran, tapi ramai yang ambil kesempatan ini untuk turut sama join the fun. Kedai cenderamata pun banyak mula jual accessories dan decoration untuk Halloween. Kalau aku still kerja dekat PayPal, masa ni lah masing masing sibuk compete dengan team lain untuk deco isle meja kerja kitorang dengan decoration yang paling spooky.
Yang paling aku ingat, deco yang seram gilaa masa tu ialah deco team night shift . Sebabkan kitorang morning shift, bila masuk office pagi tu, masing masing terkejut tengok ada pocong tergantung depan pintu hahaha. Main kasar kan? Dah la masuk office pukul 5.30 pagi. Deco team kitorang pulak? Comel comel je takat letak sarang labah labah dengan kelawar hahaha. Tak extreme langsung!
Kalau tema seram seram macam zombie, cik pon, cik poc tu dah biasa orang guna untuk Halloween, apa kata kalini kita buat kelainan sikit, jom?
Di Lost World Of Tambun, korang akan alami sambutan Halloween yang sangat sangat berbeza! Penuh dengan cahaya, dekorasi yang glow in the dark dan hiasan yang cantik! Confuse kan? Dah kenapa Halloween cantik cantik pulak ni?
Sebab tema yang dipilih Lost World of Tambun tahun ni ialah "DAY OF THE DEAD" . Kalau korang pernah tengok cerita animasi "The Book of Life" (2014) ataupun "Coco" (2017) , mesti korang akan boleh instantly relate tema ni dengan jalan cerita dalam dua filem animasi ni.
Starlight Carnival @ Genting Highlands
Rasanya dah dekat 10 tahun kot tak sampai atas Genting Highlands ni. Selalu aku datang pun takat sampai Genting Premium Outlet je, tu pun masa on the way nak balik Kuantan. So yass, kali ni aku pujuk Hilmi & ajak dia naik sampai atas hehehe.
Kitorang pergi weekend lepas. Memang dah lama plan nak jalan jalan Genting Highlands ni tapi selalu macam terfikir, "nak buat aktiviti apa eh?" . Since kitorang dua dua bukan la jenis yang minat nak main theme park sangat. so kalau setakat naik atas tapi tak buat apa apa, rasa hambar pulak.
Since aku dapat tahu yang 'Starlight Carnival' dah bermula, so ni la masa terbaik nak jalan jalan dekat Genting tuu.
Starlight Carnival secara ringkasnya ialah sebuah festival yang diadakan di ruangan terbuka, dimana konsepnya dekat sini, untuk korang boleh having fun dibawah cahaya bintang bintang gitew. Ianya cuma available setiap hari Khamis, Jumaat (6pm-12am) dan Sabtu (3pm-1am) sahaja dan berlangsung selama 3 minggu, sampailah 2 November 2019.
Subscribe to:
Posts (Atom)