Saturday, April 6, 2019
Yuran Pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Yang Rendah : Pekerjaan Segera di Singapura!
Institut CECE Buka Pengambilan Pelajar | Selaras dengan perkembangan sistem Pendidikan Awal Kanak-kanak yang pesat mutakhir ini, semakin ramai ibu bapa kini lebih mengutamakan konsep pembelajaran yang lebih profesional dan holistik pada peringkat pendidikan awal anak-anak mereka. Pendidikan prasekolah berperanan penting dalam keseluruhan sistem pendidikan kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak pada usia awal semakin dititikberatkan.
Oleh demikian, permintaan untuk tenaga pengajar yang berkualiti serta profesional pada tahap perkembangan awal kanak-kanak adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan zaman sebelum ini.
Peringkat awal kanak-kanak merupakan fasa perkembangan intelektual dan asas perkembangan keperibadian seseorang insan. Pendidikan pada tahap awal ini amat penting bagi pembentukan persepsi dan nilai murni serta penyemaian tabiat mulia dalam sanubari anak-anak kecil.
Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak memerlukan seorang pendidik yang boleh membimbing mereka secara komprehensif. Maka, pengajar pada tahap pendidikan prasekolah wajiblah memiliki pengetahuan dan kemahiran pengajaran yang bertaraf tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)