Tuesday, April 26, 2016

Fenomena Jubah Kungfu! - Rizq Design @ Jubah Lelaki Moden



Sekarang ni fenomena berjubah bukan setakat digilai gegadis je , malahan dalam kalangan lelaki pun dah ramai mula suka berjubah. Ha bagus lah kan? Kan berjubah ni pakaian sunnah .

Bilamana lelaki rasa terpikat dan cayerrr tengok gegadis berjubah, gegadis juga terkesima melihat si jejaka berjubah - ewah. Terus bagi bagi hint dekat mak nak cari calon suami berjubah kehkehkeh.

Apa kata untuk raya tahun ni, kita buat satu revolusi dalam berbaju raya. Bagi satu family semua berjubah. Amacam, best tak? Biar semua pakai jubah - mak, ayah, atuk, nenek , mak su , pak long blablabla . Fuhh meriah kan?

Ekceli nak cari baju raya untuk perempuan sangat lah senang (tapi selalu mengadu cakap tak jumpa baju kahkah) sebaliknya yang susah nak cari baju ialah bagi golongan lelaki . Balik balik baju melayu jee , design pun sama je. Tak cakap pun nak suruh lupakan pakaian tradisi tu, tapi sekali sekala tukar taste sikit , okay kan? Pendek kata - entri ni aku nak menyeru buat abam abam diluar sana untuk berjubah hehew. (sejuk mata I, eh! haha)

On My Instagram