Wednesday, July 17, 2019
Tips Pakai Lens Tak Pedih Mata Dan Tak Rasa Berpasir
Sebelum ni, aku ialah golongan anti lens hahaha. Hanya disebabkan bila aku pakai lens, mata aku pedih dan merah, aku terus marah lalu berlari ke pantai .. #tiber. okay sambung, aku terus marah dah aku rasa macam aku tak ditakdirkan untuk pakai lens. Sobs.
Aku dah cuba bermacam jenis lens. Yang mahal, yang murah. Yang iklan masuk tv, yang dekat uptown. Yang tahan 3 bulan, yang disposable sekali pakai je. Hey aku dah try semuaa! Yang cakap water content tinggi bla bla. Aku try jugak. Cap cap yang dekat optic store tu pun majority aku dah cuba. TAPI PEDIH JUGAK!!!
Aku boleh pakai maximum 2 jam. Itu pun mata dah merah macam nak menangis. Hidung pun berair. Lepastu mata rasa berpasir. Tendency nak gonyoh mata tu tinggi walaupun aku selalu halang dari usik mata, tapi mesti aku usik juga sebab tak selesa.
Dah habis cerita pasal pengalaman aku. Now, kita kearah dapatkan jalan penyelesaian.
Haritu aku ternampak kawan aku share yang mata dia pun pedih pakai lens BILA.... dia rinse lens tu sebelum pakai guna multi-purpose solution. Okay, memang multi purpose solution untuk sesuai untuk rub, store and rinse. Tapi maybe la untuk setengah orang, mata sensitif dan tak sesuai. Macam aku.
Maka penyelesaiannya ialah , gunakan SALINE SOLUTION. Harga saline ni murah berbanding multipurpose solution. Tapi guna hanya untuk RINSE/ BILAS sahaja taw. Jangan guna untuk simpan lens. Bila aku ikut cara ni, automatik aku boleh pakai lens berjam jam lamanya. Sebab tula ko perhati ig aku, gambar semua lately pakai lens je haha. Dasar tak mengaku melayu mata hitam (eh mata aku coklat :p )
aku pakai yang ni (ini murah je, biasa one set macam ni dalam below RM20 kalau tak silap) |
Subscribe to:
Posts (Atom)