Tuesday, April 23, 2019

Victoria Sloane Lancarkan Koleksi Spring Summer 2019

Hello para wanita cantik sekalian yang membaca belog ini, tahulah bahawasanya , you're beautiful, and awesome! tak kisah apa warna kulit, apa size badan, kita semua cantikkkk. betul kann?

Gitu. Perenggan awal dimulai dengan ayat ayat positif ya. Baru lah perenggan seterusnya dibaca dengan hati yang senang dan gembira hehe.

Post kali ni bercerita pasal handbag. Bukan sebarang bag tapi dari jenama Victoria Sloane. Gitu, nama dia internasional ya adik adik, tapi tahukah anda ianya MALAYSIAN MADE wehooo! Pengasasnya ialah Rita Dato' Sosilawati dan minggu lepas, iols dapat jemputan untuk ke hari pelancaran koleksi Victoria Sloane yang terbaru iaitu koleksi "Spring Summer 2019" di The Majapahit @ Marc Residence, KLCC

Rita Dato' Sosilawati


Awalnya aku ingatkan majlis ni cuma dikalangan rakan media dan blogger je, tapi alangkah terkejut dan potatonya aku bila sampai, omgeeee ramainya artis! Perasaan dia seakan melangkah ke lounge tempat artis artis lepak before nak jalan dekat red carpet nak pergi malam anugerah tau. Even Rita sendiri pun cakap dia tak sangka ramai rakan artis dan media hadirkan diri pada hari tu. Memang meriah dan buatkan lagi meriah tu sebab ramai teruja tengok koleksi terbaru rekaan handbag Victoria Sloane. To be honest, mula mula tu aku macam agak sceptical. Fikir macam "ohh balik balik mesti design sama je" but nope, aku salah. SEMUA CANTIK OKAAAY?

In photo : Warwick handbag

On My Instagram