Pada yang sedia maklum atau pun belum maklum, biar aku maklumkan. Aku sejenis yang 'noob' bab memasak. Tapi aku bukan la kategori tahap goreng telur pun hangus k. Telur aku masih kelihatan telur saat selesai digoreng, begitu juga untuk ayam, ikan, dan sekalian seafood.
Nak kata aku tak reti masak, aku rasa aku reti je. Cuma takde variasi lah. Ada setengah masakan je aku reti and aku repeat sampai kesudah masak tu jeee wakakaka.
Sesejak kahwin dengan Hilmi ni lagi lah limited aktiviti masak memasak aku ni. Sebab dia yang conquer kitchen. Semua dia nak buat. So aku pun suka la wakakaka.
Pun begitu, masih menjadi tanggung jawab bini bini seantero dunia untuk masak untuk suami meskipun suami kau juara Masterchef. Tak Gituh?
Makanya bodo bodo pun aku masak lah jugak. Last time resepi terakhir aku update dalam blog ni : Sotong butter, Ha nampak tak yang aku dengan hilmi ni sejenis penggemar masakan base butter butter .
So, kali ni, segmen #dapurnoob turut membawakan edisi masak butter iaituuuuuu,
RESEPI AYAM BUTTERMILK SENANG GILA TAK PANDAI MASAK PUN GERENTI JADI
*hahaha amboi tajuk resepi*
Bahan bahan pun simple. Satu kekangan yang mungkin muncul ialah bagi mendapatkan :
- Daun Kari
- Susu Cair
(eh dua pulak)
Tapi biasanya kedai runcit depan rumah tu ada je jual. Daun kari, minta la ihsan rumah sebelah . Kalau duduk dekat area rumah aku, moh singgah NSK sat.
Ok let's masakkk!
Bahan bahannya :
Dada ayam (potong kecik kecik)
Untuk perap/goreng ayam : (lain orang lain versi , ni versi 'asal boleh')
salut kan dengan tepung gandum + garam + lada sulah
*(nak lagi sedap boleh goreng salut telur tapi kalau takde telur pun shedapp dah)
Bahan untuk kuah buttermilk :
2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
bawang besar
bawang putih
1 cawan susu cair
cili api (ikut nak pedas macam mana)
garam gula secukupnya
chicken stock (kalau nak)
wow flatlay bahan bahan masakan |
Cara masak
First thing first, penting bagi mendalami fundamental menggoreng. Nak goreng kena pastikan minyak panas, baru masukkan ayam. Kalau tak, nanti soggy
- Potong isi/dada ayam kecik kecik (bite size)
- Salutkan dengan campuran tepung gandum + tepung jagung + garam tadi
Goreng ayam dulu kawan kawan . |
- Panaskan minyak dan goreng
- Ayam takpayah goreng garing sangat. Takut keras.
- Dah siap goreng, angkat dan toskan minyak
Untuk kuah buttermilk
- Masukkan butter, cairkan. Jangan sampai hangit
- Tumis bawang bawang sampai naik bau
Cairkan butter - Tumis bawang, lepastu masukkan daun kari, cili dan teman temannya |
- Masukkan cili padi + daun kari
- Masukkan susu cair (kalau nak pekat, boleh tambah tepung jagung sikit)
Okay tuang susu cayerr |
- Perasakan dengan garam/pati ayam etc ikut suka tekak anda
- Lepastu boleh masukkan ayam dan gaul. Kalau taknak, boleh tuang atas ayam je. Ikut la mana suka
Hidang dalam tupperware je wak, senang simpan bila tak habis makan ahak ahak. Cili versi 'lantak kau lah' campak semua spesis yang wujud di rumah |
Yang dalam gambar ni aku top atas ayam je.
Hasilnya, sedapp wak!
Boleh makan dengan nasi. Tapi dekat Damansara ni ada satu restoran ni dia serve Ayam Buttermilk ni makan dengan Indomie. Sedap gak wey. Indomie tu beli je instant Mi Goreng jenama SEDAP tu. Ngam!
Related search : resepi ayam buttermilk, buttermilk chicken resipi, resepi ayam butter senang, resepi ayam buttermilk sedap, resipi ayam buttermilk, resipi ayam butter simple, resipi ayam buttermilk mudah
4 comments
resepi campak campak pastu simple simple, mmg best nak try coz I pun tak reti nak masak2 sgt, so resepi mudah mmg favorite...
ReplyDeletesedap ni , antara makanan feveret CCL
ReplyDeletesedapnya ayam buttermilk.. tak pernah buat dan tak pernah makan lagi.. nampak nyum2.. haha.. Farah ni macam TB laaa.. kalau hidang mesti cari bekas yang berpenutup.. kalau dah takde mesti TB amik je Tupperware.. hidang je dalam tupperware tu.. huhuhu.. tak habis boleh terus tutup dan simpan dalam peti sejuk.. kennnnn.. hehehe..
ReplyDeletesedapppnya..simple je kan.tapi sedap
ReplyDelete