Thursday, October 20, 2016

Seminggu bercuti di hospital : Part 1

Hello !

Menulis dari katil hospital . Kahkah drama sangat . Awal awal ayat dah drama hewhew .



Long story short , nak bagitahu ... aku masuk hospital . Yay!

Walaupun kau tak kisah , tapi aku nak cerita jugak . Kenapa aku masuk hospital? Sakit apa? Hospital mana? Seronok ke? Blablabla .

Harini je dah masuk hari ke 4 aku warded dekat Tropicana Medical Centre .





"Kau sakit apa Farah? Zika ke?" 




Haha . Mentang mentang Zika tengah femes sekarang , main petik je cakap aku kena virus Zika . Ceh

Sebenarnya aku menderita (ewah) sakit bengkak buah pinggang . Dimana, bengkak tu terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman . Macam mana boleh kena jangkitan kuman tu?? Hm.. aku pun tak pasti . Ni pun aku tak habis consult lagi dengan doktor . Sekali sehari je jumpa dia, tu pun tak sempat nak tanya macam macam . Tapi generally , jangkitan kuman ni boleh disebabkan oleh kurangnya minum air dan sumber air tak bersih . Yeke? Entah . Aku pun main cakap je ni hahaha . Kalau salah jangan marah . Kau pergi google sendiri sana .

Apa simptom simptom yang aku alami?

Masa hari jumaat tu , aku dah mula rasa tak sedap badan . Rasa macam perut masuk angin dan badan pun mula rasa macam nak demam . Tapi masa tu aku buat tak tahu je . Makan panadol jelah nak bagi demam tu elok . Sabtu pagi tu pulak .. aku sihat je . Siap boleh joget joget lagi sambil gulung popia (aku intern kerja gulung popia .. takpe ni cerita kemudian) 

Malam nya tu .. pun aku rasa okay je. Takde rasa lapar, takde sakit perut , takde kesukaran nak kencing . Normal jeee ...

Dalam pukul 8.30 malam macam tu, aku ikut makcik aku keluar makan . Masa on the way dalam kereta tu lah , tetiba jee ... memang tetiba sangat ... aku rasa perut masuk angin yang teramat sangat . Yang peliknya , masuk angin dan sakit tu bukan dekat seluruh perut . Tapi dekat bahagian kiri je . Daripada tengah perut , dan keseluruhan bahagian kiri sampai tepi rusuk . Sakit dia memang mencabar dan buat aku berpeluh peluh haha . Masa sampai je dekat restoran tu , aku terus pergi toilet . Sebab aku ni memang kategori perut cepat sebu atau masuk angin . Dan biasanya aku paksa diri untuk muntah je nak bagi lega sikit .

Maka nya, aku pun gigih la tepuk tepuk dada , siap jolok tekak dengan jari lagi nak bagi muntah .. tapi tak berhasil . Perut pulak makin sakit . Rasa sakit tu makin menyucuk sampaikan aku nak jalan pun sakit .. nak tarik nafas pun sakit ... dan telan air liur pun sakit ...

Bila keluar dari toilet , aku dah rasa nak pengsan . Mengadu pada makcik, lepastu dia suruh pakcik aku tengokkan kot kot ada minyak angin dalam kereta . Alhamdulillah ada lah tiger balm . So, aku sapu dulu dan rasa sakit tu beransur kurang ... 

Image result for tiger balm


Lepas dah habis makan , aku cuba nak sendawa dan rasa sakit tu datang semula . Sakit dia memang sakit gila lah . Menyucuk dekat ulu hati , bawah perut dan dekat rusuk sekali . Aku cuba je tahan sakit sampai dekat rumah . Bila sampai rumah , aku terus siap siap untuk tidur . Sapu minyak angin dekat tapak kaki dan pakai stokin . Dengan harapan esok pagi angin tu hilang lah . 

Tapi anggapanku salah belaka .. haha

Malam tu nak tidur pun aku dah start rasa sakit . Tapi sebabkan mengantuk , aku malas layan sangat rasa sakit tu . Walaupun asyik terbangun terbangun je waktu tidur .. aku rasakan benda ni normal .

Esoknya pula, hari Ahad .. aku dengan Hilmi memang dah plan nak attend wedding kawan kitorang dekat Kelana Jaya. Dekat dah tu dengan Paradigm Mall . Aku yang pada masa tu memang dah sakit, gigih jugak nak pergi sebab Hilmi dah offer nak bawak aku pergi Paradigm Mall and jenjalan dekat Sephora kahkah . Demi Sephora weh ku gagahi ... 


Dalam pada sakit tu pun aku gigih mekap bagai . Walaupun tangan mengigil gigil nak lukis kening , tapi kekentalan tu memang terpahat pada dahi aku :p



Bila sampai dekat wedding tu pun , aku dah start makin lemah and makin lemah . Sebab sakit tu makin kuat . Nak berjalan pun aku terpaksa tekan dan cengkam rusuk kiri untuk support bagi tak sakit sangat . Masa dekat majlis tu pun aku tak mampu nak berborak sangat . Makan pun tak larat . Minum air pun rasa sakit . Campur dengan rasa nak marah dengan 'angin' yang tak reti reti cari jalan keluar .

Sebabkan muka aku pun dah pucat , dah berpeluh peluh lagi .. Hilmi decide untuk hantar aku balik . Sedih weh , tak dapat pergi Sephora . Aku pandang sayu je bumbung Paradigm Mall tu masa lalu depan time nak balik tu hahaha . Takpelah , dah sakit kan. Nak buat camner. Kang pengsan dalam Sephora tak ke lagi haru biru?

Macam macam cara dah aku buat untuk hilangkan rasa sakit tu. Minum Gaviscon , minum Eno halia , minum air garam , makan ubat arang , makan ubat berasaskan bawang putih , makan kapsul habbatussauda  ... satu pun tak kurangkan rasa sakit aku .

Bila malam Ahad tu, aku dah makin sakit . Nak solat pun menangis bila nak sujud sebab menyucuk yang amat sangat . Telefon Mama pun dah nangis nangis dan Mama dah bising suruh aku pergi klinik . Aku pulak degil taknak pergi sebab kononnya nak bertahan dan pergi esoknya (Isnin) supaya boleh dapat MC. hahaha kejinya . Sanggup tahan sakit semata mata nak MC :P

Tapi lama lama, aku dah taktahan sangat . Aku pun ikut jelah cakap Mama dan pergi klinik dekat dengan kawasan rumah aku . 

Masa doktor tu check , dia cakap yang aku ni mungkin gastrik . Aku pulak taktahu gastrik tu rasa dia macam mana sebab sebelum ni aku tak pernah pulak gastrik . Jadi, bila dia cakap aku gastrik .. aku angguk angguk tanda setuju jela.

Tapi dia pesan , kalau dalam masa sejam lepas makan ubat takde perubahan juga .. dia suruh terus ke hospital . Bila dah balik tu, aku terus makan ubat dan siap siap untuk tidur. Dengan harapan sakit aku ni lesap dalam tempoh sejam . 

Aku makan ubat , dan cuba baring . Tapi masa baring tu pun dah rasa sakit sangat sangat . Aku dah tak boleh baring , mengiring kiri dan kanan .. memang sakit sangat sangat . Sambil menangis tahan sakit , aku pun tertidur sebab keletihan .

Makcik aku pulak tak ada dekat rumah sebab balik kampung (aku duduk dengan makcik) .. dan sampai rumah dalam pukul 12 malam macam tu . Bila dia sampai , dia masuk bilik dan tanya aku okay ke tak . Masa tu aku baru je dapat lelap . So rasa sakit tu macam kurang sikit . Maka dengan eksyen nya aku cakap aku okay jurrrr .

Tapi .. tak lama lepastu dalam pukul 1 pagi , aku start rasa sakit semula . Makin lama makin kuat , makin tak boleh tidur , makin menangis . Masa ni dah merepek repek dah aku cakap apa ntah . Nama Mama, nama Ayah semua keluar kakakakaa . Dalam masa sakit tu, aku gigihkan tukar baju , dan pakai tudung . Siap siap kononnya anytime je aku nak terus pergi hospital . Tapi memandangkan hari dah pukul 2-3 pagi , aku jadi tak sampai hati nak kejut makcik aku untuk hantar pergi hospital. Lagipun .. dia baru je sampai rumah pukul 12 tadi. Mesti dia letih .

So seorang Farah yang considerate dan bengap dalam masa yang sama , telah menahan sakit untuk berjam jam sampailah pukul 7 pagi macam tu . dah nak pengsan baru surrender dan ajak makcik pergi hospital kahkah . 

Aku ke hospital dalam pukul 8 pagi , dan terus ke bahagian kecemasan . Cemas weh, aku sakit cam nak tercabut urat kentut dah ni . Tapi buat kan lagi bengang bila aku spend 40 minit dekat bahagian registration padahal masa tu ada 2 orang je dekat emergency. Aku, dengan sorang lagi patient.

Mungkin dia tengok aku pegang pegang perut tu,dia ingat aku period pain je kot. Sebab tu saje je buat keje slow slow. Aku dah menyirap je masa tu. Rasa nak lempar wheelchair pun ada. Tapi sis sabar je hahaha .


Dalam pukul 9 pagi baru nama aku dipanggil . Dia check tekanan darah , berat dan blabla lepastu terus bawa aku ke katil untuk dapatkan rawatan seterusnya .

Masa tu doktor yang handle kes emergency ialah Doktor Ong. Entah eh rasa betul dah nama dia Doktor Ong haha. Kalau salah sorry lah eh .

Bila aku terangkan kat dia blablabla macam cerita dekat atas ni, dia buat kesimpulan yang buah pinggang aku yang bermasalah .

"Whattt?"

Aku tak expect langsung sakit ni ada kaitan dengan buah pinggang. Ingatkan gastrik kronik ke apa kan. So dia arahkan untuk aku ambil ujian darah, ujian air kencing dan scan (CTU) . CTU -- CT Urography ialah satu procedure yang khas untuk scan masalah pada buah pinggang , pundi kencing dan kawasan kawasan sewaktu dengannya . Aku jakun sikit masa CTU ni sebab feeling macam dalam cerita Doctors. Baring .. lepastu jalan bawah gelung besar kakakaka . Selalu buat Xray je. Bila dapat scan camni, rasa excited haha .

Image result for ct scan

Proses nak tahu apa masalah aku pun berjam jam lamanya. Masuk dalam pukul 9 pagi, dekat pukul 1 tengahari baru dapat confirmkan yang memang aku masalah pada buah pinggang iaitu jangkitan kuman. Dan automatiknya, aku diarahkan untuk ditahan di wad.

Aku nak MC sehari je . sekali dapat MC seminggu terus hahahaha . Apakah ini ujian atau rezeki? Kakakak .


Proses nak masuk wad pun ambil masa sejam jugak . Dan akhirnya dalam pukul 3 macam tu baru aku dapat bilik . 

Masa dekat Emergency tu , doktor memang dah prescribed siap siap ubat tahan sakit. Jadi, sakit dekat rusuk tu dah makin 'bearable'. Kalau tak, aku nak baring pun tak boleh . 

Walaupun sampai masa aku tengah menulis ni pun, rasa sakit tu ada lagi .. tapi Alhamdulillah aku dah mampu tidur dengan lena (walaupun takdelah lena mana sebab asyik kena kejut dengan nurse je haha) .

Okay, cukup kot sampai sini dulu . Nanti aku tulis lagi satu entry dan cerita pasal tetiba pulak usus aku ada problem dan kena buat Endoscopy (procedure masukkan camera dalam perut) yang sangat 'menarik' hahahaha .

Nak pergi jumpa doktor pulak untuk checkup . bye gais! Thanks for reading & doakan iols sihat cepat k?


tropicana medical centre, bengkak buah pinggang, simptom bengkak buah pinggang, jangkitan kuman buah pinggang, hospital tropicana, hospital damansara, hospital kota damansara, buah pinggang bengkak, sakit semasa kencing, kencing kotor, kencing tidak lawas, buah pinggang kuman, kuman dalam buah pinggang, endoscopy, prosedur endoscopy, endoscopy cara, usus bengkak, usus luka, usus merah, gastrik teruk, gastrik kronik, 

On My Instagram