Thursday, September 28, 2017

Susu Miruku : Dah la sedap rasa strawberry, elok untuk kulit pulak tu!


Lately macam banyak gila kot produk yang berasaskan susu susu ni . Aku perasan dekat instagram lah ramai promosikan susu yang specifically guna untuk tujuan kesihatan dan kecantikan . Kalau sebelum ni susu cuma untuk bekalkan kalsium untuk tulang , sekarang dah boleh untuk cerahkan kulit jugak .

Aku kalau benda susu susu ni tak berapa nak suka . Sebab tekak ni memang tak boleh nak telan susu yang original tu . Kalau susu berperisa macam coklat ke, strawberry ke, ha yang tu takpe. Tapi kalau susu plain putih tu memang bau je pun aku dah nak muntah .

So baru baru ni aku saje lah go through instagram online shop , nak survey survey produk suplemen apa yang tengah hot sekarang ni , yang berkesan dan bagus untuk kulit . Dan sebabkan sekarang ni dah masuk trend susu , maka banyak lah brand macam macam jenis susu kecantikan yang ada .

Tapi ada satu jenama ni je yang aku tertarik nak cuba , iaitu susu Miruku .


First, sebab bunyi dia macam bahasa jepun . Aku sendiri tak sure apa maksud Miruku tu so aku pun google lah . Rupanya Miruku ni bermaksud 'susu' . Hahaha as simple as that .

Aku ingatkan macam maksud 'beautiful skin' ke, 'glowing' ke apa. Sebab well, typical lah kan produk kecantikan sekarang semua nak guna perkataan perkataan yang kebaboom symbolises good skin features macam 'flawless' , 'glowing' , 'fair' , 'white', blablabla . Tapi yang ni macam 'MIRUKU' = SUSU . good point!

Apa yang buatkan aku rasa macam nak cuba Miruku ni ofc lah sebab terpengaruh dengan testimoni testimoni dia hahaha , plus aku suka bila dia highlight kan yang susu ni tanpa tambahan collagen . Sebab for some people, tak sesuai untuk badan terima collagen dari sumber luar , dan ada juga aku terbaca yang collagen collagen ni sebenarnya tak elok . 

Kandungan collagen yang melampau tinggi dalam produk kecantikan sebenarnya boleh membunuh dalam diam hokeh . Why baby why?


Sebab pengambilan collagen berlebihan boleh bagi kesan pada fungsi hati dan juga buah pinggang. Kalau rosak salah satu ni, seksa hidup wey. Makanya , bila nak ambik apa apa supplement tu, tolong la rerajin google sikit, baca review, baca blog farah dafri (eh! haha) .. study sikit either product tu berkelulusan ke tak. Kalau produk yang banyak campur benda benda tak elok, ataupun kandungan sesuatu bahan tu terlalu tinggi dan tak sesuai dengan badan kita, confirm KKM takkan luluskan. That's why lahh penting diknon semua ye untuk pastikan suplemen ke, skincare ke apa benda korang guna untuk tujuan kecantikan tu diiktiraf KKM. Muka & badan nak pakai lama tau!


Aku takdelah mendambakan kulit putih melepak sampai gila babas macam vampire tu . Tapi lebih kepada nak brighter complexion . Nak kulit cerah yang kalau tak pakai makeup , nampak kemerahan semula jadi macam ikut aliran darah gittew . Baru lah kulit nampak sihat .

Makanya aku cubalah susu Miruku white ni , sebagai percubaan lah kan . Lagipun orang kata kadar penyerapan suplemen yang jenis bancuh atau minum ni lagi cepat daripada jenis dalam bentuk pil atau kapsul . Cumanya nak membancuh nya lah yang leceh sikit . Kena pastikan hari hari rajinnn . Nasib lah rasa dia sedap, so tiap tiap hari pun eksaited nak bancuh dan minum .



Sedap! Perisa strawberry 


Susu ni rasa strawberry! Mula mula aku expect macam rasa dia manis gila macam susu strawberry dutch lady tu, tapi turn out rasa dia dap dap elok jee . Very mild milk taste . Tak manis sangat, tak tawar . Rasa dia macam kau makan gula gula susu yang selalu dekat packaging ada gambar lembu tuuu . Aku selalu beli gula gula tu dekat van orang meniaga depan sekolah masa kecik kecik dulu hahah .


Okay back to Miruku .

Antara kelebihan susu Miruku ni yang aku baca dekat website/instagram page dia ialah :



Sebenarnya , salah satu benda aku suka kesan lepas amalkan Miruku ni ialah ; LAWAS!

Hahaha best okay! Sebabkan pemakanan aku ni merapu rapu, jadi kurang lawas. Angin dalam badan pun banyak. Lepastu mula lah cepat pedih perut, rasa nak muntah lah pening lah apa . Tak memasal bagi harapan palsu tau haha .

Kesan/Feedback amalkan sebotol Miruku

Aku bancuh Miruku ni waktu malam je, sebab pagi pagi tak sempat .  Sebabkan susu Miruku ni pun memang sedap, so aku jadi seronok nak bancuh tiap tiap malam .


Dari segi kulit aku tak dapat nak bagi feedback keseluruhan lagi . Sebab aku tengok dok guna Bougas Beauty Serum untuk kulit . Tapi overall yang aku perasan kulit tangan / kaki dah makin lembap. Tak kering macam biasa . And macam perasan jugak kulit macam dah cerah sikit . Tapi takboleh nak conclude cepat sangat sebab aku minum pun tak habis sebotol lagi . Kang korang kecam pulak cakap aku sembang lebat . Bagi menghalang sebarang spekulasi, feedback aku macam yang aku mention tadi tu jela. Tak sampai level putih melepak bak instafemes 120k followers lagi . eheheek


Tapi aku dok perhati testimoni Miruku ni boleh tahan banyak jugak . Lagi lagi untuk rawat masalah jerawat dengan jeragat. Dan ramai yang cakap dapat nampak kesan ketara lepas 1 botol habis . Ni mesti diorang spesis minum 3 Liter air hari hari . Biasanya yang jenis rajin minum air ni memang express gilo nampak result weh . Serious tak tipu . 

Aku tak reti lah minum air banyak banyak sangat ni . Paling paling pun mampu 2 liter lebih je . 3 liter tu sekali sekala je time time aku batuk ke apa ha banyak lah air aku minum . Kalau tak, memang sikit gila aku minum air kosong . Sebab tu la kadar serapan suplemen dekat badan aku ni slow . Korang kalau nak salahkan kata produk tak berkesan, cuba check balik ; korang minum air banyak ke tak? Kalau asyik minum air coke je, dalam berkerak memang kirim salam je la togok 15 tong Miruku ni pun belum tentu nampak result haha .

Susu Miruku dengan ekstrak tomato , madu dan kurma

Lagi yang aku suka pasal Miruku ni ialah bahan bahan dalam susu ni . Ada ekstrak tomato , kurma , madu , delima dan banyak lagi . Nampak kan bahan bahan ni semua nya sah sah lah benda yang kita sedia maklum memang ada khasiat tersendiri . So nak amalkan pun rasa konfiden je . Kalau tak nak baca ingredients pun berbelit lidah hatta diri sendiri student chemical engineering tapi bila baca senarai preservatives and ingredients, aku sendiri pun tetiba jadi noob haha .


Testimoni Pengguna Miruku






Cara Pengambilan Susu Miruku

Sebotol ni boleh tahan untuk penggunaan sebulan. Tapi tengok jugakla berapa banyak korang bancuh. Kalau rasa macam 'apeni sedap sangat ni, nak bancuh 3 skoop lah' , tu ko punya pasal lah . Tapi kalau habis cepat jangan bising pulak haha .

Cara pengambilan Miruku ni simple je ;

2 kali sehari -  1kali sebelum sarapan , 1 kali lagi malam sebelum tidur
Sekali bancuh tu , 2 skoop . Kadang aku bancuh 1 skoop haha kedekut :p

Sebenarnya ada berlambak testimoni Miruku ni, saje je aku taknak letak kat sini , nak bagi korang gi jalan jalan sikit dekat instagram & website diorang ekekeke . Dekat sana banyak testimoni bergambar yang power power. Melepak putih sampai pinkish masing masing tau . Jeles sisturr 


Soalan sekarang, dekat mana nak beli Miruku ni?

Aku tak sure diorang punya dealer sah dekat mana, so untuk kepastian better dapatkan senarai pengedar daripada HQ Miruku ni . Jangan nak beli sembarangan ye, sebab takut takut fake pulak .

Instagram: @mirukuwhite_hq
















 Thanks for reading gais!














Related Search : Miruku White, Putih Sampai Pinkish, Pinkish, Susu, Jerawat, Jeragat, Vitamin C, Alif Aziz, Susu Miruku Testimoni, Testimoni susu miruku, miruku tanpa kolagen, bahaya kolagen, bahaya produk ada kolagen, kesan buruk kolagen, kolagen dalam suplemen membunuh, miruku kkm, susu putihkan kulit, tips putihkan kulit, tips cerah kulit, tips cantikkan kulit, kulit putih pinkish, miruku susu strawberry, sedap ke susu miruku

Friday, September 8, 2017

B.LIV O2 BUBBLY BRIGHT OXYGENATING MASK & NANO BIO-CELLULOSE MASK REVIEW


Rasa macam tak terkejar dah dengan trend kecantikan ni. Tapi apa pun kenalah ikut juga sebab nak cantik punya pasal kan? muehehe .

Dalam banyak banyak steps dalam skincare routine, I paling suka bab pakai mask!

Mask sekarang ni dah ada dalam macam macam jenis. Antaranya, sheet mask, peel off mask, wash off mask, sleeping mask .. Tinggal nak pilih je .

I tried lots of brands and types, and this time  I nak share pulak pasal mask daripada brand b.liv

Nama b.liv ni dah selalu dengar, selalu ternampak dekat SaSa dengan Hermo. Tapi takpernah terdetik nak beli atau cuba. Maybe sebab tak higly raved kot (amboi nak kena viral baru sibuk nak beli hahaha), and walaupun produk ni daripada Korea, dia punya marketing tak seberia jenama jenama macam Laneige, Innisfree semua tu .

But it's okay. Let's give it a try. Sebab b.liv ni bukan calang calang brand wey. Sebelum nak mula dijual di pasaran, diorang akan buat macam macam test dulu k dan diuji oleh 200 professional skincare centre. Maksudnya apa? Maksudnya kerisauan produk ada merkuri ke apa macam dalam krim kilo yang jual dekat pasar malam tu tak ada! Dijamin selamat .

I'm so glad that b.liv sent me some of their masks ranges for me to try, sebab ini lah masanya I nak tahu sama ada b.liv bagus ke tak, berbaloi ke tak, patut repurchased ke tak . Kan? Sebab I've never tried one! *rugi rugi* , orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA YADEK MANIS


So basically there's two products that they sent to me to try out (or should I say 4?)

1. b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenated Mask
2. Nano Bio-Cellulose Mask (3 diff types and benefits;)

  • b.liv Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask
  • b.liv Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask
  • b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask




b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenating Mask


Ini dalam bentuk wash off mask . Apply dekat muka , tunggu 10-15 minit dan bilas .

But the fun part is , mask ni berbuih buih weh . Oxygenated mask kan nama dia . Masa mula mula dah ratakan dekat muka , buih akan mula terhasil . Ha masa ni geli geli je muka . Rasa macam time tu la kau nak garu kening la, garu hidung lah haha . Tapi seronok! And sebabkan bubble tu macam meletup letup (bubbly) , rasa macam mask tu gerak gerak pulak dekat muka .



I keep constantly pergi tengok cermin sebab rasa macam mask tu meleleh hahaha padahal tak punn . Tapi buih dia tak la terusan berbuih sampai esok pagi ekekeke . Dalam 5 minit je kot berbuih nya. Lepas tu hilang dah . Once dah stop bubbly , boleh mula massage lagi sikit muka tu dan lepastu bilassssss . As simple as that .




Mask ni ada red soft beads , fungsinya untuk exfoliations ( pengelupasan ) . Jadinya dalam tempoh ber-mask tu, sambil massage-massage muka , sambil buat gentle exfoliation pada kulit juga . Very gentle ya, the beads tu macam rasa tak rasa je dekat kulit . But it's visible lah. Boleh nampak biji-biji warna merah dekat gel mask ni.


Product Details 

Product Name : O2 Bubbly Bright Oxygenated Mask
Size: 50 g
Price: RM 99.00



Main ingredients :

 O2 Bubble
 Rice powder
 Red soft beads


Fungsi utama b.liv O2 Bubbly Bright Oxygenated Mask ni ialah untuk ;



Purifying + brightening + exfoliating
(membersihkan , mencerahkan , pengelupasan)




Membersihkan dan Pengelupasan?

Ya. Benar , produk ini lakukan apa yang diperkatakan
(yes, it did what it claims) haha LOL XD

Serious cakap, memang boleh rasa kulit sangat bersih, refreshed dan lebih lembut (yela sebab dah exfoliate kan) , and bonus point for this mask - it does instantly brighten my skin too!

How to use this mask?

Mula mula scoop out dulu gunakan small scoop/spatula yang disediakan . 
Tak payah banyak banyak pun 


Next, boleh campur air sikit untuk bagi gel tu mula bertindak balas. Masa ni massage dulu satu muka, bila dah sudah. Biarkan je and it will start to bubble!


Blub blub blub *bubble sound


Lepas few minutes, dia akan stop bubbling dah. and slowly dissapear (or penetrate into our skin)
Dah cukup 10 minit, boleh la massage sikit lagi dan bilas .


Look at the difference!
Cerah instantly! Bila sapu dekat tangan baru jelas sikit perbezaan. 
Yang dekat muka I try ambil gambar tak nampak sangat . Camera tak boleh nak tangkap , sobs





What I love about the product

Err. everything? haha . The fact that it gives that bubble effect , rasa seronok kot nak ber-mask . Plus, I pantang sikit dengan produk yang boleh cerahkan ni. Serta merta suka! hehehe . Non-drying after application dan dengan penggunaan berterusan katanya boleh cerahkan lagi kulit tuu . wuu sukanya! and ah, non irritated nor breaks out my skin. So i'm happy with this *thumbs up


What I dislike about the product

Em, packaging kot. Sebab I rasa macam walaupun dia bagi spatula untuk scoop out gel mask ni, tapi still rasa leceh sebab nak kena simpan spatula tu elok elok la apa. I dah la jenis selalu hilangkan barang, lagi lagi benda kecik camni *clumsayhhh . Tapi rasanya not a big deal kot kan? 


Recommended?

Yes!

Repurchased?

Yes! Because it definitely worth your money. Sekali pakai sikit je pun, satu jar boleh guna banyak kali . Memang bunyi cam mahal tapi kalau dah bahagi boleh guna berapa kali , ianya berbaloi .

Storage Tips for O2 Bubbly Bright


  1. Ensure jar is closed properly with the inner lid.
  2. Due to the O2 bubble formulation, it is natural to expect some “cheese holes” appear in the product. 
  3. It is important to use the included spatula to avoid any foreign substance added to the product which may affect its quality. 
  4. Don’t use your fingers to scoop the mask out of the jar as that could cause it to bubble up.




Okay, moving on to next product .....


Nano Bio-Cellulose Mask Review



 1. b.liv Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask
2. b.liv Soothe Me Now SoothingBio-Cellulose Mask
3. b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask

Price : RM129/4pcs


Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask






Antara 3 ni, I baru try yang b.liv Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask je. Sebab rasa macam kulit perlukan hydration (siapa suruh malas minum air haha) . And I must say i'm lovinnnn it! Memang sangat sangat hydrating . Mask yang ni mengandungi organic algae, ekstrak beras (beras-beras ni memang diakui bagus untuk kulit zaman-berzaman, tak gitu?) dan juga ada hyaluronic acid!wiwiwiwi . Kenapa bagus bila ada hyaluronic acid ni? Sebab HA ni function dia untuk hold water for our skin so that it will keep hydrated. Pakai mask ni boleh nampak result dia instantly. Boleh rasa yang kulit lebih hydrated , tak kusam dan feeling macam bouncy-bouncy je haha .


Tanpa membaca, I pun confident bukak-bukak mask ni terus letak kat muka . Pastu confuse "eh apasal macam tebal semacam je mask ni" hahaha , rupanya I salah pakai! Kena remove dulu lapisan luar tu. Ha yang tengah tengah baru lah mask nye .

Apa yang special pasal nano bio-cellulose typed mask ni ialah , mask ni diperbuat daripada fiber yang berskala nano iaitu sebesar 30 nanometer je diameter dia. Makanya, mask ni ada struktur yang sangat sesuai untuk bantu penyerapan yang lagi bagus dan berkesan pada kulit .

And size dia ngam ngam je dekat muka tau, selesa sangat pakai . Ikutkan nak pakai sampai esok pagi je hehee .




 Hydrate Away Moisturizing Bio-Cellulose Mask has clinical proven 
result that skin hydration will increased as follows;

After 2 hours of single use 
-Skin hydration level increased by 15.6% 

After 4 hours of single use 
-Skin hydration level increased by 16.1% 

*Results based on an independent clinical study, individual may vary

===============================


Now, let me explain sikit pasal lagi 2 Bio-Cellulose Mask , 


b.liv Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask
b.liv Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask

Age Eraser Youth Preserving Bio-Cellulose Mask

Age Eraser


Agaknya kalau I macam dah ada kedut kedut sikit , mesti I start dengan pakai mask ni kot hehehe .
Mask ni lebih kepada untuk anti-aging . Tapi kalau pakai sekali je rasanya takde la nampak lagi kesannya. Better teruskan penggunaan. At least seminggu sekali, okay kot .

Dalam mask ni terkandung ;

Palmitoyl Texapeptide-12 -

Yang ni bekerja sama macam botox yang mana fungsi dia ialah untuk tolong tenangkan mana mana tension line, so dapatlah bantu melambatkan proses penghasilan kedutan pada muka.

 Palmitoyl Tetrapeptide-7 -

Yang ni pulak untuk membantu menghalang kulit kita daripada terdedah kepada 'oxidative stress' yang kebanyakannya berpunca daripada persekitaran.

Hyaluronic Acid

Kesimpulannya, mask ni berfungsi untuk mengurangkan garis halus dan kedutan .


Soothe Me Now Soothing Bio-Cellulose Mask

Age Eraser

Mask ni pulak mengandungi organic immortelle flower (katanya bunga ni takkan layu walaupun dah dipetik, huiyo!) . Bunga ni dikatakan lebih bagi effect soothing pada kulit lagi bagus daripada chamomile, dan lebih power dalam penjanaan kulit / sel baru (regenerating) daripada lavender. Interestinggggg!

Some more, this mask contains soothing peptide that helps increase skin's sensitivity tolerance threshold and effectively reduces the sensation of discomfort. Plus, another main ingredient in this mask is hyaluronic acid! Dalam ketiga tiga mask ni memang pack dengan HA. HA ni macam I cakap tadi lah, dia boleh hold kandungan air, 1000 kali lagi banyak dari berat dia sendiri. Amboi! Dan hasilnya, boleh lah kekalkan kolagen dan meremajakan kulit .


============================
Nano Bio-Cellulose Mask

What I love about the product

I love the fact that it is bio-cellulose typed mask. Unlike traditional sheet mask yang biasa tu, yang ni memang betul betul pack, penuh, mampat dengan serum/essence mask tu. Dan sebabkan teknologi nano tu pulak boleh bantu penyerapan berganda pada kulit, lagi lah I suka!

What I dislike about the product

Takde kot. Mungkin harga jelah . RM129 untuk 4 pcs. Tapi berbaloi , but tula , I kedekut

Recommended?

Yes!

Repurchase?

Maybe, kalau ada extra duit hehe . Mask ni bagus untuk last minute fix untuk kulit . Lagi lagi for hydrating tu . Doakan lah I kaya-raya berjaya, boleh buat stock mask ni banyak-banyak. Sebab best!

===================================


Thanks b.liv for the opportunity to try out one of your star products . Puas hati! 


To know more about this product, takpun any b.liv product pun ; boleh dapatkan lebih banyak info either dekat website, atau facebook rasmi. Youtube channel pun ada. Boleh lah tengok review daripada youtuber takpun skin care tips etc .


*b.liv products can be found in Sasa and major online stores (Hermo, GEMFIVE, Lazada,11street)










Related search : about b.liv, b.liv korea, b.liv masks, b.liv malaysia, b.liv mask review, b.liv feedback, b.liv testimonials, b.liv malaysia cheap, b.liv murah

On My Instagram