Monday, August 17, 2020

Pengalaman Bermain ATV di Pulau Pangkor


Finally, dah masuk hari ketiga dan terakhir di Pulau Pangkor.

Jadi aktiviti kami seawal pukul 8.30 pagi, terus ke ATV Adventure Pangkor yang terletak bersebelahan Anjungan Resort. (Search map : Anjungan Resort) Aku excited sangat nak cuba main ATV ni sebab selalu nya tengok orang main macam best je. Lagipun, bila ke pulau pulau, mesti kita banyak fokus pada aktiviti air kan? Padahal aktiviti darat pun banyak yang menarik. Antaranya macam ATV ni lah. *aku dah pin kan location pada Google maps. Lokasi nya mungkin tak berapa tepat tapi sebelah Anjungan Resort je*


Awalnya aku ingatkan trek untuk ATV ni setakat dekat persisiran pantai, ala ala along the beach je gitu. Tapi rupanya, kita masuk hutan ye gais. Baru lah extreme! Trek yang kitorang lalui ni ialah level 3 yang mana katanya, ini level yang paling extreme. fuhh! Patutlaa lain macam mencabar setiap halangan yang kitorang nak lepaskan tu.

Muka muka excited!

Untuk korang yang sukakan cabaran dan nak kan kelainan, jangan lepaskan peluang mencuba aktiviti ATV ni ye. Keluar je dari hutan, terus kita lalu jalan tepi pantai pulak. Katanya kira kira 8km off road kalau tak silap. Turun je dari ATV, semua jalan mengengkang hahahaha tapi seronok! Tak kan serik dan kalau ada peluang akan datang, aku nak main lagi!


Ada beberapa check point kami berhenti untuk bergambar ;


=============================

1. Checkpoint tasik paya

=============================



=============================

2. Checkpoint lapangan terbang (tulisan Pulau Pangkor)

=============================





=============================

3. Checkpoint Beting Teluk Dalam

=============================





Tip :  Pastikan korang pakai seluar yang selesa. Tak terlalu ketat dan memudahkan untuk membonceng. Pastikan juga pakai kasut yang sesuai. Jangan jadi macam aku, gi gatai pakai kasut putih. Sudahnya habis berlecak kotor kasut. Daripada putih jadi comot dah haha. Lesson learned ye!


========================================

Infos :

∎ ATV Manual One Rider - RM80
∎ ATV Auto One Rider - RM100
∎ ATV Auto 2 Persons - RM150/RM180 

Tel: 011-1146 9539
WhatsApp: 011-2746 0251

========================================

Selesai aktiviti ATV, kitorang terus cepat cepat bersiap untuk check out. Dan seterusnya kita singgah singgah shopping di duty free shop dulu sebelum balik.


Antara pusat duty free yang ada dekat Pulau Pangkor ni ialah Laris Duty Free shop. (Berhampiran Jeti Pangkor) Dekat sini boleh la korang jumpa coklat coklat favourite korang. Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Loacker, Toblerone, Ritter Sport, ha semua ada. Harga pun murah murah tau. Memang memborong la ceritanya.


Ada juga perfume, dan perkakas dapur brand Tefal, Corningware, Pyrex dan Corelle. Murah murah juga tu tapi fikir malas nak angkut berat berat so dibatalkan niat itu hahaha.



So tak ada idea nak bercuti ke mana dalam Malaysia? Jom la Pulau Pangkor. Meh aku senaraikan sebab sebab untuk korang ke sini :


  • Lokasi dari Jeti Marina/Lumut ke Pulau Pangkor tak jauh sangat. Jadi less hassle, dan siapa yang mabuk laut tak perlu risau. Harga tiket feri pun lebih murah
  • Disebabkan lokasi dengan bandar tak jauh sangat, jadi harga barangan di Pangkor tak mahal. Makan pun masih murah, kalau nak dibandingkan di pulau pulau lain
  • Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini.
  • Berita baik untuk yang tinggal di KL, nak ke sini cuma 3 - 4 jam perjalanan sahaja.

Jom plan cuti cuti korang sekarang. Selamat bercuti dan jangan lupa, #travelsafe! okay?


Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti Feeding Hornbills &Penginapan di Pangkor Village Beach Resort [BACA]
- Aktiviti snorkelling dan tempat menarik untuk dilawati sekitar Pulau Pangkor [BACA]


Snorkelling dan Aktiviti Ronda Pulau di Pangkor




Hello assalamualaikum,

Okay, jom kita sambung cerita Jelajah Pulau Pangkor kita. Btw, korang tahu tak Pulau Pangkor sekarang dah pun berstatus Pulau Bebas Cukai? Ha menarik kan? Jadi, lebih banyak sebab untuk korang datang ke Pulau Pangkor! Sambil bercuti, boleh shoppinggggggg~ :p

Aktiviti hari kedua, dimulakan dengan kitorang di bawa pusing pusing pulau dengan menaiki bot sambil diperkenalkan dengan beberapa teluk, pulau kecil dan bentuk bentuk batu unik yang ada disekitarnya. Kreatif tau diorang ni bagi nama. Ada batu yang berbentuk epal, dinamakan Batu Epal. Ada yang berbentuk macam kepala ular, ada kelihatan macam penyu, ada berbentuk macam ikan paus, macam macam la. Bila tengok betul betul, memang nampak seakan haiwan ni semua. Unik dan menariknya ciptaan Allah ni kan?

Aktiviti Air Di Pulau Pangkor


Kitorang ada juga singgah di beberapa teluk. Antaranya Teluk Segadas, yang mana menjadi tempat pilihan orang ramai untuk tapak ber- camping. Kalau korang berminat nak camping di Teluk Segadas, harganya cuma serendah RM25 sahaja seorang. Best tau camping camping ni. Teringat pulak pengalaman camping masa dekat Pulau Kapas. Boleh la try camping dekat sini pulak next time.





Kami juga di bawa pusing pusing tengok kawasan perkampungan nelayan dan kawasan bahagian parking bot bot besar nelayan. Dapat kenal juga jenis jenis bot tunda. Ada yang untuk ikan biasa, ada untuk ikan bilis, ada untuk bahagian perairan berdekatan, ada yang boleh pergi jarak lagi jauh bahagian laut dalam. Even warna pun bawa makna berbeza beza. Sempat juga dapat tengok diorang keluarkan ikan dari jala dan macam macam lagi. Susah yee nak dapatkan hasil laut. Dengan risiko keadaan laut yang tak menentu lagi. Makanya, jangan la komplen dah ikan mahal haha. Struggle ye diorang nak tangkap ikan. Tu belum lagi bab mencandat sotong. fuhh!

Selesai main pusing pusing, kami akhirnya di bawa ke kawasan snorkelling iaitu di Teluk Nipah. Sempat la mandi manda sekejap dekat sini, tengok tengok ikan. Cuma disebabkan baru lepas hujan, jadi keadaan air macam kurang clear sikit. Tapi still syok la dapat main main dengan ikan hehe.

Btw, sop terbaru sekarang ni, kalau nak sewa snorkelling punya equipment, korang diwajibkan untuk beli snorkel tube tu. Kiranya lepas dah habis aktiviti, boleh la bawa balik tube tu. Ini ialah bagi mengelakkan risiko jangkitan apa apa penyakit la. tak semestinya covid semata mata.



Selesai aktiviti snorkelling, kitorang sempat singgah makan tengahari di Pulau Giam sebelum bergerak balik semula ke resort. Setel makan, balik dan bersiap siap untuk pusing pusing pulau bahagian darat pula!

Btw, untuk aktiviti snorkelling, boleh hubungi SF Watersports Centre untuk booking ya;

Website : www.sfwatersports.info 
Tel : 05-685 2227
email : fun@sfwatersports.info

Masjid dengan seni bina menarik di Pulau Pangkor


Korang tahu tak, dekat Pulau Pangkor ni ada 2 masjid dengan seni bina yang unik dan sangat cantik!



Yang pertamanya, Masjid Al Badr Seribu Selawat. Masjid ni juga digelar masjid terapung kerana dibina diatas laut. Seni bina masjid ni menarik dengan terdapatnya banyak tulisan selawat di setiap inci dinding masjid. Cantik sangat dipenuhi tulisan khat.





Untuk masuk kesini, adalah diwajibkan untuk memakai face mask. Jadi sila patuhi arahan okay?





Seterusnya, kitorang ke Masjid Sungai Pinang Kecil. Seni bina masjid ni memang sangat unik dengan ada nya elemen cina. Sebab tu orang sini menggelarkan nya Masjid Cina.









Tapi sayangnya, masa kitorang datang tu, masjid ni di tutup. Ianya hanya dibuka pada waktu solat sahaja. Bila selesai solat, terus ditutup dan dikunci. Jadi nya kitorang cuma dapat ambil gambar dari luar je. 


Tengok dari luar pun dah cantik. Curious nak tahu macam mana bahagian dalam nya. Hmm nak kena datang lagi nampak gayanya ni.

Kitorang sempat juga singgah sekejap di Dutch Fort (Kota Belanda). Ianya telah dibina pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah. Ianya telah musnah sekali, pada tahun 1690 disebabkan rakyat tempatan ramai yang tak bersetuju dengan cara bijih timah itu diperoleh. Namun, kota ni kemudiannya di bina semula pada 1749. Itu serba sikit la sejarah tentang Kota Belanda ni. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri Perak untuk memajukan kawasan ini dan mengangkat ia sebagai salah satu tumpuan pelancongan. Dan ianya kekal sehingga ke hari ini.


Tapak Penyu Bertelur di Pulau Pangkor


Lepas dah habis belajar sejarah sikit, kita terus ke Tapak Hatcher Insitu Penyu pula untuk tengok cara bagaimana penyu penyu disini di jaga dan dipelihara oleh Pak Lang.




Pak Lang cakap, penyu ada keistimewaan dimana, dia boleh ingat the exact spot dimana dia bertelur dan akan kembali kesini setelah 20 tahun. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab Pak Lang untuk pastikan lokasi tempat ianya bertelur itu diwartakan dan takkan terjejas supaya nanti penyu tu boleh kembali kesini. Takde la dia merajuk nanti hehe. 

Usia sebulan

Usia 2-3 tahun

Seronok dengar cerita tentang penyu. Katanya, disaat telur menetas, baby penyu biasanya akan terus berenang ke laut dan berenang di permukaan air selama seminggu. Masa tempoh seminggu ni la biasanya saat genting untuk menentukan sama ada ia akan survive atau tak. Hanya 10% yang survive dan selebihnya di sambar burung ataupun di makan ikan besar. Penyu ni ada kebolehan menyimpan makanan dalam perutnya selama seminggu sebelum dia kemudiannya akan mula berenang ke dasar air untuk belajar cari nak menyorok nyorok daripada pemangsa dan untuk mencari makan sendiri.

So itulah dia, serba sedikit circle of life seekor penyu hehe. Menarik kan?

Comel comel je penyu dekat sini. Tapi tak boleh sentuh ye. Tengok je boleh. Kalau datang ke Pulau Pangkor, make sure korang singgah ke sini and say hi to penyus penyus. Bayaran masuk hanya RM5.00 sahaja.


Okay, kita sambung cerita aktiviti terakhir kita, iaitu ATV dalam entri lagi satu okay? Sebab banyak gambar nak letak hahaha. Bai bai see you!

【 Baca tentang aktiviti Feeding Hornbills dan tempat penginapan kitorang di Pangkor Village Beach Resort di post ini : http://blog.farahdafri.com/2020/08/jelajah-3-hari-2-malam-di-pulau-pangkor.html 】

Infos 

Snorkelling service 
Website : www.sfwatersports.info
Tel : 05-685 2227
email : fun@sfwatersports.info

Tapak Hatcher Insitu Penyu
Bayaran masuk : RM5

Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti Feeding Hornbills & Penginapan di Pangkor Village Beach Resort [BACA]
- Aktiviti ATV di Pulau Pangkor [BACA]

Jelajah 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai



Hello, assalamualaikum! Korang dah mula jalan jalan Cuti Cuti Malaysia ke? Ramai yang ambil kesempatan untuk pergi short vacation masa hujung minggu kan? Seronok tengok sebab dengan cara ni dapatla bantu ekonomi negara kita pulih semula. Tapi, jalan tu jalan juga. SOP kena ikut okeh?

Even masa sepanjang aku ke Pulau Pangkor minggu lepas pun, memang kemana mana kena pakai mask terutama dekat kawasan public spaces. Cuma time snorkeling tu tak pakai ler haha. Ate pelik benor nya snorkeling pakai mask. Lemas ler kawan haha.

Jelajah Pulau Pangkor kali ni, sekali lagi dibawah anjuran Gaya Travel tapi untuk trip ni, dengan kerjasama Tourism Perak pulak.

Sebenarnya ni dah kali kedua la aku jejak ke Pulau Pangkor ni. Yang first time, masa ada family day untuk staff tadika mama aku. Tahun lepas kalau tak silap. Tapi masa tu takde la explore kawasan Pangkor ni sebab masing masing sibuk dengan acara and aktiviti dengan staff je. So kalini, jom kita explore Pulau Pangkor habis habisan!

Kitorang mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi. Kemudiannya singgah untuk makan tengahari dalam pukul 1.30 petang. Teruskan perjalanan and seterusnya sampai di Jeti Marina pada pukul 3.15 petang. Asalnya kitorang nak naik feri pukul 3 petang tapi sebab kan dah tersampai lewat, makanya kena la ambil feri seterusnya.



Feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor ada pada setiap 1 jam kecuali pada pukul 4 petang. Sebabkan tak ada feri pada pukul 4, jadi kitorang kena tunggu next ferry pukul 5 petang.





Asalnya nak la sampai awal ke Pangkor so ada lah masa sikit untuk aktivti Free & easy, bergambar dekat resort apa semua tu kan. Tapi sebabkan tak sempat, jadi bila sampai je ke Pulau Pangkor, kami terus ke Teluk Nipah, specifically ke Sunset View Chalet untuk aktiviti "Feeding Hornbills"


Aku sebenarnya confuse sikit, hornbills ni dalam bahasa melayunya burung enggang ke burung kenyalang? Sebab bila aku google, dua dua jenis ni pun namanya Hornbills. Cuma tak pasti la spesis yang dekat sini, jenis kenyalang atau enggang. Yang aku tahu, dua dua ada paruh yang besar.


Tuan empunya chalet ni, Pak Din; akan memberikan makan kepada burung burung ni pada setiap hari pukul 6.30 petang. Jadi kalau korang nak alami pengalaman bagi burung hornbills ni makan, boleh la kesini sebelum pukul 6.30 petang okay?


Burung burung ni diberi makan pisang. Pak Din tu akan mula bersiul untuk panggil semua burung burung datang sebelum mula bagi makan. Teruja ye tengok. Aku mula nya nak la juga bagi burung tu makan tapi sebab ramai sangat yang berebut rebut nak peluang bergambar, so aku ambil gambar dari jauh jela *merajuk hahaha







Untuk aktiviti ni, tiada bayaran dikenakan. Tapi korang boleh buat sumbangan ikhlas kepada Pak Din supaya dia boleh terus dapatkan supply untuk bagi burung burung ni makan.

So apa lagi, masukkan aktiviti ni dalam list itinerari korang bila ke Pulau Pangkor. Okay?

Selesai aktiviti bagi burung makan, kitorang dah tak ada aktiviti lain dah. Cuma ada dinner &sesi karaoke je malam tu hehe. So, jom kita terus check in!


Penginapan kitorang selama 3 hari 2 malam ialah di Pangkor Village Beach Resort yang terletak di Pasir Bogak. Tak jauh dari Jeti Pangkor, dan biasanya akan jumpa resort ni dulu sebelum korang sampai ke kawasan Teluk Nipah.


Difahamkan, Pangkor Village Beach Resort ni telah lama beroperasi tapi baru sahaja diubahsuai dan dimodenkan semula. Memang cantik yee landscape resort ni sekarang. Siap ada infinity pool menghadap laut lagi. 

Tapi katanya ni baru 60% siap. Belum siap sepenuhnya lagi. Tak sabar nak tengok bila dah complete nanti. Mesti cantik sangat!



Lokasi Pangkor Village Beach Resort ni memang sangat strategik dan menarik. Bukan setakat berhadapan laut, tapi juga berdekatan dengan water sport centre. Jadi kalau korang nak buat aktiviti sukan air macam snorkelling ke, island hopping ke, senang. Tak payah nak sewa van untuk pergi tempat lain.


Biliknya pun selesa dan bersih. Ada 3 jenis bilik/chalet dekat sini iaitu Pulau Raja, Pulau Agas dan Pulau Giam. Range harga untuk satu malam bermula dari RM180 sahaja. Saiz biliknya besar, sesuai untuk duduk satu family. So kalau korang ke Pulau Pangkor, boleh la stay dekat sini. Highly recommended!





Ada banyak aktiviti menarik yang aku sempat cuba sepanjang di Pulau Pangkor termasuklah Island ride, snorkelling, ATV, lawatan ke tapak penyu bertelur dan macam macam lagi. Kita sambung dalam entri lagi satu. Okay?

===========================

Infos :

Feeding hornbills

Lokasi : Sunset View Chalet, Teluk Nipah
Bayaran : Percuma *tapi dialukan untuk beri sumbangan
Masa : 6.30 petang setiap hari

Pangkor Village Beach Resort

Lokasi : Pasir Bogak, Pulau Pangkor
Room rate : Bermula RM180+



Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti snorkelling dan tempat menarik untuk dilawati sekitar Pulau Pangkor [BACA]
- Aktiviti ATV di Pulau Pangkor [BACA]

On My Instagram