Thursday, June 16, 2016

Resepi Sotong Buttermilk Sedap dan Senang gilee : #siscubamasak




Hi gais!

Aku suka betul kalau masakan buttermilk ni . Kalau pergi restoran lagi lagi yang ada masakan cina muslim, mesti order punya lah. Tak kisahlah sotong ke, ayam ke , janji ada!

Dah lama sebenarnya nak cuba masak sendiri , tapi biasalah hidup penuh dengan alasan kahkah . Bahan takdelah, takde masa lah, nak cepatlah .. Walhal point utamanya ialah MALAS ekekeke . So maksudnya, dengan termasaknya sotong buttermilk aku ni harini , kira diisytiharkan RAJIN lah kan? Syabas syabas! *tepuk bahu sendiri*

Selama ni rasa macam leceh je nak buat sotong ni. Sebab katanya kalau nak dapdap kena tambah cheese lah, kena ada susu lah .. rumah bujang nan hado bahan bahan ni. Setakat sardin, telur, nugget berbungkuih bungkuih tu banyak lah . Tambah pulak bahan pentingnya DAUN KARI! time tu nak masak, time tu kalut cari daun kari . Ahh stress!maka ku lupakan aja hasrat tu kekeke .

Ni alang alang dah balik Johor, semua jenis bahan ada. Nak daun kari limaploh tangkai pun boleh, kemain besar pokok kari kat depan rumah . Petik je! 

Without further due (Eceh!) ayuh kita terus ke acara masak masak dalam segmen #siscubamasak


Resepi Sotong Buttermilk



Bahan bahan

(sorry semua versi campak, takde sukatan hehew)

Sotong
Serbuk Kari
Tepung Jagung
Telur sebiji
Daun kari
Butter
Cheese
Susu cair (freshmilk boleh gak)
Cili padi
Bawang (putih, besar)
garam
gula

Cara caranya


Menggoreng Sotong

Pertama sekali, yang paling mustahak ialah siang dulu lah sotong tu . bersihkan , potong potong dan toskan . Aku siap gigih keringkan guna kitchen towel sebab nak kurangkan kadar meletop letop saat menggoreng tu .

Bersihkan dan tos . Nak lagi gigih, lap satu satu guna tisu cam aku buat kekekee

Lepas dah bersihkan , perap sekejap dengan serbuk kari dan sedikit garam . Bagi rasa dia mesra mesra gitchu . Serbuk kari toksah banyak sangat, agak agak je untuk lumur kat sotong tu semua . Sotong aku guna dalam 6 ekor . Gemuk gemuk juga, aku pakai dalam 1 sudu setengah serbuk kari .


Perap sotong bersama garam dan serbuk kari

Lepastu, pecahkan telur untuk process mencelup dan menggoreng sotong tu . Mula mula aku pecah sebijik je, tapi last last tak cukup, kena pecah seketoi lagi . 

Masa nak goreng tu, cam biasa lah -- celup dalam telur, gaul masuk tepung jagung dan goreng . Ada yang pakai tepung gandum . Aku gatal gatal pakai tepung jagung . Ghasak lah mana kau nak. Jangan tepung pelita sudah *tak lawak kan?

Goreng dengan api sedang sedang je sampai ah garing . Lepas dah garing , angkat dan toskan .
Dah setel goreng semua sotong ,  dah boleh terus ke proses sediakan kuah Buttermilk pulakk .

Kuah Buttermilk

Nak buat kuah ni homai sonang bonar! haha eksyen sangat kan mentang mentang dah reti masak ekekek .

Ambil butter dan cairkan dalam kuali , ikut lah sesuai dengan berapa banyak sotong korang masak . Cairkan tu jangan lama lama pulak, nanti hangit .

Lepastu masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari . Tumis sampai daun kari tu garing dan wangi . 

Tumis bawang, cili padi dan daun kari bersama butter

Kemudian boleh mula masukkan susu cair. Ni aku dok baca dekat resepi orang lain, diorang pakai susu cair banyak gak sampai 2-3 tin ikut berapa banyak sotong . Kalau nak berkuah banyak, elok letak banyak . Aku letak sikit, sudahnya kering pulak sotong aku takde kuah kahkah .

Dalam kes ni, aku letak freshmilk dan susu cair gabungkan . Ekceli ikut korang lah nak consistency macam mana . Yang penting nak dapatkan rasa kuah tu yang sedap . 

Cheese ialah optional . Nak letak sedap, tak letak tak dosa kekeke

Lepastu potong cheese cheddar, dan campak dalam kuali. Campak dengan berhemah , takut tersasar keluar tingkap ekekeke . Taknak tambah cheese pun takpe sebenarnya . Tapi bagi mendapatkan rasa sotong mewah umppphh , kugigihkan letak cheese.


Last sekali sebelum masukkan sotong , perasakan dengan garam dan gula . Adjust lah bagi rasa dia balance dan sodapp . 

Masukkan sotong dannn siapp! Macam tak percaya je aku berjaya masak ekekeke tapi tak confirm lagi sedap ke tak ni, taktahu apa rasa sotong aku tu . Maklumlah, puasa kan . Harap harap sedap gilaaaa , boleh eksyen depan Hilmi kehkeh .


nampak kering je kan, kuah sikit bebenor . ish! jadilah ni



Selamat mencuba! dan selamat berbuka puasa :D

resepi sotong buttermilk, cara masak sotong buttermilk, resepi ayam buttermilk, resepi sotong buttermilk mudah, bahan bahan sotong buttermilk, resepi sotong masak buttermilk, resepi sotong masak butter, resepi senang sotong. resepi sotong, cadangan resepi sotong, resipi buttermilk squid, buttermilk prawn, buttermilk sotong, buttermilk sedap, resepi senang gila sotong buttermilk, resepi bujang


On My Instagram