Selamat datang ke segmen 'Cheapskate Guide 101' hahaha. Tiberr ada segmen baru pulak dekat blog ni kan? Tapi okay kot kalau aku buat segmen macam ni. Boleh share dekat mana nak cari barang murah, dekat mana nak cari lists warehouse sales, dekat mana nak dapat promo code semua tu.
Best kan best kan?
Okaylah perkara pertama kalau nak bijak berbelanja, haruslah kena bijak membuat perbandingan harga, gituhh.
Nak buat perbandingan harga sekarang alamak aih senang kacang gila. Sebab telah terwujudnya sebuah apps bernama 'HARGAPEDIA'. Kalau Wikipedia kita guna untuk search info kan? Hargapedia pulak guna untuk buat price comparison specifically for barang barang yang dijual di pasaraya pasaraya besar. Apps ni tolong senaraikan and bagitahu terus, dekat mana patut kita beli barang yang kita nak tu dan dapatkan pada harga palingggggg murah!
Tak faham? Takpe. Scroll bawah sikit aku share cara guna apps ni.
Install di Play Store & App Store
Dah jumpa? Maka install lah ia.
Setelah di install, mari buka apps dan buat sedikit tour.
Okay mula mula boleh pilih bahasa pilihan korang. Bahasa F takde dekat sini. Sila pilih BM, inggeris mahupun mandarin only
Dah lepas select language, tekan next next je and finally done. Yang kemudiannya membawa korang ke main page apps ni.
Lepastu create account atau sign in. Link kan dengan Facebook je senang. Takpayah taip email bagai.
Okay dekat side kiri ni ada macam macam tab. Kita go through satu satu okay?
Explore ; Senarai kategori barang
Untuk tab Explore, bila tekan akan keluar pelbagai category products yang ada. Pilih la korang tengah survey barang apa.
Contoh aku nak survey harga sabun basuh baju. So boleh terus click bahagian Household. Dah click tu nanti ada pecahan sub-kategori lagi. Lepastu keluar pulak haaaaa nak apa? Detergent ke softener ke? Bagus nya apps ni siap sub categorised kan semua benda. Senang nak navigate.
Okay so scroll scroll nak tengok Detergent Breeze punya harga.
Tadaaaaa
Dekat sini tersenarailah harga detergent Breeze ni dekat different supermarkets. So yang mengungguli carta harga murah ialah dekat GIANT pada harga RM17.99 nak dibandingkan dekat supermarkets lain yang harga nya lebih tinggi. *okay start kereta pergi GIANT
Siap tulis terus tarikh promosi berlangsung. Senang lah korang boleh plan bila nak membeli belah kan? eh, bagus gila kan apps ni? aku suka betul lah!
Klik 'Brochure' untuk senarai barangan yang tengah ada promosi
Tak sia sia install Hargapedia ni. Senang yang amat nak compare harga. Kalau rasa rasa nak tengok pasaraya ni semua ada buat promosi apa, pergi dekat tab belah kiri tadi tu and click 'Brochures' maka terpampanglah senarai brochure promosi supermarkets ni semua.
Yang biasanya kalau depan pintu masuk tu ada brochures diorang bagi kita ambik kan? Haa semua ada dekat sini. Automatik boleh tahu barang yang lain yang ada ongoing promotion.
senarai Brochure yang ada |
contoh Brochure Mydin |
Tahu kedudukan pasaraya dengan 'Store Locator'
Kalau bila tengok lists ni and ada tulis nama supermarket yang korang tak familiar, boleh je click tab 'Store Locator' untuk tahu keberadaan beliau dimana.
contoh senarai alamat pasaraya Giant |
So senang nak agak juga supermarket mana yang dekat dengan korang and berbaloi pergi. Takyah la menggigih pergi supermarket yang 60km jauhnya semata mata nak dapatkan harga telur sepapan pada harga RM6? minyak kereta je dah berapa hehehe.
Memang dah jadi my 'must have' apps dah dalam phone ni. Nak buat belanjawan barang dapur & stock bulanan memang easy peasy. Sebab kadang bengang bila nak beli barang, tengok mahal, tak jadi beli and fikir nak beli kat tempat lain. Tapi tak memasal buang masa and jadi tambah kerja pulak nak kesana kesitu. Buek ponat jo kan?
Maka dengan ini saya menyeru sekalian pembaca blog saya, marilah bersama sama download aplikasi Hargapedia (tepukkkk!)
Kearah generasi bijak berbelanja (haha tiberr)
1 comment
wah bagusnya! kalau sebelum ni, kena semak satu persatu kat website. kena google bagai. ni dah ada apps, sangatlah mudah ^_^
ReplyDelete