Monday, November 6, 2017

5 Kesalahan Dalam Menggayakan Suit dikongsikan oleh De Catano Tailoring & Design



Antara salah satu sebab aku berkenan sangat melayan drama Korea ialah, sebabkan suka cuci mata tengok hero dia yang hensem hensem . Tapi kadang tu, bila perhati betul betul takdelah handsome mana pun . Yang buatkan diorang tu nampak hensem ialah cara diorang berpakaian . Bersesuaian dengan tempat dan occassion yang diorang pergi . Paling aku berkenan, tengok diorang pakai suit . Suit diorang biasanya memang boleh nampaklah - sangat well tailored dan ikut cantik je dengan badan . Bila bersesuaian dengan bentuk badan , automatik nampak bergaya , kacak , smart dan membuatkan ribuan gegadis dan makcik histeria melihatnya ekekeke .

Masa aku kahwin haritu , aku sibuk lah request suruh Hilmi pakai suit untuk majlis bertandang . Kitorang tak ada sewa baju dengan bridal . Aku setakat beli jubah dekat Bangi Sentral tu je . Hilmi pulak beli suit dia dekat Tomaz

Bila aku tengok dia pakai , memang bergetar lah rusuk sambil teriak dalam hati ;

 "uih hensemnya laki aku, hensemnyaaa"

Masa tu memang aku rasa elok sangat dah lah Hilmi pakai suit tu . Tapi haritu, bila aku dengan kak nora & budak bandung laici pergi jumpa Mr. Alan , pemilik De-Catano Tailoring & Design , baru aku tahu rupanya banyak khilaf dan kesilapan dalam penggayaan suit Hilmi tu .

Nak tahu tak apa kesilapan yang selalu golongan lelaki buat bila padankan dengan suit?

1. Salah pemilihan size

Ni lah masalahnya kalau beli baju ready made. Bentuk badan orang ni berbeza beza. Ada yang dada bidang, ada yang dada lapang (hahaha) , ada yang bahu lebar - macam macam lah . Kalau orang yang tinggi pula , kadang tu tersingkat lah pulak baju nya . 

Inilah antara penyebab kenapa bila pakai baju tu, takdapat nak serlahkan features yang ada pada badan tu . Seeloknya pilih size yang sesuai, baru lah nampak terletak dan cantik je bila pakai . Kalau pandai pilih baju , badan tak sado pun boleh nampak sado .

2. Lengan terlalu labuh

Bila lengan baju terlalu labuh , mesti malas nak fikir - terus lipat je . Tapi dekat kedai, susah nak dapat yang panjang lengan nya ngam ngam kan?  Mesti sama ada singkat, takpun terlebih panjang .

3. Shoulder Point tak ngam 

Selalu kita sebut, 'bahu jatuh' . Kalau pakai baju yang saiznya yang tak sesuai dengan badan, mesti bahu jatuh kan? Bila bahu jatuh tu, automatik lah baju yang dipakai tu nampak menggelebeh , tak nampak terletak dan fit dengan badan . Selalunya ramai yang buat tak reti dan pakai je baju tu walaupun bahu jatuh . Padahal hakikatnya, appearance korang dah terganggu . Sebolehnya , custom made lah baju tu , baru lah bahu pun elok terletak je . Automatik badan nampak sasa je tau . Lagipun, tujuan utama pakai suit mestilah sebab nak nampak smart dan fit kan? Kalau dah nampak 'baggy' je baik takpayah pakai huhuhuhu .


4. Aksesori Tak Matching

Aksesori macam tie perlu lah dipilih sepadan dengan baju. Tak boleh lah main belasah je pilih . Pastikan pemilihan tie tu kena contra dengan kemeja yang dipakai dekat dalam . Contohnya kalau kemeja jenis plain, padankan dengan tie yang bercorak. Kalau kemeja bercorak pula, padankan lah dengan tie plain . Tak boleh dua dua plain, nanti tak naik seri . Dan tak boleh dua dua bercorak, nanti nampak serabut . Get it?

5. Panjang Tie Tak Sesuai

Nak pakai tie tak boleh la main pakai je. Kena pastikan tie tu dipakai jangan terlalu pendek, dan jangan terlalu panjang. The best length for a tie, korang kena pastikan hujung tie tu ngam ngam je mencecah kepala tali panjang . Jangan atas daripada tali pinggang, dan jangan melepasi tali pinggang . Simple kan?



===========================================


Wow powernya seorang Farah boleh senaraikan semua tips ni. Sejak bila seorang Farah jadi fashionista ni? hahaha . sebenarnya semua tips ni dikongsikan oleh Mr. Alan pemilik De-Catano Tailoring and Design .


Mr. Alan ni dah berpuluh tahun dalam bidang ni , dan pelanggan dia pun datang dari kalangan ahli korporat dan artis juga .

Antara step pertama untuk tempahan baju - kita ukur dulu!

Mr.Alan bagi penerangan tentang jenis dan material seluar untuk ke acara berbeza

Bila dah sembang sembang dengan Mr Alan ni, baru lah aku faham satu dua terms yang baru tentang dunia 'suit suit' ni . Selama ni, confuse apa beza suit dengan blazer . Rupanya terma digunakan ialah seperti berikut ;

Blazer - Outer/ yang macam jaket selalu orang pakai untuk presentation tu . Blazer ni ialah nama baju tu . Itu dipanggil blazer . 

Suit - Suit ialah terma yang digunakan bila warna blazer dan warna seluar sama . Maksudnya top dan bottom warna yang sama . Bila keduanya sama , terma yang digunakan ialah 'suit' .

So sekiranya korang pakai blazer dengan seluar keduanya warna biru gelap - ini dinamakan 'sepasang suit' .

Tapi kalau korang pakai blazer warna hitam, dan seluar warna coklat . Terma suit tak boleh digunakan pakai dah . Dia akan jadi 'blazer & pants' . Ah gituu .

Pokok pangkalnya , blazer tu sejenis baju .
Dan suit ialah terma digunakan bagi sepasang blazer dan seluar yang warnanya sama .

Faham ke tak ni? hehehe .

-----------------------------------------------------

Masa aku ke butik De-Catano ni, aku nampak lah bersusun bergantung macam kertas warna coklat . Bila aku tanya tu ape benda bergantung tu ...  

Rupanya pola baju customer yang dah siap . Memang banyakk . Semuanya disimpan untuk rujukan bila customer datang nak buat tempahan baru .

Ramai tau pelanggan De-Catano ni. Yang terbaru, Azlan yang vocalist Azlan and The Typewriter tu, ada buat tempahan baju dekat De-Catano . Katanya suit ni ditempah untuk persembahan konsert terbaru , iaitu Konsert Nova yang turut menampilkan Faizal Tahir , Judika, Cakra Khan dan Dayang Nur Faizah . Confirm gempak ni!



Mr. Alan tengah ukur badan Azlan. Nampak tak kertas coklat tepi ni? Tu la pola yang aku cakap tu


Mr. Alan akan pastikan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan


Setiap suit melambangkan identiti seseorang. Tengok ni, gabungan corak bunga bunga dan stripe.
Nampak pelik tapi sangat unik . 


Kenapa De Catano jadi pilihan ramai pelanggan untuk tempahan suit?


1. Berpengalaman lebih daripada 20 tahun

Pengalaman dalam bidang ni bukannya setahun dua, tapi dah lebih 20 tahun tau . Ini dapat memastikan yang semua hasil jahitan De-Catano adalah berkualiti dan memuaskan pelanggan . Kalau tak, takkan lah ramai customer dia repeat order .

2. Perkhidmatan Konsultasi daripada pakar .

De-Catano bukan setakat customer masuk dan order je. Tapi diorang sediakan khidmat nasihat dan bantu customer pilih apa yang terbaik untuk diorang . Kongsi tips fashion , etika berpakaian dan macam macam lah .

3. Perkhidmatan pantas

Tempoh diambil untuk siapkan sepasang suit dekat De-Catano ni cuma mengambil masa paling lama pun 2 minggu . Tapi biasanya dalam 10 hari je . Customer boleh datang pula dan buat fitting . Kalau ada alteration , De-Catano akan uruskan sampailah pelanggan puas hati .

4. Rekod semuanya disimpan


Pola pakaian dan ukuran pelanggan semuanya disimpan dan direkodkan. So kalau nak order lagi suit yang baru, tak payah dah nak ukur ukur lagi sebab ukuran dan detail semuanya dah ada .

5. Hanya menggunakan material berkualiti dan eksklusif


Material yang digunakan untuk pembikinan suit di De-Catano ni bukan nya kain biasa biasa boleh dapat dekat Nagoya ye. Tapi material nya kebanyakkan di import terus dari UK, Itali dan banyak lagi. Bergantung pada bajet customer nak macam mana. Kalau nakkan suit bernilai RM91,000 pun ada juga. Agak agaknya siapalah kan yang tempah suit RM91,000 tu?



Siap bakar lagi tau kain harga ribu ribu nak tunjukkan kualiti


6. Exclusivity . Custom khas untuk setiap pelanggan

Suit yang De-Catano hasilkan semuanya exclusive. Sebabkan pelanggan boleh request nak custom kan macam mana mengikut personaliti. Biasanya pelanggan boleh pilih nak gunakan benang warna apa untuk smart-trimming pada suit diorang. Contohnya nak benang warna merah, kemas untuk butang, jahitan trimming bahagian luar semuanya nampak warna merah yang pelanggan tu pilih . Pelanggan juga boleh request nak stitch kan initial pada baju . Ala macam contoh Farah, jahitkan huruf F pada baju . Unik kan?


7. Aksesori Serba Lengkap



Senang dekat sini, semua aksesori yang nak digayakan dengan suit semuanya ada. Termasuk tie, cufflinks , handkerchief dan macam macam lagi lah . Ha suruh je designer De-Catano pilihkan mana yang sesuai nak matchkan dengan suit yang ditempah .

==========================

Pendek kata, kalau terfikir nak dapatkan suit ; terus jela ke De-Catano ni. Memang tak was was langsung dengan hasil kerja diorang. Sangat kemas, teratur dan cantik . Tak pelik lah kan kalau masa korang datang butik tu, ada Awal Ashaari ke, Dato K ke tengah fitting. Sebab memang De-Catano ni terkenal untuk tailor made suit diorang .

Nak tengok tengok pakej ataupun nak cuba sendiri rasa material tak pun cuba sarungkan sample suit yang ada , boleh terus ke mana mana antara 6 lokasi butik De-Catano ni ;

Desa Sri Hartamas
No 18, Jalan 28/70A, Desa Sri Hartamas
Tel : 03-2300 0881

Subang Jaya
Lot 1.23A, 1st Floor, The Summit USJ
Tel : 03-8024 7508

Shah Alam
Lot G-36, Ground Floor, Plaza Alam Sentral
Tel : 03-5510 4248

Bangsar
No 12A, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru
Tel : 03-2284 8818

Petaling Jaya
29, Ground Floor, Jalan 21/1, Sea Park
Tel : 03-7875 1927

Kajang
30, Jalan Raja Harun, 43000 Kajang Selangor
Tel : 03-8736 886

Boleh juga tengok testimoni produk diorang di Facebook dan juga instagram ;

Facebook - De-Catano Tailoring & Design
Instagram - De-Catano Tailoring & Design
Website - De-Catano Tailoring & Design


Thanks for reading!


On My Instagram