Sunday, June 28, 2015
BEAUTY : Kursus Pendek Solekan dan Terapi Kecantikan di Giat Mara
Ini cerita basi dah ni haha tapi nak cerita juga . Dah lama sebenarnya teringin nak belajar makeup . Aku dah cuba cuba juga lah tengok dekat youtube tu konon konon nak belajar tapi serbuk pun tak faham. Terkial kial aku nak ikut . Bila survey harga kelas makeup pulak rata ratanya beratus ratus. Standard harga yang aku jumpa selalunya dalam RM200 - RM300 . Kalau yang lagi professional femes ames macam *tuut tuut* * tuut* haha dekat instagram tu lagi lah satu kelas dah cecah RM700 - RM1000 . Mak aih .
Tapi hakikatnya sekarang ni kalau buat servis makeup ni pendapatan agak lumayan juga . Bayangkan lah sekali kau makeup orang dah boleh charge RM300 untuk bridal makeup . Kalau sehari ada 2 pengantin , dah RM600 . Kalau kedua dua sabtu dan ahad kau ada job , satu hari dua job , dah dapat RM1200 . Wow! asyukk angat .
Alhamdulillah Allah dengar doa insan yang kerdil ini . Atas niat nak tambah ilmu dan nak jimat kos mekap kawen nanti *hehew cheapskate!* , maka disinilah bermula ... ( pasang musik gempak )
Kelas ni berlangsung selama seminggu di Pusat Giat Mara Simpang Ampat , Alor Gajah Melaka .
Bermula daripada 8Jun sehingga 12Jun . Cerita dia daripada Isnin sampai Jumaat lah .
Untuk kelas seminggu ni kitorang diberi pendedahan dan praktikal untuk 3 modul berbeza
1) Solekan siang dan malam
2) Terapi Facial
3) Terapi Refleksology
Dan yang bestnya , untuk segala ilmu yang kitorang dapat ni campur makan 4 kali sehari dan sijil , ialah secara PERCUMA!
yup tepat sekali , PERCUMA !
Program spesis macam ni diadakan atas kerjasama Giat Mara dengan beberapa instutusi pendidikan / kampus . Macam minggu sebelumnya , Giat Mara telah mengadakan Kursus Fashion and Dressmaking ( menjahit ) bersama sama pelajar daripada MMU , Bukit Beruang Melaka .
Untuk Kursus Terapi Solekan dan Kecantikan ini pulak diadakan atas dasar kerjasama antara Giat Mara dan UniKL Melaka . Best kan? Nanti korang boleh lah cuba hubungi Giat Mara cawangan berdekatan korang kot kot pihak Giat Mara ada anjurkan kelas macam ni. Free je taw! Mana tahu ada rezeki boleh join .
Setiap pusat Giat Mara menawarkan kursus teknikal yang berbeza .
Pusat Giat Mara Simpang Ampat ni pulak khusus untuk 3 kursus sahaja iaitu :
1) Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan ( 6 bulan )
2) Kursus Fashion and Dressmaking ( 6 bulan )
3) Kursus Automotif ( 1 tahun )
Biasanya kursus kursus ni di jalankan selama 6 bulan ke 1 tahun untuk tiap tiap sesi. Untuk kitorang ni kira special case lah, acah acah pelajar pertukaran duduk situ seminggu dan belajar ikut modul yang disediakan.
Bagi korang korang yang rasa rasa macam berminat nak sertai kursus kursus diatas boleh lah hubungi pihak Giat Mara tak pun tengok di website rasmi Giat Mara untuk mendapatkan senarai penuh kursus yang ada bagi setiap cawangan Giat Mara di seluruh Malaysia .
Untuk senarai penuh kurus , klik sini : Senarai kursus Giat Mara
Untuk membuat permohonan bagi sesi terbaru , klik sini : Permohonan Online Giat Mara
Terapi Facial
Pertama sekali kitorang diberi pendedahan dan pengetahuan tentang jenis jenis kulit, jenis jenis masalah kulit dan cara nak merawat kulit . Kulit kita akan renew pada setiap cycle 28 hari so kalau nak dapatkan kulit cantik dan flawless tak perlukan produk mahal mahal pun, cukup dengan hanya buat rawatan facial sekurang kurangnya 2 kali dalam tempoh 28 hari tu. Kebiasaanya kulit jadi kusam dan bermasalah disebabkan sel kulit mati yang kita tak kikis daripada lapisan kulit muka kita. Bila dah peram lama lama , itu yang membuat pori tersumbat lah, kulit kusam la, kulit berdaki kulit berkerak semua tu haha .
Bahan bahan diperlukan untuk membasmi kulit berdaki haha!
Dengan merajinkan diri melakukan rawatan facial secara konsisten dan berkala barulah boleh kulit kita ni bernapass bebas . Baru lah kulit tu bersih je tiada cela gitchu .
Beliau ialah face steamer
Kitorang diajar tentang fungsi fungsi produk yang digunakan didalam proses facial termasuklah fungsi Cleansing milk, Cleansing Foam, Facial Scrub, Mask, Toner dan Moisturizer. Sejak purbakala dulu memang taktahu fungsi fungsi bendalah ni semua. Tu tak masuk lagi spesis serum lah, dan beberapa lagi spesis aneh krim yang berlambak di pasaran. Kemain banyak ha dekat kedai tu tinggal nak kena pilih je. Selalu gi watson ke guardian, mesti spent masa dekat sejam. Sebabkan nak meng-google review produk produk yang aku rasa macam nak beli . Sebab baca sendiri sampai mereput pun tak faham .Tu tak campur lagi dengan kelembapan intrnet yang dah habis kuota. Lagi lah lama aku bertapa dekat situ .
Magnifier untuk zoom in cikedd dekat jerawat durjana korang tu
Untuk penjelasan lanjut tentang benda benda aneh diatas ni nnti aku khususkan untuk satu entry okay ?
Seterusnya yang penting dalam terapi facial ni ialah cara urutan/usapan/tamparan (haha!) . Penting tau dan memerlukan teknik khas untuk memastikan produk/bahan dapat diratakan secara menyeluruh dan membenarkan kulit untuk terima . Turut penting untuk melancarkan peredaran darah . Bila lancar baru lah nampak kulit tu segar, berseri dan bermaya . Tak lupa juga kelihatan kemerah merahan suci kulitmu umpama bayii .
Hello kepala sheila . Ini model untuk latihan urutan kering
Rasa rasa nanti kalau rajin iols buat video teknik teknik libasan urutan facial ni okkayy.
Selain daripada diajar tentang cara cara urutan, jenis jenis produk dan teknik membelai belai pelanggan bagi tertidur, kitorang juga di beri pendedahan tentang mesin mesin yang digunakan dalam terapi kecantikan . Walaupun kitorang tak pakai pun mesin mesin ni masa kursus haritu tapi at least tahu lah kewujudan benda benda ni semua. Kalau berminat nak tahu lebih mendalam pasal ni semua boleh lah mendaftar untuk kursus 6 bulan tu. Sebab memang termasuk dalam modul yang korang akan belajar. Berbaloi tau kalau join kursus penuh . Siap dapat elaun bulanan lagi taw . Lepastu kalau korang cemerlang masa belajar, pihak Mara akan sediakan dana untuk korang meniaga / buka spa pula. huiyo! best kan?
Benda aneh ni semua berfungsi untuk rawatan slimming
Aku tak ingat apa fungsi beliau
Ini untuk kuwuss juga
Hi cikgu sue yang baik cantik comel i love you! *kalau cikgu baca blog saya hiks*
Sekian aku penat pulak menaip ni. Nanti sambung cerita pasal belajar makeup dan refleksologi pulak untuk next entry . Sekali lagi nak bagitahu untuk sesiapa yang berminat nak belajar kursus ni cepat cepat contact giat mara untuk mendaftar ye . Banyak sangat kelebihan dan ilmu yang korang boleh dapat . Next intake bulai Julai ni taw. Cepat jangan ketinggalan! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)