Friday, July 5, 2019
McDonald's Ada Menu Baru Lah! : Portuguese Chicken Burger @ Burger Ayam Portugal
Perasan tak? Burger McDonald's banyak yang unik unik and baru baru ni, aku dengan Hilmi dok suka sangat dengan Spicy Korean Burger dia tu. Tapi haritu nak order tengok tengok dah tak ada. And ada burger terbaru pulak -- Portuguese Chicken Burger (Burger Ayam Portugal). Curious juga nak tahu rasa dia macam mana. Ngam ngam pulak hari Isnin (1 July 2019) haritu, aku dapat jemputan dari McDonald's untuk acara perasmian Portuguese Chicken Burger yang baru ni. So ni lah first time aku dengan Hilmi dapat merasa burger ni. Biasanya kalau aku ajak Hilmi pergi event, mana dia heran nak ikut haha. Tapi sebab aku cakap "Ni event McDonald's ni, boleh la try burger baru yang kita tengok haritu" - terus dia onz ikut. Sanggup dia tolong drive kan all the way dari Kajang ke Kota Damansara hahaha.
Moment masa acara pelancaran |
Kegigihan merempuh jammed dekat federal highway ternyata tak sia sia ya, sebab Portuguese Chicken Burger ni boleh tahan sedap juga. Rasa dia lain daripada menu McDonald's Malaysia yang lain. Maybe sebab sos piri piri special yang dia gunakan tu kot. Ban roti yang digunakan untuk burger ni pun special tau, siap ada emping cili. Overall burger ni ada rasa hint of spices macam rasa kari sikit, rasa rendang rendang pun ada. Haha ke tekak aku tengah beraya lagi ni? Dok terasa macam rendang lalu dekat tekak je kahkahkah. Ala aku tak reti la describe macam mana, tapi korang WAJIB cuba okay?
Mengancam ya burger ni |
Burger ni didatangkan dalam set. Sekali dengan French Fries dan air Fanta Grape McFreeze atau pun boleh pilih nak Regular Coke je. Harga pula cuma RM16.99. Burger ni cuma ada untuk masa terhad je dan boleh didapati di semua cawangan McDonald's seluruh negara.
Bermula 4 Julai 2019, bersempena perasmian burger Portugal ni juga, McDonald's ada lancarkan Augmented Reality game (AR) yang dinamakan "Catching Nonando" . Linknya dengan Facebook untuk korang cuba main & boleh dapatkan hadiah menarik. Untuk grand prize, boleh menang 50,000 AirAsia Big Point. Wehooo! Cara nak main pun senang je. Cuma pergi ke facebook page rasmi "McDonald's Malaysia" dan klik dekat sana. Cara nak main pun senang. Korang cuma perlu tangkap seberapa banyak Nonando (Ayam) yang boleh dalam masa 60 saat. Ala ala game PokemonGo je. Super simple! Cuba lah. Mana tahu korang teror gila, boleh menang 50,000 big point tu. Boleh la tebus jalan jalan melancong. Kot kot boleh pergi Portugal terus ke kan?
Kalau korang tak menang main game ni pun, korang still boleh dapat voucher code instantly lepas habis game ni. Voucher code tu pulak, korang boleh guna untuk dapatkan diskaun bagi pembelian set Portugese Chicken Burger ni. wohooo dapatlaa jimat lebih! So, main game dulu ye sebelum pergi dapatkan set burger ni. Baru la berbaloi baloi.
Dengar dengar McFlurry Dinosaur nak buat comeback jugak! wehooo. McFlurry banjir dengan milo tabur & milo cereal siapa tak suka wey? Paling favourite ni! Masa Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee ni buat annoucement pasal McFlurry Dinosaur ni, terus aku hip hip hurrayy! T
wajiblah ada pose bersama burger, dan driver i aka husband i hewhew |
Okay lah, makan Portuguese Chicken Burger lepastu pencuci mulut McFlurry Dinosaur. Ngam! Nora bagi lima bintanggggg. Siapa penggemar burger McDonald's , jangan terlepas peluang nak rasa burger edisi Portugal ni. Sempena tema "Discover The World" , taksabar nak tengok menu negara mana pulak lepasni yang McDonald's pilih. Dengar kata hint dia "Olympic 2020" . Boleh agak tak? hehehe .
Did I hear Wagyu burger? No? hahaha. WUUUU BESTNYA KALAU ADA BURGER WAGYUUU
K gais, selamat ber-Portuguese Chicken Burger at McDonald's.
Parap pap pap paaaaaaaa .... I'M LOVIN IT
Related search : Burger portuguese baru mcdonald's, burger portugis mcd, burger baru mcd sedap ke, burger mcdonalds portuguese review, review burger mcdonalds portuguese
Ramainya Beratur Dekat 'The Chicken Rice Shop' Demi Promosi 2 Set RM10
Aku lemah betul kalau kebetulan terkeluar pergi mall, masa lunch hour. Sebab everywhere packed. Nak makan pun mesti stress sebab kebanyakan kedai mesti full. Biasanya mesti tertumpu dekat kedai kedai yang ada promosi lunch set, atau pun yang memang sediakan menu bawah RM10. Yela, sebab nak murah kan. Dan biasanya kalau murah ni, confirmlah ramai orang pergi. Tapi kalau aku, sanggup je tunggu or beratur pun sebabkan nak makan murah. Hahaha dasar cheap skate ye.
Makanya, bila dapat tahu The Chicken Rice Shop ada buat promosi 2 for RM10 bersempena pembukaan cawangan yang ke - 100, aku terus ZASSSSSSS haruslah terpacak di sana. Apa yang 2 for RM10 tu? Haa korang boleh datang dengan kawan (minimum 2pax) , dan order 2 set daripada menu (for single portion) pada harga RM10 jeee! Jimat banyak tu! Sebab biasanya satu set Chicken Rice macam aku selalu makan yang Prime Honey BBQ tu harga nya RM10.90. So kiranya dapat 2 set dalam satu harga. Haritu aku bawa mak mertua and adik ipar sekali join kitorang lunch. Berbaloi baloi makan ramai ramai.
Ada banyak promosi dan freebies yang TCRS nak bagi sempena promosi sepanjang
1 July 2019 - 5 July 2019
1 July 2019: 100 TCRS Freebies!
Terhad untuk 100 meja pertama bermula pukul 12.30pm dimana mana 10 outlet terpilih. Korang akan dapat exclusive TCRS merchandise (Cooler Bag, T-short & Single Combo Meal Voucher). Valid untuk dine- in sahaja ya.
Yang ni aku dah pergi hari isnin haritu hehe. Nasib baik sempat rebut merchandise ni. Paling aku nak cooler bag tu. Banyak fungsi nak buat letak letak makanan nanti.
2 - 5 July 2019: RM10 for 2 Single Combo Meal Set!
Ha ini promo yang aku cakap tu. Terhad untuk masa happy hour je dari pukul 12.30 pm sampai 1.30pm sahaja untuk korang dapatkan promosi DUA set nasi ayam beserta air (soft drinks) pada harga cuma RM10 sahaja!
Okies ada masa lagi sebelum promosi ni tamat. So lunch nanti boleh la pergi ajak office mate makan dekat The Chicken Rice Shop. Bawah ni ialah senarai cawangan TCRS yang mengambil bahagian
- IOI City Mall
- Mid Valley
- Sunway Pyramid
- Central i-City
- Aeon Mall Shah Alam
- KL Gateway
- One Utama
- Melawati Mall
- SubangParade
- Sunway Putra Mall
Okay gais, lunch hour nanti laju laju ke The Chicken Rice Shop ye. Sebab aku syak queue dia akan jadi lagiii panjang daripada queue kitorang ni. Yela, siapa taknak promosi murah macam ni kan? sorang makan baru RM5! Dah la nasi ayam dia sedap. Pakej sekali dengan air lagi. Rugi laa kalau tak grab kan?
By the way, aku rasa korang beratur tak lama pun nanti. Sebab service TCRS ni laju. ssaapp ssuup sssapp dah siap makanan and terus dihantar. Cuma korang jela jangan makan lelama sangat. Kesian pulak orang lain yang beratur dekat luar tu. Be considerate okay? Enjoyy your nasi ayamm
Subscribe to:
Posts (Atom)