Friday, March 10, 2017
Manfaat Berbekam Dan Cadangan Pusat Bekam Terbaik di Selangor
Hello Assalamualaikum ,
Ramai kalau bercakap pasal bekam je mesti rasa ngeri , takut sakit & takut berbekas bekas. Tapi sebenarnya, kalau ikut gaya dan teknik yang betul, rasa sakit tu boleh dikurangkan dan kesan bekas pun boleh jadi less visible .
Last aku berbekam ada kot 3-4 tahun lepas. Buat terus satu badan, termasuklah dekat kepala . Teknologi sekarang ni takde dah kau nak kena cukur kepala ke apa dah . Memang boleh terus bekam di kepala tanpa perlu bercukur . Kalau lah kena cukur , tobat aku pun taknak hahaha . Tak memasal botak pulak aku .
Kalau nak berbekam , mintakkkk sangat sangat korang carilah pusat bekam yang profesional , dan bertauliah sikit . Aku macam tak yakin je kalau orang duk buat bekam dekat uptown tu . Sebab tengok alat alat untuk berbekam tu macam tak di 'sanitize' kan je . Bekam ni melibatkan darah kotor . Kalau lah cup bekam tu tak dibersihkan dengan elok , tak memasal je darah kotor orang lain terkena pulak dengan kau . eeeeee nak ke??
Tambah pulak sekarang ni muka aku tengah breakout teruk , dengan berbekam boleh keluarkan darah kotor dalam badan ni, manalah tahu boleh flawless pulak kan. So, aku rasa macam inilah saat saat terbaik untuk aku berbekam . Lepas godek punya godek , google punya google, aku jumpa satu pusat bekam yang diiktiraf dan bagus.
Dr. Hijama Bekam Profesional

Dr. Hijama ni kira macam satu klinik bekam yang menawarkan pelbagai jenis rawatan dan bekam yang bersesuaian dengan masalah yang korang hadapi . Tak silap aku, rawatan yang Dr. Hijama sediakan boleh dibahagikan kepada 3;
Honor Band SS - Pantau jumlah kalori dibakar dengan penuh style
Hello!
Masa pergi event Huawei Convention rabu haritu , semua jemputan media dapat goodie bag sorang satu . Dalam goodie bag tu pulak , ada seketul Honor Band SS . Hamenda pulak Honor Band SS ni?
Beliau merupakan sejenis smart watch . yang boleh monitor korang punya fitness activity , dan juga berfungsi sebagai jam . Takdelah sama power macam Apple smart watch tu, Honor Band SS ni tak support phone apps atau boleh terima call . Sebaliknya, kalau ada call masuk -- ianya akan vibrate dan ada option untuk korang reject call sahaja . Accept tak boleh . Uik, gitu pulok?
Aku sukakan design Honor Band SS ni sebab design nya nampak feminin . Helok pulak leather strap ni warna brown, ngam sangat dengan casing fon aku color brown jugak . Barulah matchy matchy haahaha .

Bagi aku , smart watch ni memang lah kelihatan canggih tapi untuk pandangan peribadi aku sendiri , aku tak suka wakaka . Sebab leceh wey . Dah la kena connect dengan bluetooth, nak kena charge lagi . Alah mengadanya kau ni hahah . Tapi memang helok lah kalau nak monitor berapa steps dah kita berjalan, dan berapa kalori dah terbakauu . Yang lain lain nya? Setakat untuk show off okay lah kot hahah .
Harga Honor Band SS ni dalam RM200+ je macam tu. Murah lah untuk seketul smart watch .
Rasa rasanya benda alah ni end up duduk dalam kotak je kot .
Siapa nak??
Subscribe to:
Posts (Atom)