Monday, March 26, 2018

Chatime Vs. Tealive : Apa Cerita?


Hello!

ohmai ohmai , macam rare sangat nak buat entry membawang menceritakan perihal isu semasa dan update terkini . Biasanya asyik review produk , tak review produk kita review makanan , takpun review produk lagi haha . Pishang je korang baca belog aku ni kan?

So untuk kasi panaszz sikit , saja lah pilih topik yang agak hot terkini yakni isu kekeliruan antara

CHATIME Vs. TEALIVE



Aku sebenarnya lama dah confuse. Rasanya bukan aku sorang je confuse. Rata rata seperatusan besar rakyat Malaysia turut terbelenggu dengan ke-confuse-an antara isu Chatime dan Tealive ni . Yang mana juga mostly terpedaya dan percaya bahawasnya Tealive ialah penjenamaan baru oleh Chatime. Yang mana seperti didakwa oleh Tealive ,

Chatime = Tealive

Selama ni kita bulat bulat je terima . Aku pun percaya kalau orang kata Tealive ialah Chatime. Mana taknya wey , dah macam sebijik kot rupa dia . Warna tema sama, menu pun lebih kurang , memang nampak sangat seolah olah jenama di bawah satu bumbung .

Tapi rupa rupanya , SALAH 

Tealive bukan Chatime
dan Chatime bukan Tealive.

Bukan penjenamaan semula mahupun duduk dibawah satu syarikat yang sama.

Tapi dari personal preference , aku jauh lagi sukaaaaaa dan prefer Chatime over Tealive.



Aku dengan Hilmi ada personal fave drink tau . Strawberry Pudding Smoothie nama dia . Setiap kali order dekat Chatime, kitorang takde masalah pun. Tapi setiap kali order air yang sama dekat Tealive, mesti Hilmi menyirap sebab rasa macam kureng sikit dan texture pun tak best . Tak jadi smoothie, dia jadi macam ice blended. Hilmi memang particular bab bab texture makanan ke air ni sebab dia dulu study culinary so bilamana aku cuba cakap "Ala lebih kurang la ni" untuk tenangkan dia, mesti dia bebel balik dekat aku cuba sedaya upaya nak explain perbezaan smoothie dan ice blended hahhaha .

Pernah sekali kitorang order dekat Tealive **** dan air tu tak turn out macam yang Hilmi nak. Bila complaint dekat staff, staff dia buat bodoh je. Lagi lah Hilmi geram hahaha. 

So bila dapat tahu yang Tealive bukan lah Chatime, kitorang rasa lega gilaaaa and goes " ohh patutlah Tealive punya kurengg" . Tapi seriouslah rasa tau perbezaan dia. Kalau korang penggemar Chatime mesti korang dapat perasan ketara perbezaan.

Tapi katanya dulu pemegang francais Chatime pasaran Malaysia, Loob Holding (pemilik Tealive sekarang) , ingkar dengan kontrak ditetapkan Chatime dimana diorang tak guna bahan mentah yang dah diselaraskan oleh Chatime. So sebab ingkar tu juga lah kontrak diorang di batalkan dan Loob Holding came up pulak dengan jenama Tealive. Kalau disebabkan bahan mentah dan kualiti bahan yang menyebabkan Loob Holding digugurkan dari kontrak Chatime, no wonder lah kualiti dan rasa air Tealive tak setanding Chatime (from my personal preference lah. Kalau awak team Tealive, terpulang awak)

So now, berita baik untuk semua peminat setia Chatime. Ingredients dan bahan mentah digunakan oleh Chatime disahkan Halal oleh JAKIM tau. So minum dan sedutlah sepuas puasnya. Untuk Tealive iols tak sure, tapi rasanya belum ada lagi pengesahan Halal dari JAKIM (correct me if i'm wrong).

Disebabkan Tealive degil dan menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna dengan menyatakan yang "Tealive ialah Chatime" makanya Chatime tak berdiam diri dan duduk makan kacang je sebaliknya tindakan undang undang telah pun diambil terhadap Tealive. Aliza Ali, Pengarah Urusan Chatime Malaysia berkata, yang Tealive ni memang secara terangan siarkan di website diorang dengan tajuk ‘Chatime dinamakan semula sebagai Tealive’ dan ‘Tealive ganti Chatime’ dan terus membuatkan ramai pengguna percaya dan ingatkan yang jenama Chatime dah tak ada .

Lagipun pihak Chatime dah bagi tempoh selama setahun untuk pihak Loob Holding (Tealive) untuk selesaikan hal ni tapi tak ada sebarang perkembangan positif pun. So demi tamatkan drama dan kekeliruan ni semua, dah tak ada cara lain sangat, gunalah undang undang. Sonang cerita

For more info related to the lawsuit boleh baca link ni :




Few more info CHATIME vs. TEALIVE

1. Hampir kesemua flavour air Chatime lagi better daripada Tealive. Tak caya? Try lah. Saya sudah, anda bila lagi? Serious berbeza sangat :(
2. Kad loyalty Tealive tidak boleh diguna pakai di outlet Chatime, and vise versa.
3. Tealive ada menyatakan yang diorang diiktiraf Halal oleh JAKIM . Tapi setelah disemak semula, tiada pengesahan daripada JAKIM bahawa Tealive mendapat pengiktirafan HALAL.

Despite all the dramas dan kepanasan melanda, I tetap team #Chatime . How about you?











Related search : Chatime dan Tealive sama, Chatime ialah tealive, apa beza chatime dan tealive, chatime dan tealive satu company, konflik chatime dan tealive

Friday, March 16, 2018

Sekarang Dah Boleh Beli Barangan Daripada JD.com dan Mogujie di Ezbuy tau!

Image result for ezbuy logo

"Sama tak perangai kita?" Nak shopping macam macam, tapi nak harga murah murah . Hahaha rasanya ramai kot seangkatan dengan Faa. Semua sejenis nak barang best best, in trend, berkualiti TAPI nak kan harga yang berbaloi baloi .

Sekarang ni , dah tak main dah shopping shopping dalam Malaysia . Main import import pulak tau hehehe . Lagi gempak , beli barang direct terus daripada negara pengeluar . Mana lagi? Kebanyakan barangan daripada China lah kan? Dan dah pun Faa kongsikan sebelum ni Cara Mudah Membeli Secara Terus Barangan Dari China (klik untuk baca) dengan berbelanja melalui EzBuy.com!

Tuesday, March 13, 2018

Mudahnya Memasak Dengan 'Ready To Cook' Kit dari WHISK : Little Effort, Big Taste



In today's post, aku nak share tips and tricks macam mana nak sediakan dinner sedap dan exclusive, tapi takpayah susah susah berpeluh masham duduk lama lama dekat dapur untuk sediakan bahan hewhew .

Whisk Meal Cooking Kit


Haritu I came accross Instagram account Whisk dan tertarik dengan gambar gambar makanan yang dijual . Mula mula ingatkan diorang ni jual meals yang dah siap masak & ready for delivery tapi rupanya iols silap diknon . Dia punya plot twist tu memang new level lah haha . Whisk ni menyediakan 'cooking kit' . Dalam kit tu ada bahan bahan untuk memasak . Bukan nya ada bawang, halia ke apa . Tapi contohnya nak masak ayam bbq kan, ha ayam tu dah siap di marinate & vacuum sealed dah . Tinggal nak keluarkan daripada plastik, dan terus transfer masak atas stove .

home-image
Semua bahan dibungkus kemas. Siap ada ice pack sekali tau nak kekalkan suhu dingin dan segar

Monday, March 12, 2018

Belanja Dan Tebus Tapao-Ware Pada Harga Serendah RM9.90 Hanya di AEON BiG


Hello!

Syoknya dekat Malaysia ni, macam macam perayaan ada. Dapat sambut dengan kawan kawan, dapat cuti extra dan paling best sebab banyak sale uols! Yay!  

Sebabkan sekarang dah masuk fasa bini bini , jadi priority pun dah berubah . Kalau sebelum ni suka tercari cari mana ada sale untuk baju atau makeup , sekarang ni dah sibuk cari sale untuk barangan rumah dan groceries hewhewhew. Nak cari kat mana? Kat AEON BiG la uols!

Banyak nak pilih sampai penuh tangan!



Walaupun dah habis musim perayaan, AEON BiG ada banyak lagi promosi taw. Nak list kan banyak banyak pun susah . Lagi senang korang pergi cawangan AEON BiG berdekatan, sebelum masuk tu ambil 2 troli . Satu sendiri tolak , satu lagi mintak suami / tunang / boifren / kawan tolakkan . Sebab banyak benda nak kena beli ni

Wednesday, March 7, 2018

Compare Pelan Broadband dan Renew Roadtax di BolehCompare.com



Hello!

Selalunya kalau nak beli apa apa barang, aku suka survey dan compare dulu harga . Sanggup tau berpusing dua tiga kedai semata mata nak dapatkan yang termurah dan terbaik . Biar puas hati berbaloi dengan nilai yang dibelanja .

Tak kisah lah daripada nak beli deodoran je pun , aku gigih je pergi dua tiga tempat . Kalau rasa kedai yang awal tu lagi murah, aku patah balik semula and beli dekat situ . Tapi bila datang masa nak cepat, nak hassle free, malas nak serabut serabut fikir - mesti end up beli je atau ambik je apa yang ada . Dah tak sempat nak ambik kira harga tu okay ke, was it a good deal or not? Belasah je.

Kan best kalau boleh compare harga barangan yang kita nak tu dengan cara lagi mudah .

Tapi sebenarnya memang ada pun!

On My Instagram