Monday, October 26, 2020

Mengenalpasti Saiz Bra Yang Ideal dengan kaedah Holistic Fitting di Neubodi




Seumur hidup aku jadi perempuan ni, aku selalu ada keraguan masa memilih bra. Selalu terfikir "mana satu size aku sebenarnya ni?" "pakai yang ni macam okay, ini macam longgar sikit, ish tapi ni ketat sangat."


Haha kelakar ye, walaupun dah 29 tahun jadi wanita, tapi bab utama nak pilih size bra yang sesuai pun belum khatam lagi. Disebabkan aku taknak hidup dalam perasaan was was untuk lebih lama, jadi aku pun decide untuk ke Neubodi bagi mendapatkan khidmat konsultasi mengenai saiz dan jenis bra macam mana yang paling ideal.


Intimate fitting session di Neubodi ni terbuka pada sesiapa sahaja yang berminat. Ianya PERCUMA.  Neubodi memang memfokuskan untuk educate para wanita tentang pentingnya memilih bra yang sesuai. Kalau nak tahu, pemakaian bra yang tak sesuai boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan yang lain. Boleh juga membuatkan kita migrain selain membuatkan payu dara kendur dan tak "in shape".


Di Neubodi, pekerja diorang semuanya merupakan Bra Fitting Specialist yang telah di latih secara professional untuk melaksanakan kaedah "HOLISTIC FITTING" bagi memilih saiz bra yang bersesuaian untuk pelanggan. Kaedah Holistic Fitting ni hanya menggunakan tangan dan tak memerlukan penggunaan "measuring tape"


Holistic Fitting Method;

technique where they use their hand to gently touch your ribcage and a quick sweep on the back.  This is more accurate in finding the right fit, the accuracy is as high as 95%. Why? Because using measurement tape cannot take into consideration factors like back fats, breast firmness level, breast shape and etc. If you're wearing the wrong bra size, using measurement tape will get the wrong size too. 


Cara bagaimana Holistic Fitting Method ni dilakukan ialah dengan menyentuh bahagian rusuk kita dan specialist tu akan tahu dan boleh buat anggaran size. Lepastu dia akan bagi beberapa pilihan size untuk kita cuba bagi menentukan size yang paling ideal.


Sementara tengah fitting tu, diorang akan ajar juga teknik "SWOOP, SCOOP & SMOOTH" untuk kemaskan lagi pemakaian bra kita supaya payudara kita terletak kemas dan selesa. dan juga untuk kita tarik lemak lemak tepi bahagian bawah ketiak supaya bila pakai baju tu, takde la nampak lemak tersembul sembul hehe. Menarik kan?






Read more : HOW TO PUT ON BRA


Kalau korang nak tahu, di Neubodi menyediakan 72 pilihan saiz daripada 65A sehinggalah 100I. Kalau tak jumpa juga size korang, boleh request untuk custom made. Ada juga customer yang pernah request custom made untuk size 110J. So there's always size for you.



Banyak lagi ilmu baru dan menarik yang aku dapat masa pergi sesi fitting ni haritu. Termasuklah cara terbaik untuk jemur bra. Haa selama ni kita jemur cara gantung macam sidai baju tu kan (gambar atas). Tapi sebenarnya yang betul ialah dengan menggantungnya terbalik.



Disebabkan bila bra dalam keadaan basah, graviti akan menarik dan buatkan bra akan berubah bentuk dan membuatkan bra cepat rosak. So lepasni, nak jemur bra kena terbalik ok?


Sebenarnya penting untuk kita mula buat "Lingerie Wardrobe" kita sendiri. Sama macam baju, ada yang sesuai untuk tempat dan situasi berbeza. Samalah untuk pakaian dalam kita. Kena asingkan bra yang pakai masa weekday dan juga untuk weekend.


Bra tanpa wayar sebenarnya hanya sesuai dipakai bila di rumah pada hujung minggu. Dan bra yang ada wayar disarankan untuk kita pakai daily untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Dengan cara ini, breast kita mendapatkan maksimum support yang diperlukan. Bagi push up dan nu bra pula hanya sesuai untuk special occassion. Saranan pemakaian hanya selama 3-4 jam sahaja.


Tahu tak, kalau kerapa pakai push up bra, akan buatkan breast kita mengecil? haa baru tahu kan? 



85% wanita memakai saiz bra yang salah. Adakah korang salah seorang daripada tu? 


Selain daripada sesi fitting yang sangat customer friendly, yang aku nak puji ialah bra Neubodi ni memang sangat selesa dipakai. Masa sesi fitting tu, bila aku cuba je automatik rasa sangat kemas, selesa dan terletak. Sebab dengan pemilihan cup yang betul, dapat hold dan support breast dengan lebih baik. Serta merta rasa posture pun berubah sebab rasa kemas. Sekarang ni dah nak dekat sebulan aku beralih ke Neubodi and memang boleh perasan perubahan ketara sangat. Pakai baju pun rasa lagi cantik, and rasa lagi confident. Walaupun tak pakai sports bra, setakat nak lari kejap, turun naik tangga and lompat sikit tu memang rasa lagi selesa dan fully supported. Idokla gerak sikit rasa bergegor hahahha.  Memang puas hati! Lepasni memang aku pakai bra dari Neubodi jela.




Aku ada jugak cuba shapewear brand diorang ni. Yang ni aku share dalam post lagi satu ok? Btw ni ada educational comic yang Neubodi sediakan untuk korang belajar lagi tentang 'breast'. Baca tauu. Banyak ilmu baru : 

Neubodi Bra Education Comic EP3: HOW WELL DO YOU KNOW YOUR BOOBS?


And kalau korang nak cuba fitting session ni, boleh buat appoinment secara online. Just isi form dekat sini : ONLINE FITTING APPOINMENT


===================================

Berita baik untuk korang yang berminat nak dapatkan produk Neubodi, aaa ada 15% diskaun kalau korang menggunakan kod 

"FAA15"


Boleh bagi kod ni masa buat pembelian di store atau pun secara online di website

===================================




So jangan tunggu lama lama, cepat setup appoinment untuk Bra Fititng korang okay?

On My Instagram