Thursday, January 14, 2016

Azz Dinamica Fitness : Gym eksklusif wanita di Ayer Keroh,Melaka




Azz Dynamica Fitness : Gym eksklusif wanita di Ayer Keroh,Melaka | Salam. Cabaran nak mencari gym khusus untuk gegadis je memang agak sukar juga. Bila di google google asyik dekat KL je. Kesian kita kita yang duduk Melaka ni. Adalah juga jumpa satu dua gym tapi agak jauh la pula dari rumah. Nun di tengah tengah bandar Melaka tu. Sobs

 
Tak lama saat berduka dan dalam proses hibernasi dan bermalasan, akhirnya ada juga gym yang baru dibuka berdekatan dengan rumah. Yang lebih best nya, gym ni khusus untuk wanita sahaja! Sekarang tak ada lagi alasan seumpama "ala bahaya lah jogging dekat luar" "ala I suka lari atas treadmill je so kena lah pergi gym tapi gym tu ramai lelaki lah" "ala tak best lah workout pakai seluar trek srek srek*bunyi seluar trek bergesek" (rujuk entry ni : Salah ke tak pakai sexy masa workout      ) . 

Seronoknya bila pergi gym yang khas untuk wanita je, tak ada lah rasa segan nak buat senaman 'high intensity' yang memungkinkan kita kelihatan samada 'hot' ataupun 'hottuih' hahaha. Bila dah semuanya perempuan je, kebebasan nak bergerak tu ada. Nak 'jumping jacks' ke, 'burpees' ke hah lantak kau lah! Buat sampai bergolek pun tak apa. 

Memang berbeza lah pengalaman pergi gym bercampur dan gym khas wanita. Rasa lebih selesa dekat gym wanita ni. Nak pakai pakaian sukan yang agak kurang longgar pun tak apa hihi. Baru lah boleh feeling feeling gadis gadis tumblr tengah workout *flip tudung*

Azz Dinamica Fitness

Gym exclusive untuk wanita di Ayer Keroh,Melaka


Menariknya Azz Dynamica Fitness ni, kelengkapan asas nak ber'work out' tu insyaallah cukup. Ada treadmill, ada tempat nak cycling dan beberapa equipment yang aku taktahu nama haha. Dekat sini ada juga ditawarkan kelas zumba, aerobic dan tabata. Haa syok taw! Kelas kebiasaannya setiap hari selasa dan khamis .


Sekarang ni Azz Dynamica Fitness sedang mengadakan promosi sehingga 31 Januari 2016. Hanya RM90 sahaja untuk 3 bulan keahlian. Maksudnya cuma RM30 sebulan sahaja lah. Haaa murah kan? Kalau lebih prefer nak walk-in, bayaran hanyalah RM5 sahaja. Kalau nak ber-kickboxing pun boleh juga. Ada disediakan tempat tumbuk tumbuk tu (sorry taktahu nama hihi)

 




Lagi kemudahan yang disediakan disini ialah locker berkunci , memudahkan korang untuk simpan barang masa bersenam. Bilik mandi pun ada beserta air panas, haa syok tu. Kalau nak terus direct ke gym daripada office pun boleh. Mandi dan tukar baju dekat sini je. Wifi pun ada juga . Ha lagi satu, water dispenser ada juga. Takpayah usung botol air besar besar dah nak ke gym . Siap ada air panas dan air sejuk taw, jenama coway lagi haa hehe .





Buat yang berminat nak mendaftar boleh lah hubungi pihak Azz Dynamica Fitness ni. Cepat sebelum promosi tamat, ok?



On My Instagram