Sejak sejak pandemik ni, ramai yang ambil peluang mula berniaga kan?Ada yang start pacak khemah, ada juga yang start buat online business. Bagi aku la kan, meniaga online ni lagi senang. Sekarang semua benda boleh post. Sampai benda tak terfikir nak beli online pun boleh beli kan kan?
Kalau cakap bab meniaga online ni, ramai yang menjual dekat Shopee. Okay entry ni aku bukan nak cerita pasal macam mana nak setup kedai ke apa dekat Shopee. Tapi aku nak share cara macam mana untuk korang, sebagai 'seller/penjual' untuk lebih mudah nak print AWB (airway bill atau kertas yang kita print ada detail alamat customer semua tu).
Biasanya kalau direct print dekat Shopee Seller Centre, kita cuma ada option untuk print Shopee punya packing list secara berasingan. Packing list ni penting lagi lagi untuk seller yang jual bermacam barang. Tanpa packing list, akan jadi pening la nak double check customer tu order barang apa. So bila ada packing list, lagi teratur urusan kita nak membungkus parcel tu. Tak ada la nak ulang alik check dalam sistem shopee.
Macam aku cakap, kalau print direct dekat Shopee; packing list tu akan di print berasingan. Maksudnya untuk setiap customer, korang kena print 2 keping kertas :
1. Print AWB
2. Print Packing List
Contoh AWB dan packing list |
Tak ke membazir kertas camni, kan? So demi mengurangkan penggunaan kertas, aku nak share la dengan korang caranya macam mana untuk custom kan AWB tu supaya lengkap, siap ada :
- Details pengirim
- Details penerima
- Senarai SKU, detail order
- Jumlah kuantiti order
- Buyer note (kalau pembeli ada remark apa apa)
- Boleh letak gambar produk juga
Ini contoh AWB yang korang boleh custom |
Haa korang boleh custom ikut mana korang rasa sesuai la.
Untuk dapatkan features ni, kita akan menggunakan 3rd party website iaitu :
Bigseller ni apa?
Bigseller ni ialah sebuah platform yang memudahkan untuk korang manage order dan inventory produk produk e-commerce korang. Contohnya korang ada menjual dekat Lazada & Shopee, korang takpayah pening pening nak adjust inventory or edit listing satu satu. Korang boleh buat directly dekat BigSeller ni je. Bigseller akan sync automatically dengan akaun Shopee & Lazada korang.
Jangan risau, BigSeller tak simpan password korang. Korang cuma bagi token access authorization je untuk sync kan semuanya.
Macam aku, aku takde pun menjual dekat Lazada. Aku cuma ada shop dekat Shopee je. Tapi aku guna BigSeller ni semata untuk print AWB ni je haha. Bagi aku, template AWB dekat BigSeller ni memudahkan urusan aku nak packing barang. Takpayah nak banyak kali double check dalam sistem, untuk tahu customer tu order item yang mana. Sebab semua akan dilistkan dalam satu page.
[Shopee Tutorial] Cara - Cara Nak Setting Airway Bill & Packing List Shopee Untuk Print Dalam Satu Page
1. Create account di https://www.bigseller.com/
2. Pergi ke Setting > Integrations
Cari Shopee atau Lazada. Click "Add New Store" dan ikut arahan untuk connect kan store korang.
3. Bila dah connect, pergi ke Setting > Shipping Settings
Click : "Shipping Methods for Shopee" Lepastu pilih Malaysia
Make sure toggle button "ON" lepastu click EDIT
Cargo carry method : Pilih Pickup atau Dropoff
Bila keluar macam atas ni, click "CHANGE" , then akan pop up macam bawah ni :
Related search : cara print awb shopee, cara print shopee, cara nak print order shopee, cara uruskan parcel shopee, cara nak pack order shopee, tutorial packing order
3 comments
wah, menarik info ni. Terima kasih share.
ReplyDeletehai sis, macam mana sya mau contact sis ya mau tnya tentang supply barang dri usa 🙏🏻
ReplyDeleteSalam..terima kasih byk sis atas info ni..kebetulan tgh explore big seller
ReplyDelete