Thursday, January 23, 2020
Tips Berurusan Dengan Imigresen Korea : Pengalaman Di Soal Siasat & Cara Isi Arrival Card
Sekarang ni tengah dengar dengar banyak kes pelancong Malaysia dihantar balik lepas sangkut dekat Imigresen Korea Selatan. Rata ratanya sebab pihak Imigresen sana cepat suspicious dengan rakyat Malaysia ni sebab risau kita datang atas niat untuk bekerja. Mana taknya, dengar kata beribu rakyat Malaysia jadi pendatang dekat sana & overstayed. So sekarang ni pihak imigresen Korea memang agak strict dan diorang akan mula tanya macam macam soalan untuk kenal pasti tujuan kita datang ke Korea. Untuk bercuti ke? Jumpa ahli keluarga ke? Atas urusan bisnes ke?
Aku banyak baca juga orang lain punya cerita. Seram ye wakk. Ada yang katanya dihantar balik sebab taktahu nombor plate bas untuk ke Nami Island. Ada pula yang paling latest aku baca, ada sekumpulan kawan kawan ni dihantar balik sebab disyaki datang untuk bekerja. Tak pasal pasal burn habis semua hotel dan tiket entrance yang dah beli.
Aku selalu refer posting dekat group Facebook. Dekat situ, ramai yang share pengalaman bila disoal siasat pegawai imigresen. Pokok pangkalnya yang aku boleh buat kesimpulan based on apa yang diorang share ialah, yang penting kena tahu hala tuju sepanjang dekat sana.
Nama dan alamat hotel kena tahu, jadual perjalanan pun kena tahu, and yang penting duit poket dekat tangan pun kena la mencukupi sesuai dengan berapa hari korang ada dekat sana.
Masa aku pergi sekali dengan family aku minggu lepas, time dekat Imigresen tu pakcik aku kena tahan dan disuruh masuk dalam bilik siasatan. Puas kitorang tunggu dia tapi tak keluar keluar. Rupanya kena tahan. Tapi Alhamdulillah nasib baik lepas. Punca dia kena tahan tu kitorang tak sure. Tapi aku assume dua ni :
1. Masa dia isi arrival card, tulisan bercampur sebab ada part dia isi sendiri, ada part mak cik aku isikan. Mungkin tak consistent ke kan?
2. Bab 'pekerjaan' dia tulis 'Businessman' . Dia memang ada bisnes sendiri, uruskan tadika. Tapi mungkin cara dia punya image tak nampak macam pakai baju ala ala businessman, jadi imigresen pun jadi suspicious.
Aku rasa seeloknya korang fikir siap siap nak tulis pekerjaan korang tu apa in detail. So takde la diorang syak macam macam.
Cara Isi South Korea Arrival Card
Masa di arrival card, korang perlu isi details berikut :
Purpose of visit tu, kalau datang bercuti, tick la 'tour'. Visit tu untuk kalau korang datang melawat ahli keluarga. Bahagian alamat tu, pastikan korang prepare siap siap alamat hotel supaya senang korang nak isi. No phone pula ialah no phone hotel yang korang akan menginap.
PENTING : Pastikan tarikh lahir diisi ikut format yang dinyatakan. Jangan confident main isi je laju laju. Sebab dekat Malaysia biasanya kita isi DD/MM/YY kan? Haa ini dimulakan dengan TAHUN.
Contoh :
1987/01/31
Bin dan Binti tulis macam mana?
Bab Family Name dan Given Name tu, sila rujuk boarding pass korang. Tengok nama tu terpisah macam mana. Selalunya untuk kita confuse bab BIN dan BINTI tu nak campak mana kan? Tapi untuk aku, biasanya aku letak BINTI dekat bahagian Family name. So nama aku akan jadi
Given name : Farah
Family name : Binti Dafri
Ada orang yang tak letak BIN/ BINTI terus. Ini kadang kadang mendatangkan confusion untuk pihak imigresen sebab diorang ni familiar dengan korean character so bila jumpa alphabet macam ni dan BIN/ BINTI tu hilang dan takde macam dalam passport, pertikaian akan muncul. So to be safe, isi je macam aku isi tu. Okay? Yang penting ejaan nama WAJIB SAMA macam dalam passport.
Lagi satu tips yang ramai share ialah, DRESS TO IMPRESS
Appearance tu penting. Be sure to look presentable dan ala ala holiday mode on. Baru la tak nampak macam wajah wajah nak petik buah hehe.
So, kes pakcik aku tadi tu. Macam mana dia boleh passed sesi siasatan imigresen tu?
Pakcik aku berjaya lepas bila dia bagi pegawai imigresen tu kitorang punya travel booklet. Booklet ni disediakan oleh kami punya travel agent. Dalam booklet tu memang dah lengkap disenaraikan nama hotel, no telefon hotel, no telefon tour guide beserta senarai itinerari. So bila pegawai Imigresen tengok tu, dia macam "ooooo okay" dan meyakinkan la yang kita datang ni untuk bercuti.
So ni aku share dengan korang contoh booklet yang tour agency aku bagi. Boleh la korang buat macam ni jugak. Aku pun nak start buat satu untuk next Korea trip bulan 3 ni. Nanti aku share pulak yang aku dah siap buat okay?
Ini yang disediakan oleh tour agency kami. Kalau untuk trip sendiri, rasanya kena lebih detail. Kalau ada plan nak masak sendiri dan bawa bahan makanan dari Malaysia, pastikan korang senaraikan juga bahan bahan yang korang bawa untuk rujukan kastam dan imigresen.
Detail flight pergi dan balik. Nyatakan selengkapnya nombor flight, tarikh dan masa |
Ringkasan jadual perjalanan |
Maklumat hotel atau tempat penginapan & senarai waktu solat |
Maklumat kaji cuaca dan tukaran wang asing |
Jangan lupa letak sekali no telefon dan alamat kedutaan untuk kegunaan disaat kecemasan |
Ini yang disediakan oleh tour agency kami. Kalau untuk trip sendiri, rasanya kena lebih detail. Kalau ada plan nak masak sendiri dan bawa bahan makanan dari Malaysia, pastikan korang senaraikan juga bahan bahan yang korang bawa untuk rujukan kastam dan imigresen.
Related search : soalan lazim imigresen korea tanya, tips imigresen korea, cara sediakan itinerari perjalanan, contoh itinerari perjalanan, cara jawab soalan imigresen korea,
Subscribe to:
Posts (Atom)