Finallyy! Setelah naik turun pergi sana sini view rumah, akhirnya dapat pun rumah yang berkenan dihati. And now dah nak masuk bulan ke 5 duduk sini. Walaupun sewa je, (insyaAllah ada rezeki dapat beli rumah sendiri pulak nanti) tapi tetap kena lah ambik berat semua aspek bila nak pilih rumah ni. Jangan main belasah jeeee
Sebelum ni, family ke sedara mara takpernah ada yang duduk rumah high rise/apartment etc. Semua teres je. Jadi bila nak cari rumah spesis apartment ni, banyak benda kena ambik tahu tau.
Makanya meh la I share sikit Tips Memilih Rumah Sewa jenis Apartment (tips dari newbies ni tau. Kalau salah jangan lemparkan tohmahan plis)
Tips Memilih Rumah Sewa Jenis Apartment
1. Pastikan pergi dan view sendiri rumah tu.
Jangan harapkan semata mata pada gambar yang diberi. Gambar boleh menipu ye wak. Lagi lagi yang dalam Mudah.my
2. Cuba set appointment untuk view rumah pada waktu malam.
Dengan cara ni, korang boleh nampak dengan jelas keadaan sekeliling rumah tu. Memang terpancar lah haru biru tunggang terbalik orang parking kereta apa semua macam mana. If datang pagi, semua kelihatan indah hajee. Tapi waktu malam laa semua kebenaran tu keluar haha.
Dekat area selangor KL ni banyak pak awang hitam, siang siang taknampak diorang ni. Bila malam baru boleh tahu berapa ramai duduk situ. Kalau boleh nak elak duduk tempat tumpuan diorang ni sebab for safety reasons. Hm bersangka buruk tu tidak baik, tapi adalah lebih baik untuk berjaga jaga. Tak gitchu?
3. Lokasi Parking
Masa view tu, minta untuk dia tunjuk kan parking juga (kalau condo/apartment with allocated parking). Sebab ada setengah tu parking yang dah sekali dengan rumah, dia sewa kan kat orang. So sometimes korang kena sewa petak parking orang lain pulak. And kadang tu tempat parking gilo jauh dari rumah, takpun dekat kawasan terpencil. Depends la korang punya preferences camne. In my case, alhamdulillah kitorang dapat parking dekat dengan lift. So nak angkat barang apa semua senang je
Kalau parking camni, tak berani wey |
4. Nego harga sewa/ Deposit
Bila tanya harga, cuba la tanya if sewa lama, dapat tak kurang? Biasanya kalau lagi lama contract lagi tuan rumah boleh consider harga sewa. Paling tak pun, diorang boleh lowerkan deposit. Deposit bila nak bayar tu cam nak tercirit juga. Untuk kes kitorang, macam biasalah 2+1+1 month utilities. So end up dekat RM5000 juga awal awal tu keluar duit. Fuh peluhh mak!
p/s : Kalau nak sewa rumah , with low/ no deposit, try survey dekat SpeedRent . Download apps SpeedRent and boleh view dekat situ . Tapi mostly untuk rumah area Klang Valley and bandar bandar besar sekitar KL, Selangor
5. Monthly Maintenance
Confirmkan semula, siapa yang akan bayar monthly maintenance. Sebab ada setengah tuan rumah ni, dia suruh kita bayar maintenance. Yang bagusnya diorang la yang bayarkan. Tapi untuk indah water tu, sendiri punya maintenance sila bayar. Pandai berak pandai bayar tau haha. Takfaham betul manusia yang taknak bayar service cebok ni.
Okay tambah lagi 1 tips bila dah dapat rumah and nak start pindah pulak
6. Approval daripada management untuk angkut barang
Make sure korang tanya management macam mana diorang punya rules untuk angkut angkut barang by lorry. Sebab in my case, masa tu hari Ahad. Sebab aku tak pernah hayat duduk condo. Hilmi pun tak pernah, kitorang taktahu yang hari Ahad lori takleh masuk hantar barang sebab takde approval dari management.
End up kitorang terpaksa minta lori parking luar and angkat barang guna troli. Berkishappp tau angkat barang dari luar hahahahaha. Nasib baik barang tak banyak. Setakat katil, tilam, almari and meja study je. Cuba kalau angkut satu rumah punya barang? Mau tercirit lagi wey.
Nasib baik barang tak banyak. Masa ni katil and tilam tak naik lagi |
So itulah dia cerita based on my experience. Seronok sebab rasa wahh dewasanya dah kawen dah duduk rumah sendiri. Tapi hati ni tetap terpaut pada rumah landed hehehe. Boleh tanam tanam serai and daun kari lol. Takbest tanam dalam pasu. Takpela ada rezeki nanti pindah rumah landed pulak. Rumah area damansara ni kalau landed memang mahal wey. So takpe, kumpul duit lagi, tunggu beli terus. Amin aminn, korang tolong aminkan sekali k. Masehh
Related search : tips pilih rumah sewa, cara pilih rumah sewa apartment, condo murah selangor, rumah sewa damansara, rumah sewa kota damansara, condominium damansara, apartment murah damansara, cara dapatkan harga murah sewa, tips duduk apartment, tips duduk condo, condominium pelangi, pelangi damansara apartment, tips nego sewa rumah, cara dapatkan rumah sewa murah
2 comments
thankss sharing ni.. paarking tuh pun penting kann..
ReplyDeletesama sama. aah bagi fa parking penting sbb ada stgh unit, parking dia dkt blok lain. berkicap la nak sampai rumah haha
Delete